You are on page 1of 10

KULIAH 3: Penolakan Terhadap Agama Dalam

Pembentukan Moral
Sukar dibuktikan bahawa untuk menjadi bermoral
seseorang itu mesti beragama
Seseorang itu boleh bermoral walaupun tidak beragama.
Setiap agama mempunyai sistem moralnya sendiri dan
tidak semua sistem nilai berdasarkan agama.
Sangat sukar ditentukan agama yang mana menjadi asas
kepada sistem moral manusia.
Dalam moral sekular, peraturan dan nilai tidak
disandarkan kepada agama. Oleh itu, boleh berubah
dari semasa ke semasa.

Keunggulan Agama Dalam Pembentukan Akhlak


Moral agama mempunyai disiplin yang kuat dan ketattidak ada kekecualian dan setiap orang tidak dapat
melarikan diri daripada tanggungjawab moral. Semua
perlakuan dan tindakan manusia tidak terlepas daripada
pemerhatian Tuhan dan selanjutnya juga tidak akan
terlepas daripada sebarang balasan.
Moral agama bersifat mutlak dan universal - asas moral
agama begitu kuat dan tidak akan berubah.Jauh sekali
daripada sifat-sifat relatif dan subjektif.
Wahyu Tuhan bersifat mutlak dan universal, sesuai
dengan semua keadaan dan zaman.

Moral agama mempunyai kekuatan moral yang sangat


kuat- asas moral agama ialah kepercayaan dan
keimanan kepada Tuhan. Kesedaran tentang manusia
itu adalah hamba Tuhan dan menikmati berbagai nikmat
yang diberikan oleh Tuhan mendorong untuk selalu
berbuat baik. Ini diperkuatkan lagi dengan janji Tuhan
bahawa setiap amalan yang baik atau buruk tetap akan
dihisab dan mendapat balasan. Kesedaran bahawa
hidup di dunia ini adalah terlalu singkat dan tidak
kekal sedangkan kehidupan akhirat itu adalah kekal
untuk selama-lamanya.
Kesedaran inilah yang menjadi kekuatan moral agama.

Manusia bermoral kerana keimanannya kepada


Tuhan bukan kerana takutkan undang-undang
yang dibuat oleh manusia. Moral sekular lahir
kerana takut kepada manusia lain, misalnya
dipandang rendah, dipulau dan lain-lain.
Kekuatan moralnya adalah lemah dan tidak
bererti kerana manusia sangat terbatas
kemampuannya untuk mengawasi segala tindak
laku manusia.

Sekularisme
Sekularisme dapat ditakrifkan sebagai:
i. Fahaman falsafah yang memisahkan
urusan-urusan keduniaan dengan
urusan-urusan agama. Ia meninggalkan
peranan agama dan Tuhan dalam segala
urusan kehidupan manusia.
ii. Sekularisme juga memisahkan secara
mutlak antara ilmu pengetahuan
daripada pengaruh dan tuntutan agama.

Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau


fahaman yang menganggap bahawa urusan
keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak
harus dicampurkan dengan urusan negara,
politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme
adalah satu fahaman yang memisahkan antara
urusan agama dan kehidupan dunia seperti
politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan
sebagainya. Yang jelas menurut fahaman
sekular, soal bernegara, berpolitik, berekonomi
dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal
agama atau gereja.

Faktor Kewujudan Sekularisme di Eropah


i. Keangkuhan Ruhiyah:
Pihak gereja mendakwa paderi-paderi
mempunyai hubungan batin dengan
Tuhan. Oleh itu mereka mempunyai kuasa
rohani ke atas manusia.
ii. Keangkuhan Ilmiyah
Pihak gereja menganggap kejahilan itu
petua iman dan ilmu membawa kekafiran.

iii. Kesilapan besar gereja Eropah


Iaitu memusuhi ilmu dan membuat
kezaliman dalam ibadah yang mana ia
bertentangan dengan fitrah manusia,
iv. Peranan Yahudi untuk menghuru-harakan
Eropah.
Menganggap mereka adalah bangsa
terpilih dan menganggap umat lain selain
bangsa Yahudi sebagai Goyem (keldai)

Apabila fahaman sekularisme ingin dipindakan dari barat


ke timur, golongan ini tidak menyedari (secara sengaja
atau tidak) suasana di timur yang berpegang kuat
dengan agama. Sudah pasti ia tidak sekali-kali
merelakan pemisahan agama dari negara.
Contohnya, keadaan dalam Islam tidak sama dengan
apa yang terjadi di Eropah ketika itu di mana sepanjang
sejarah Islam tidak ada penzaliman terhadap
penganutnya. Begitu juga Islam tidak membenarkan
pemisahan agama (Islam) dari negara kerana negara
mengikut fiqh Islam ialah sebahagian dari agama
bukannya satu perkara yang berasingan

Al-Syahid Hasan al-Banna dalam "Majmu'ah Rasa'il"


menegaskan bahawa Islam merupakan sistem
sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia
semuanya. Ia merangkumi negara, kerajaan, rakyat,
akidah, syariat, akhlak, ekonomi, keadilan, undangundang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain.
Pendek kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan
Islam merangkuminya
Al-Quran sendiri telah menggariskan beberapa dasar
umum untuk umat Islam dalam memandu kehidupan
mereka. Sebagai contoh dalam bidang akidah (lihat
surah Al-Imran ayat 19), bidang ibadat (lihat surah AlBaqarah ayat 43), bidang sosial (lihat surah Al-Baqarah
ayat 188), bidang politik (lihat surah Saba' ayat 15),
bidang undang-undang perlembagaan (lihat surah AlNisa' ayat 59) dan juga bidang-bidang yang lain.

You might also like