You are on page 1of 17

KERTAS KERJA PENGELOLAAN KEJOHANAN

BOLA TAMPAR LELAKI & PEREMPUAN BAWAH 12


PERINGKAT MSSD SEREMBAN 1
TAHUN 2015

PENGELOLA:
SJKC CHUNG HUA SEREMBAN

1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam takwim Unit Sukan
Pejabat Pelajaran Daerah Seremban. Bagi tahun 2015, ia dikelolakan oleh SJKC Chung Hua.
Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah daerah Seremban 1 mengikut kategori
lelaki & perempuan bawah 12 tahun. Setiap pasukan menyenaraikan dua belas pemain .
Pertandingan ini akan diadakan di Centre Court, Paroi. Aktiviti ini diadakan selaras dengan
dasar 1Murid 1Sukan disamping memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan negara yang ingin
mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui
penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMAT
Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap
peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat
ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat
memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan dan sijil
kecemerlangan.
Selain daripada itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar yang berbakat
dalam bidang sukan khasnya sukan bola tampar dapat menunjukkan bakatnya dalam kejohanan tersebut
.

3.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan pada akhir kejohanan ini, para peserta dapat:
3.1 Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah
pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam
sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam
sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


Tarikh pertandingan : 25 dan 26 Mac 2015
( Rabu dan Khamis)
Tempoh pelaksanaan: 1 1/2 hari
5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

Penaung

: Mohd.Sah Bin Zainal Abidin


Pegawai Pelajaran Daerah Seremban

Pengerusi pengelola

: En.Wong Kim Tong


Guru Besar SJK(C ) Chung Hua

Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan
Naib Pengerusi

: Pn Te Pein Ling
GPK Ko-kurikulum

: Pn.Tee Lay Nee


GPK Kurikulum

Naib Pengerusi

: Pn.Di Sock Kian


GPK HEM

Pengerusi Teknik MSSM

: En. Chin Kim Siang

Pengerusi Teknik MSSD

: En.Lim Boon Hee

Setiausaha

: Pn. Seow Feh Foong

Bendahari

: Pn Chin Kah Hwei

6.0 Jawatankuasa Pelaksana

Urusetia/pendaftaran
Pertandingan
Juri Rayuan

: Pn. Seow Feh Foong


Pn. Gan Siok Eng
: Pengerusi Teknik & Pembangunan MSSM
Pengerusi Teknik & Pembangunan MSSMD
Pengerusi pengelola
Ketua pengadil

Persiapan Gelanggang

: En. Voon Yan Xue


En Lee Zhia Chern

Pencatat

: En. Voon Yan Xue


En Lee Zhia Chern, 4 orang murid SMK Chung Hua

Juruhebah

: Pn. Saleha
Cik Chung Jia Ying

Jurugambar

: Cik Chua Siew Chia

Kebersihan

: Cik Chung Jia Ying

Pertolongan Cemas

: Cik Hew Ling Sing, 2 orang murid SMK Chung Hua

P.A sistem

: En.Tan Kok Ghee

Sijil /Hadiah/Cenderahati

: Pn. Gan Siok Eng


Cik Chua Siew Chia

Buku Program

: Pn Te Pein Ling
Pn Chin Kah Hwei

Makanan & Minuman / Jamuan : Pn. Saleha


Cik Hew Ling Sing ,
Quarters master

: Pn. Seow Feh Foong

7.0 FORMAT PERTANDINGAN


Sila rujuk Lampiran (Undang-undang Pertandingan.)

8.0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIF
KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH
MALAYSIA DAERAH SEREMBAN 1 2015
RABU / 25 MAC 2015
8.00-8.30 pagi

: Pendaftaran Pasukan, Pengurus Pasukan & Pegawai Teknikal.

8.30-12.00 tengah hari

: Perlawanan

12.00-3.00 petang

: Rehat

3.00-5.30 petang

: Perlawanan

KHAMIS / 26 MAC 2015


8.00-8.30 pagi

: Pendaftaran Pasukan , Pengurus Pasukan & Pegawai Teknikal.

8.30-11.30 pagi

: Perlawanan Akhir

11.30-12.00 tengah hari

: Majlis penutup

9.0 SUMBER KEWANGAN


Bayaran Pengelolaan Bersama kejohanan bola tampar lelaki dan perempuan 12 tahun MSSD Seremban
1 dipersetujui sebanyak RM120 bagi sekolah yang menghantar pasukan lelaki atau perempuan dan
RM150.00 bagi sekolah yang menghantar pasukan lelaki dan perempuan.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Anggaran Perbelanjaan
(A)

Wang yang diperolehi :


1 Yuran Penyertaan (RM120 X 7buah sekolah 1 pasukan)

RM

840.00

2 Yuran Penyertaan (RM150 X9 buah sekolah 2 pasukan)


3 Peruntukan PPD
4 Sumbangan PIBG SJK (C) Chung Hua

RM
RM
RM

1350.00
360.00
160.00

RM

2710.00

RM
RM
RM
RM
RM
RM
RM

810.00
275.00
180.00
75.00
45.00
50.00
540.00

Makanan & minuman sarapan (Day1) pengadil, AJK


8 (RM5 X 25)

RM

125.00

Makanan & minuman tengahari (Day1) pengadil, AJK


9 (RM5 X 25)

RM

125.00

RM

125.00

RM
RM
RM
RM

130.00
30.00
150.00
50.00

RM

2710.00

JUMLAH
(B)

Perbelanjaan
1
2
3
4
5
6
7

Sewa gelanggang Centre Court, Paroi


Persediaan gelanggang dan jaring
Sewa sistem siaraya
Sewa kerusi (RM0.75 X 100)
Sewa meja panjang (RM7.50 X 6)
Jamuan mesyuarat
Elaun Pengadil (RM54 X 10)

Makanan & minuman sarapan (Day2) pengadil, AJK


10 (RM5 X 25)
11
12
13
14

Jamuan majlis penutupan (Day2) pengadil, AJK (RM5


X 26)
Buku program dan alatan
Elaun Murid Sek Tinggi Chung Hua(15xRM10)
Cenderahati penutup
JUMLAH

11.0 PENUTUP

Program yang terancang seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua penggerak bola
tampar. Semangat sayangkan sekolah, zon, negeri dan negara serta rasa tanggungjawab dapat disemai
di kalangan mereka yang terlibat. Selain daripada itu, semangat setiakawan dan toleransi akan dapat
dipupuk. Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan penggerak bola tampar,
program seumpamanya juga dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan. Adalah diharapkan cadangan
ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan matlamat kita iaitu untuk melahirkan pemainpemain yang berkualiti tinggi untuk mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara amnya.

1Murid 1Sukan
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Disediakan oleh;-

Disemak oleh;-

----------------------------

-------------------------------

PN SEOW FEH FOONG

PN TE PEIN LING

Setiausaha Pengelola

GPK Kokurikulum

Kejohanan Bola Tampar MSSD Seremban 1

SJKC CHUNG HUA

Disahkan oleh;--------------------------------EN WONG KIM TONG


Pengetua
SJKC CHUNG HUA

LAMPIRA

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAHSEKOLAH MALAYSIA DAERAH SEREMBAN 1 2015
(SEKOLAH RENDAH)

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan Bola Tampar MSSMNS ini akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Peraturan Am yang
ditetapkan oleh MSSM dengan pengecualian berikut :

1.

PENGELOLA
SJK(C) CHUNG HUA SEREMBAN

2.

TARIKH DAN TEMPAT


Kejohanan ini akan dijalankan secara pesta pada 25 Mac hingga 26 Mac 2015 di Kompleks
Sukan Negeri, Paroi, Seremban

3.

KELAYAKAN PESERTA

3.1. Kelayakan Am
3.1.1. Semua sekolah-sekolah Kerajaan dan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian
Pelajaran Malaysia dan bergabung dan membayar yuran penuh dengan Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Sembilan layak menyertai pertandingan ini.
3.1.2. Hanya murid-murid yang didaftarkan di sesuatu sekolah layak mewakili
sekolah masing-masing.

4.

HAD UMUR PEMAIN

4.1. Had Umur untuk pemain-pemain pertandingan ini adalah seperti berikut :
i) Lelaki : 12 tahun ke bawah
iii) Perempuan
: 12 tahun ke bawah
4.2. Pemain (B12 tahun) hendaklah dilahirkan pada 1hb. Januari 2003 atau selepasnya
4.3. Pemain hendaklah berumur tidak lebih daripada 12 tahun pada 1.1. 2015.

4.4. Sekiranya berlaku sebarang penyelewengan dari segi umur, pasukan yang melakukan
kesalahan tersebut akan dikira kalah dan akan dibatalkan dari pertandingan dan
perlawanan-perlawanan yang sudah disertai oleh pasukan itu tidak akan dikira. Perkara
ini juga akan dibawa ke Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Seremban Utara untuk
tindakan selanjutnya.

5.

PENDAFTARAN PEMAIN

5.1. Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar 12 pemain sahaja. Setiap pasukan dikehendaki
menyenaraikan nama penuh pemain, tarikh lahir dan nombor Kad Pengenalan dalam
Borang Pendaftaran yang tertentu. Borang pendaftaran Individu R01 hendaklah disahkan
oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. Borang pendaftaran pasukan R02 hendaklah
disahkan oleh pengurus pasukan sahaja.
5.2. Borang Pendaftaran yang lengkap hendaklah diisi dan diserahkan kepada Jawatankuasa
Pengelola sebelum pertandingan dimulakan.
5.3. Nama Pengurus Pasukan dan Jurulatih mestilah dicatatkan. Hanya mereka yang
disenaraikan dibenarkan bersama pasukan mereka semasa sesuatu perlawanan itu
dijalankan.
5.4. Nombor jersi setiap pemain mesti diisikan dalam Borang Pendaftaran. Seseorang
pemain dikehendaki menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang pertandingan.

6.

KELEWATAN

6.1. Semua perlawanan akan dimulakan pada masa yang ditetapkan dalam Jadual
Pertandingan.
6.2. Sesuatu pasukan itu dikehendaki berada di gelanggang 20 minit sebelum masa yang
ditetapkan bagi sesuatu perlawanan.
6.3. Jika sebuah pasukan tidak hadir di gelanggang dalam masa yang ditetapkan itu, maka
diberi masa 20 minit untuk menunggu. Pasukan yang lewat lebih dari 20 minit itu
terpaksa memberi KEMENANGAN PERCUMA (WALKOVER) kepada pasukan yang
hadir.

7.

MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH

7.1. Di dalam keadaan apa sahaja, menyerah kalah tidak dibenarkan sama sekali dalam
pertandingan ini.
7.2. Sekiranya sesuatu pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan diperolehi oleh pasukan itu akan dibatalkan.
7.3. Pasukan yang menarik diri atau menyerah kalah akan dilaporkan kepada pihak
MSSD untuk tindakan selanjutnya.

8.

PAKAIAN
Semua pemain sepasukan mestilah berpakaian jersi seragam

8.1. Jersi hendaklah menggunakan nombor 1 hingga 18 sahaja mengikut saiz seperti yang
tersebut di dalam Undang-Undang FIVB. Walau bagaimanapun penggunaan nombor 1
hingga 12 digalakkan.
8.2. Seorang pemain mestilah memakai nombor yang sama di sepanjang pertandingan.
8.3. Semua jersi mesti mempunyai nombor sekurang-kurangnya 15 cm di depan dan 20 cm
di belakang.

9.

PENGADIL

9.1. Pengadil-pengadil untuk pertandingan ini akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
dengan kerjasama Pengerusi Teknik MSSD Seremban 1.
9.2. Sebarang pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini tidak boleh merayu
ke atas keputusan pengadil.
9.3. Segala keputusan pengadil adalah MUKTAMAD dan pasukan-pasukan yang mengambil
bahagian tidak boleh membuat bantahan ke atas keputusan pengadil .

10.

BANTAHAN/RAYUAN :

10.1. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan berjalan, mesti
memberitahu pengadil secara lisan. Walau bagaimanapun perlawanan akan
diteruskan Under Protest. Hanya Ketua pasukan dibenarkan membuat bantahan.
10.2. Sekiranya selepas perlawanan, pasukan masih ingin membantah, ketua pasukan
mesti menulis perkataan Ingin Membantah di ruang catatan dalam kertas skor
dan menandatanganinya supaya bantahannya boleh dipertimbangkan.
10.3. Bantahan secara bertulis oleh pengurus pasukan mesti disertakan dengan wang tunai
RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Seratus ringgit sahaja) sebagai wang cagaran dalam
masa jam selepas tamatnya perlawanan kepada Jawatankuasa Pengelola. Wang
cagaran ini tidak akan dipulangkan jika didapati bahawa bantahan itu tidak munasabah.

11.

LEMBAGA TATATERTIB

11.1. Semua hal berkaitan dengan tatatertib akan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib dalam
masa 1 jam setelah laporan diterima dari pengadil atau Pegawai Teknikal yang
bertugas.

11.2. Jawatankuasa ini berhak mendapat maklumat dari mana-mana pihak yang berkaitan
dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan. Keputusan Lembaga
Tatatertib adalah MUKTAMAD.

12.

KEMALANGAN / KEHILANGAN

12.1. Pihak pengelola tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan barang-barang


atau harta-harta kepunyaan seseorang pegawai atau pun pemain di dalam kawasan
gelanggang dan sebarang kemalangan pada masa perlawanan dijalankan. Walau
bagaimanapun beberapa persediaan perlu diadakan bagi mengelakkan kehilangan
dan kemalangan seperti itu.

13.

LEMBAGA RAYUAN

13.1. Sebuah Jemaah Rayuan akan dibentuk oleh Jawatankuasa Pengelola di mana
Pengerusi Pengelola atau wakilnya akan bertindak sebagai pengerusinya. Ahli-ahli
Jemaah Rayuan ini terdiri daripada Setiausaha Pengelola atau wakilnya, Pengerusi
Teknik MSSD, Ketua Pengadil Kejohanan dan seorang Pengurus Pasukan yang
tidak terlibat.
13.2. Jemaah Rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam sebaik sahaja menerima rayuan /
bantahan itu dan akan menyampaikan keputusan kepada pihak Jawatankuasa
Pengelola untuk diumumkan.

13.3. Jemaah Rayuan adalah berhak mendapat maklumat dari mana-mana pihak yang
berkaitan dengan perkara yang dibincang untuk membuat keputusan.
13.4. Keputusan Lembaga ini adalah MUKTAMAD.

14. SISTEM PERTANDINGAN


Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:14.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )

14.1.1 Pusingan Pertama


14.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka
hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D
Pertandingan akan dijalankan secara liga.

14.1.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan
tahu lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Johan

Kumpulan A

Naib Johan

Kumpulan B

Ketiga

Kumpulan C

Keempat

Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut


dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.
14.1.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.
14.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)
14.1.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk
ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
14.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :
14.1.2.2.1 Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan akan
didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1,3,5 dan 7.
14.1.2.2.2 Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk
ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan pemenang
Pertama Kumpulannya telah diundi dan ditempatkan di
kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 pasukan pemenang kedua
yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6
atau 8.
14.1.2.2.3 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir
akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan
dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan
bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

14.2 Cara Liga Tiga Kumpulan


14.2.1 Pusingan Pertama
14.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka
hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.
14.2.1.2 Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
Kumpulan A

- Johan tahun lalu

Kumpulan B

- Naib Johan tahun lalu

Kumpulan C

- tempat ketiga tahun lalu

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut


melalui undian.

14.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil


bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.

14.2.2 Pusingan Kedua


14.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke
dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.
14.2.2.2 Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
14.2.2.3 Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan
ke kumpulan Y.
14.2.2.4 Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari
Johan kumpulannya.

14.2.3. Pusingan Separuh Akhir


14.2.3.1. Johan Kumpulan X akan lawan Naib Johan Kumpulan Y dalam Separuh
Akhir I.
14.2.3.2. Johan Kumpulan Y akan lawan Naib Johan Kumpulan X dalam Separuh
Akhir II.

14.2.4 Pusingan Akhir


14.2.4.1 Pemenang Separuh Akhir I akan lawan pemenang Separuh Akhir II dalam
perlawanan akhir.

14.3 Cara Liga 2 kumpulan.


14.3.1 Pusingan Pertama
14.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.
14.3.1.2 Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam kumpulan A dan naib Johan serta tempat ketiga
ditempatkan dalam kumpulan B
14.3.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan
cabutan undi.
14.3.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian
maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.
14.3.2 Pusingan kedua
14.3.2.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan
Johan kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A.

14.3.2.2. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.


14.3.3 Pusingan Akhr
14.3.3.1. Johan Kumpulan A atau naib Johan kumpulan B akan melawan Johan
Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan dan
Naib Johan.
14.3.3.2. Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan
tempat ketiga dan keempat.
14.4

Cara liga Satu Kumpulan


14.4.1

15.

Sekiranya dua hingga lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan


akan dijalankan secara liga satu pusingan . Pasukan yang mendapat mata
tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN.

SISTEM PENGIRAAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN :


Berikut adalah sistem pemberian mata :

15.1. Yang menang

----

2 mata

Yang kalah

----

1 mata

Lucutan teknikal/menarik diri

----

0 mata

15.2. Diperingkat yang dijalankan secara liga, jika terdapat dua atau lebih pasukan
yang mempunyai mata yang sama:
Z = Jumlah mata yang menang (Semua perlawanan)
Jumlah mata yang kalah
Pasukan yang nisbah matanya lebih tinggi menduduki tempat teratas.
15.3. Sekiranya masih terdapat keadaan seri :
C = Jumlah set yang menang

(Semua perlawanan)

Jumlah set yang kalah


Pasukan yang nisbah setnya lebih tinggi menduduki tempat teratas.
15.4. Sekiranya keadaan seri masih berlaku antara 3 pasukan atau lebih :N = Jumlah set menang (perlawanan antara pasukan terlibat)
Jumlah set kalah

Pasukan yang nisbah set yang lebih tinggi menduduki tempat teratas.

15.5. Sekiranya masih terdapat keadaan seri antara 3 pasukan atau lebih :R = Jumlah mata menang (perlawanan antara pasukan terlibat)
Jumlah mata kalah
Pasukan yang nisbah mata yang lebih tinggi menduduki tempat teratas.
15.6. Sekiranya masih terdapat keadaan seri antara dua pasukan, keputusan
perlawanan antara dua pasukan yang berkenaan akan diambilkira.
Pasukan yang menang perlawanan itu menduduki tempat atas.
15.7. Sekiranya keadaan masih berlaku cabutan undi akan dibuat untuk menentukan
kedudukan akhir.

16.

PERTUKARAN PEMAIN :
Pertukaran/Penambahan pemain boleh dilakukan di urusetia sebelum perlawanan
pertama dimulakan. Selepas itu, segala pertukaran/penambahan tidak akan dibenarkan.

17. PENGANTUNGAN :
Pemain yang telah disingkirkan dalam sepanjang sebarang satu perlawanan atas
sebab-sebab berkelakuan buruk atau biadap maka ianya dengan secara otomatik
digantung bermain dalam perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib
telah membuat keputusan.

18.

SAIZ BOLA
Saiz bola yang digunakan untuk Sekolah Rendah ialah Saiz 4

19.

KETINGGIAN JARING

19.1. Ketinggian Jaring untuk Lelaki Bawah 12 tahun 2.10m


19.2. Ketinggian Jaring untuk Perempuan Bawah 12 Tahun 2.10m
20.

PENDAFTARAN

20.1. Borang pendaftaran hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur pada 4 Februari 2015

21.

PERKARA AM :

21.1.

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang


keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak
dinyata dalam peraturan pertandingan ini dan keputusan adalah muktamad. Pihak
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan juga berhak meminda sebarang undangundang kejohanan jika didapati perlu.

21.2.

Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan,


tetapi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ini berhak meminda susunan atau
masa perlawanan jika perlu.

21.3.

Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah tanggungjawab pengurus


pasukan masing-masing dan diharap semua pengurus pasukan akan memberi
kerjasama kepada pihak pengelola kejohanan supaya kejohanan boleh
dijalankan dengan licin.

21.4.

Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain


pengganti yang disediakan pada masa perlawanan adalah seperti berikut :21.4.1.
21.4.2.
21.4.3.
21.4.4.

21.5.

22.

Pengurus Pasukan
Ketua Jurulatih
Penolong Jurulatih/Chaperon
6 orang pemain simpanan

Hanya guru boleh didaftarkan sebagai ketua jurulatih atau penolong jurulatih dan berhak
untuk memberi arahan kepada pasukan. Seorang sahaja bekas pemain atau orang luar
boleh didaftar sebagai trainer dan boleh duduk di bangku pasukan tetapi tidak berhak
untuk memberi arahan kepada pasukan atau menyoal kepengadilan. Disiplin trainer adalah
tanggung jawab Ketua Jurulatih.

PANEL PEMILIHAN
Panel ini terdiri daripada :
Penasihat
Pengerusi
N/Pengerusi
Setiausaha
Ex-Officio

Setiausaha Agong MSS Daerah Seremban


Pengerusi Pengelola
Naib Pengerusi Pengelola
Dilantik oleh Pengerusi Pengelola
Penyelaras Permainan Bola Tampar MSS Daerah Seremban
Pengerusi Teknik MSS Daerah Seremban 1

Ahli

4 orang jurulatih yang bertauliah yang dilantik oleh


Pengerusi Teknik MSS Daerah Seremban 1

Disediakan oleh : Jawatankuasa Teknikal Bola Tampar MSS Daerah Seremban

You might also like