You are on page 1of 4

Kaedah Fiqh : Segala Urusan Berdasarkan Niat

KAEDAH 1 : SEGALA URUSAN BERDASARKAN NIAT


1. Segala perbuatan dinilai dan bergantung kepada niat seseorang. Amalan2 yang dilakukan
mukallaf bergantung kepada apa yang diniatkannya. Ulama fiqh bersepakat menyatakan
sekiranya seseorang berniat untuk melakukan kebajikan dan tidak dapat ditunaikannya
disebabkan sesuatu masyaqqah atau keadaan tertentu ia tetap diberi pahala. Niat juga amat
penting untuk menentukan halal dan haram.
Peristiwa Rukanah menceraikan isteri dengan lafaz al-Battata ( ) bermaksud : putus. Hadis
Riwayat Yazid bin Rukanah :
`Sesungguhnya beliau telah menceraikan isterinya dengan lafaz al-Battata, iaitu putus. Dia
pergi menemui Rasulullah saw dan bertanyakan masalah tersebut dengan berkata : Aku tidak
inginkan begitu, katanya lagi : Aku maksudkan satu talak sahaja. Rasulullah saw bertanya :
Demi Allah! Engkau maksudkan satu? Rukanah menjawab : Demi Allah! Aku maksudkan hanya
satu. Beliau berkata : Baginda mengembalikan isterinya

2. Hukum Furuq yang terbentuk daripada kaedah :


a. Seseorang mencuri alat muzik yang melalaikan tujuan merosakkannya, ia tidak
dikenakan hukuman hudud, namun jika ia mencuri dengan tujuan menjualnya, ia
dihukum.
b. Seseorang yang melakukan sesuatu yang diharus terhadap dirinya dengan niat atau
meyakini ia adalah haram, dikira haram. Contohnya, menyetubuhi isterinya dengan
meyakini isterinya itu adalah wanita lain, ia dikira berzina.
c. Seseorang lelaki menyetubuhi wanita lain dengan sangkaan dan meyakini wanita
tersebut adalah isterinya, ia tidak dikenakan hukuman hudud sebagaimana orang yang
berzina berdasarkan niat dan maksudnya itu.
d. Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus hukumnya. Jika ia
berniat membuat arak, haram hukumnya.
e. Seseorang yang meminum air mutlak dengan berniat minum arak, haram hukumnya
3. Sumber asal kaedah :
a. Al-Bayyinah : 5 `Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid.

b. Ali Imran : 145 `Dan sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya
dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan
bahagiannya dari balasan akhirat itu.
c. Hadis Umar al-Khattab : `Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambilkira berdasarkan niat,
dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana
dunia yang ingin diperolehinya, atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, hijrahnya itu
berdasarkan apa yang ia hijrahkannya.
d. Hadis Abu Hurairah : `Manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya.
e. Hadis Abu Musa al-Asy`ari : Niat seseorang muslim lebih baik dari amalannya.
f. Hadis Uqbah bin Husayn : `Sesungguhnya Allah memasukkan 3 orang ke dalam syurga
kerana satu anak panah.
g. Hadis Maimunah : `Sesiapa dari kalangan orang Islam yang berhutang (ia berniat untuk
membayarkannya) Allah mengetahui yang ia berhasrat untuk melunaskannya, melainkan
Allah akan lunaskan di dunia.
4. Bidang Kaedah
a. Ibadat : Berwuduk, mandi wajib dan sunat, khuf, tayammum, solat, puasa, iktikaf, haji,
umrah dll
b. Akad dan Kontrak: Hukum berkaitan akad dan keluarga seperti pinjaman, jaminan,
pindahan hutang, pelupusan hutang, pembatalan jualbeli, perwakilan, ikrar, rujuk, talak dll
c. Qisas: Membezakan antara perbuatan pembunuhan sengaja, separuh sengaja dan tidak
sengaja.
d. Segala amalan Taqarrub: Niat mendekatkan diri kepada Allah i.e. menyebarkan ilmu,
mengajar, fatwa, menulis, menghukum, menegakkan kebenaran, berkaitan dengan
e.

kehakiman dan tugasnya.


Segala amalan harus bertujuan ibadat i.e. makan, minum, bekerja dan mencari nafkah,

berkahwin serta hubungan keluarga juga menjaga diri daripada zina dan maksiat
5. Kaedah Pecahan
a. Melakukan apa yang tidak dimaksudkan, bererti berpaling daripada yang dimaksudkan.
b. Niat berkaitan dengan sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum, namun tidak
c.
d.
e.
f.

mengumumkan lafaz khusus.


Sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang mengucapkannya.
`Sumpah berdasarkan niat orang yang bersumpah.
`Amalan fardhu terlaksana dengan niat sunat.
`Apa yang dipegang dalam akad itu ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan bentuk

perkataan
g. `Segala akad yang mana maksudnya tidak membawa faedah tersebut.

6. Fungsi disyariatkan niat.


a. Membezakan ibadat dengan adat
Menahan diri dari makan kerana puasa atau menguruskan badan
Menyembelih binatang untuk makan atau ibadat korban
b. Membezakan ibadat dengan ibadat lain
Ibadat fardhu atau sunat
Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat

7. Kategori Penyekutuan Niat


a. Menyekutukan Ibadat dengan Bukan Ibadat menyembelih binatang dengan niat kerana
Allah dan lainnya, batal penyembelihannya itu dan binatang sembelihan tidak halal dimakan
b. Menyekutukan Ibadat Fardu dengan Sunat
i.
mendapat kedua-duanya
sembahyang fardhu serta niat untuk mengajar orang lain.
niat mengerjakan haji dan menggabungkan umrah sunat atau wajib
ii.
mendapat yang fardu
iii.
niat
mengerjakan
haji
wajib
dan
haji
sunat,
dapat
haji
wajib
mendapat yang sunat
menghulurkan wang dengan niat berzakat dan sedeka biasa, dapat sedekah
sunat
iv. terbatal kesemuanya
mendirikan sembahyang fardu dengan niat sembahyang fardu dan sunat,
terbatal keduanya
c. Menyekutukan
Ibadat

Fardu

dengan

Fardu

Hukum asal terbatal keduanya. Imam al-Subky berkata ia tidak mendapat ganjaran
pahala kecuali dalam ibadat haji dan umrah sahaja
d. Menyekutukan Ibadat Sunat dengan Sunat
Mendirikan sembahyang sunat duha dan qada atau ganti sunat sebelum subuh. Tidak
dapat keduanya kerana penyekutuan.
e. Menyekutukan Niat dengan selain Ibadat
i.
`Engkau adalah haram untukku,

8.

dengan

berniat

talak

boleh memilih antara kedua, mana yang dipilih itulah yang tercapai
ii.
talak berdasarkan kekuatannya yang lebih berbanding zihar
iii.
zihar kerana asalnya perkahwinan tetap berlaku
Syarat Niat
a. Islam
b. Mumaiyiz
c. Berakal atau waras

dan

zihar

9. Menafikan Niat
a. Membatalkan iman
berniat memutuskan iman, dikira murtad
b. Memutuskan daripada ibadat
Niat berhenti sembahyang ketika sedang sembahyang, batal sembahyang
10.Kedudukan Niat dalam ibadat sama ada berada pada status rukun atau syarat
a.

majoriti

ulama

mazhab

al-syafie

rukun

daripada

ibadat

alasan : ia berada atau terletak dalam ibadat. Sedangkan syarat itu


hendaklah berada atau seharusnya ada sebelum menunaikan ibadat, serta

wajib ada syarat tersebut selagi perkara itu berlangsung


c. Ibn al-Sabbagh dan Qadi Abu al-Tayyib : niat adalah syarat, bukan rukun
Alasan : jika tidak dikatakan syarat sudah tentu perlu kepada niat yang lain pula dan
tidak memadai satu niat tersebut sahaja, iaitu perlu kepada niat yang dikatakan rukun
tersebut

You might also like