You are on page 1of 4

LENCANA AHLI BOT

Sejarah Awal Pengakap Laut Sedunia


Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell (BP) lahir di dalam sebuah keluarga yang terlibat
secara intensif di dalam aktiviti marin dan kelautan. Kematian bapanya ketika berusia 3 tahun
menyebabkan Lord BP menjadi begitu rapat dengan datuk di sebelah ibunya, Laksamana
William Smyth. Datuknya memulakan kerjaya sebagai tentera laut bermula dari bawah dan
berjaya menjadi laksamana pada 1863. Abang kepada Lord BP iaitu Warington Baden Powell
yang lebih tua 10 tahun daripadanya memulakan kerjaya sebagai "Merchant Marine".
Warington Baden Powell adalah pengasas kepada pelayaran keno dan menulis sebuah buku
bertajuk Canoe Travelling: and practical hints on building and fitting canoes. Beliau
menjalani latihan kelautannya di HMS Conway selama 3 tahun sebelum menyertai Hotspur
pada 1864.

Warington Baden Powell, abang kepada Lord Baden Powell yang membantu mengasaskan
Pengakap Laut
Warington menyertai HMS Conway pada 1861 ketika berusia 14 tahun. HMS Conway adalah
bekas kapal tentera laut yang berlabuh secara kekal dan digunakan sebagai tempat latihan.
Sekitar tahun 1872, Lord BP dan abang-abangnya membuat ekspedisi menjelajah negaranya
menggunakan keno. Mereka berkeno menuju ke arah punca sungai Thames hingga tiba di
Wales. Dalam ekspedisi ini, mereka berkhemah dan memasak makanan menggunakan
unggun.
Warington menukar pekerjaannya ke bidang undang-undang pada 1873 dan diterima menjadi
King Counsel. Beliau memulakan usaha merekabentuk dan mengawai pembinaan kapal layar
miliknya yang dinamakan Diamond. Terdapat banyak faktor mengapa Lord BP mengadakan
perkhemahan Pengakap yang pertama di Pulau Brownsea. Namun yang pasti, Pulau Brownsea
membolehkan para peserta menaiki bot dan mengalami perjalanan di laut.
Dalam tahun 1908, lencana seaman badge adalah antara lima lencana kemajuan terawal
yang dikeluarkan untuk ahli Pengakap. Lord BP sering menekankan bahawa seorang
Pengakap hendaklah tahu mengendalikan bot dan membawanya bersebelahan dengan kapal
secara selamat.
Pada 1909, perkhemahan Pengakap yang ketiga diadakan Beaulieu River dan memberi
penekanan kepada aktiviti-aktiviti air. Perkhemahan di Beaulieu menyedarkan Lord BP tentang
potensi dan peranan Pengakap Laut. Oleh itu, beliau mengamanahkan kepada abangnya
Warington untuk menulis buku panduan tentang Pengakap Laut. Warington telah
membentangkan ideanya tentang Pengakap Laut di dalam Kursus Pemimpin Pengakap di
London pada Januari 1911.
Sebaik sahaja Pengakap Laut diumumkan, banyak pasukan Pengakap terutamanya di
kawasan pantai mahu bertukar kepada skim baru ini. Ramai bekas pelayar dan pelaut yang
berminat untuk menjadi Pemimpin Pengakap Laut. Antara pasukan-pasukan awal Pengakap
Laut di England ialah:
- 1st Cleethorpes
- 1st Ratcliffe, London

- 1st Skegness
- Hamble Sea Scouts
- Gibraltar Sea Scouts
Warington Baden Powell telah mengeluarkan buku panduan untuk Pengakap Laut bertajuk
Sea Scouting and Seamanship for Boys pada tahun 1912.Di dalam bukunya, Warington
menyatakan dengan jelas bahawa:
Pengakap Laut adalah cabang kepada pergerakan Pengakap & Pengakap diutamakan
dahulu, selepas itu barulah pelaut (Scout first, Seaman afterwards)

Kulit buku "Sea Scouting and Seamanship for Boys" yang ditulis oleh Warington Baden Powell
Undang-undang, organisasi, lencana, pangkat, pakaian seragam dan nasihat tentang latihan
dinyatakan dengan jelas:
"Pengawal pantai atau pesara tentera laut akan digunakan untuk menguji lencana. Adalah
dinasihatkan supaya setiap kumpulan melantik seorang "bapa laut" (sea dad) iaitu sama ada
pengawal pantai, bekas pegawai tentera laut atau kelasi kapal nelayan.
Buku panduan Pengakap Laut yang kedua ialah Seamanship for Scouts yang ditulis oleh Lt.
Stuart Garnett pada 1915 di mana buku ini adalah lebih mendalam berbanding buku pertama.
Warington Baden Powell meninggal dunia pada 24 April 1921 akibat penyakit tuberculosis.
Dipercayai bahawa penyakit ini menghalang beliau memegang jawatan sebagai Chief Sea
Scouts.

You might also like