You are on page 1of 5

AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM

AMALAN SUNAT UNTUK SEPANJANG TAHUN ISLAM


1. Sembahyang Fardhu Berjamaah.
2. Mendirikan sembahyang-sembahyang sunat yang
tertentu khususnya Sunat Tahajjud dan Witir
pada waktu malam: Isy raq, Dhuha, Awwabin,
Tasbih, Rawatib dll.
3. Membaca al-Quran dan Tafsir.
4. Menghadiri majlis ilmu seperti Ceramah Agama,
kuliah dll.
5. Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau
pada 13hb, 14 hb dan 15 hb (dipanggil hari-hari
bulan cerah) pada 28hb, 29hb dan 30hb
(dipanggil hari-hari bulan gelap). Haram puasa
pada 1 Syawal, 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.
6. Membaca segala wirid dan doa harian.
7. Bersedekah.
8. Mengerjakan umrah jika mampu, khususnya
pada bulan Ramadhan.
9. Memelihara Mulut, Mata, Telinga dan anggotaanggota lain daripada perbuatan keji dan
maksiat.
10. Mengingati Mati dan menziarahi sanak saudara,
sahabat handai yang sakit dan yang mati, solat
jenazah dan menghantarnya ke kubur.
11. Menziarahi sahabat handai, saudara-mara lebihlebih lagi orang-orang alim, para ulamak dan
tuan-tuan guru.
12. Amar makruf dan nahi mungkar iaitu mengajak
orang ke arah kebaikan, dan mencegah
kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita.

MUHARAM
1. Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa
Tasua')
2. Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa
'Asyura)
3. Dalam
bulan
ini
disunatkan
agar
memperbanyakan amalan bersedekah kepada
fakir miskin.
4. Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan
dalam keluarga.
5. Mengusap kepasla anak yatim dan menaruh
perasaan belas kasihan terhadap mereka.
6. Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat.
7. Siapa yang berbuat baik kepada anak yatim
pada hari itu maka seolah-olah ia telah
berlaku baik kepada semua anak yatim.
8. Sesiapa yang menziarahi orang sakit pada hari
itu maka seolah-olah ia telah menziarahi
semua orang-orang yang sedang sakit.
9. Sesiapa yang mandi dan membersihkan dirinya
pada hari itu maka nescaya ia tidak akan
jaguh sakit pada tahun itu kecuali mati.
10. Sesiapa yang memberi minum pada hari itu
maka ia akan diberi oleh Allah seteguk
minuman pada hari kiamat kelak dan dengan
seteguk air itu ia tidak akan haus untuk
selama-lamanya.
11. Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka
seolah-olah ia tidak pernah menolak
permintaan orang yang meminta-minta
kepadanya selama hidupnya.

SAFAR
RABIUL AWWAL
RABIUL AKHIR
JAMADIL AWWAL
JAMADIL AKKHIR
ZULKAEDAH
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam
bulan ini melainkan amalan sunat dan fardu yang seperti
biasa.
REJAB
Bersabda Rasullah s.a.w. maksudnya "Rejab adalah
bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan
adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam
bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana
mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak
mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah
disabdakan oleh Rasullah s.a.w. maksudnya.....
9. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan
mendapat keredaan Allah.
10. Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan
mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.
11. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan
dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia,
diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan
diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta
dari fitnah dajjal.

1. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci


oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya.
2. Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan
dibukankan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.
3. Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan
memperkenankan semua permintaan & hajatnya.
4. Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan
mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu
disamping
akan
digantikan
segala
amal
kejahatannya dengan amal kebaikan.
5. Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka
Allah akan menambahkan pula pahala amalnya
dengan berlipat kali ganda lagi.
6. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di
Syurga kelak akan diberi minum dari air sungai
yang bernama Rejab yang mana airnya lebih
putih dari susu, lebih manis dari manisan & lebih
dingin dari salji.
7. Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan
Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi
dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap
amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.
8. Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan
doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan
peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti
Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.

SYAABAN
Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda
baginda yang maksudnya, "Dinamakan dengan Syaaban
(Berserak-serak) itu adalah kerana didalamnya terdapat
banyak kebajikan yang berserak-serak."
1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh
Allah dengan 700 kali ganda.
2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta
memberikan pengampunan umum kepada
hambanya.
3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal,
pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan
manuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi,
pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia
meninggal pada tahun itu maka ia akan
mendapat pahala mati syahid.
4. Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah
sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan
menghidupkan malam itu dengan banyak
berdoa,
berzikir,
berselawat,
bertasbih,
membaca al-Quran dan sebagainya maka Allah
akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat
disamping doanya tidak akan ditolak.
5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah
pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang
menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang
sihir, tukang nujum, mereka yang suka
bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan
riba, derhaka terhadap kedua ibubapa, pembuat
fitnah dan mereka yang memutuskan tali
silaturrahim.

RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w.
Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiga
bulan Ramadhan maka akan dibukan pintu-pintu Syurga
dan ditutupkan pintu-pintu Neraka lalu diikatkan semua
syaitan." Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika
umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada
didalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan
menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu
sebagai bulan Ramadhan."
1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh
Allah sebanyak 1000 kali ganda.
2. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran
pahala amalan fardhu.
3. Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian
istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu
bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat
Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan
keampunan dari Allah dan bahagian ketiga
pembebasan dari siksa api neraka.
4. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat
tarawikh, witir dan solat-solat sunat yang lain.
5. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca
al-Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
6. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan
membantu mereka yang berada didalam
kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
7. Memberi makan kepada mereka yang hendak
berbuka puasa.
8. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada
10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan
keberkatan dan kebesaran malam 'Lailatul
Qadar' seperti beriktikaf di masjid dan
sebagainya.
9. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan
mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari
yang terakhir.

SYAWAL

ZULHIJJAH

1. Amalan sunat pada 1 Syawal seperti....


Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan
solat Aidil Fitri.
Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya
kelihatan bersih dan cantik.
Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
Menjamah sedikit makanan sebelum keluar
menuju ke masjid.
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan
bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.
Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika
ianya tidak terlalu jauh.
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil
bermula dari malam 1 Syawal hinggalah
terbenak matahari pada hari raya itu.
2.
Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (sunat
Syawal). Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya, "Sesiapa
yang
berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti
dengan 6 hari di bulan Syawal, maka
perumpamaannya adalah seperti ia berpuasa
sepanjang tahun." Dalam hadis lain baginda bersabda,
"Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia
berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa
selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai
puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu)
telah berpuasa untuk setahun."

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.


Rasulullah s.a.w. telah menerangkan tentang fadilat
puasa di bulan Zulhijjah iaitu:1. Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam a.s.
telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu dosanya akan diampuni
oleh Allah.
2. Tanggal
2
Zulhijjah
doa
Nabi
Yunus
diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu maka pahalanya sama
seperti ia berpuasa setahun dan dicatitkan
baginya seolah tidak pernah melakukan maksiat
walau sedikitpun.
3. Tanggal 3 Zulhijjah doa Nabi Zakaria
diperkenankan Allah. Sesiapa yang berpuasa
pada hari itu maka doanya juga akan
diperkenankan oleh Allah.
4. Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa
yang berpuasa pada hari itu akan terhindar ia
dari kefakiran dan kemelaratan dan di hari
kiamat ia akan dimasukkan dalam golongan yang
terhormat.
5. Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa dilahirkan.
Sesiapa yang berpuasa pada hari itu terlepas ia
dari sifat munafik dan dari siksa kubur.
6. Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan
pintu kebajikan untuk nabi-nabiNya. Sesiapa
yang berpuasa pada hari itu ia akan dipandang
oleh Allah dengan pandangan rahmat serta
terlepas ia dari azab.

8. Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahanam akan


dikunci. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu
akan dikuncikan oleh Allah 30 pintu kesulitannya
dan dibukakan 30 pintu kemudahan.
9. Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah bermimpi
mendapat
perintah
dari
Allah
supaya
menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia
berfikir sama ada perintah itu datang dari Allah
atau syaitan. Hari itu dinamakan dengan
'Tarwiyah' (hari berfikir) oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu akan diberi oleh Allah
pahala yang tidak terhitung banyaknya hanya
Allah sahaja yang mengetahui.
10. Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu
kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu
adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan.
Oleh itu hari itu dikenali dengan nama 'Arafah'
(hari tahu). Sesiapa yang berpuasa pada hari itu
akan diampunkan oleh Allah dosanya setahun
yang lalu dan setahun yang akan datang.
11. Tanggal 10 Zulhijjah adalah hari raya Aidil Adha
(hari korban) juga dikenali dengan nama hari
'Nahar' (menyembelih). Sesiapa yang berkorban
pada hari itu dengan seekor korban dan pada
setiap titisan darah yang mengalir dari leher
haiwan tersebut Allah akan mengampuni
dosanya dan dosa ahli kaum keluarganya (haram
berpuasa pada hari ini).
12. Sunat bersedekah pada hari itu dengan satu
sedekah maka akan dibangkitkan oleh Allah pada
hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan
sentosa serta timbangan amal baiknya lebih
berat dari bukit Uhud.

7. Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti...


Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya
Sunat tidak menjamah makanan atau minuman
sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan
bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.
Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika
ianya tidak terlalu jauh.
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil
bermula dari malam 10 Zulhijjah hinggalah
terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah
(Takbir Muqayyad).
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29
atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan
membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib
pada malampertama awal Muharram.

You might also like