You are on page 1of 2

Beban Tugas Guru Malaysia Semakin

Bertambah? Benarkah? Senaraikan?


Datuk Najib Mahu Selesaikan!
154
by Staff Berita Semasa on February 13, 2013
in Berita Pendidikan, Kakitangan Awam & Swasta

Sekarang memang ada kebenarannya yang mana kalangan guru-guru terlalu sibuk dengan
kerja pengkeranian sehinggakan tugas utama, main core mengajar adakalanya terjejas. Agak
berbeza dengan situasi jika dibandingkan dengan zaman 60-90an, guru dilihat fokus
mengajar.
Oleh itu sekarang ini, Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin sekarang ini sedang berusaha
keras untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dibebani kalangan guru di
Malaysia hari ini.

Beban Tugas Guru Dikurangkan!

Datuk Seri Najib Razak berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru
akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025).
Perdana Menteri (gambar) berkata langkah tersebut memerlukan tindakan supaya guru boleh
menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras.
Beliau berkata aspek bebanan tugas guru merupakan antara perkara yang telah dibincangkan
dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran.
Itulah pembaharuan yang kita akan laksanakan bagi mengurangkan beban guru dalam tugas
yang tiada kaitan dengan tugas utama sebagai pendidik, katanya pada majils perayaan jubli
emas Sekolah Sultan Alam Shah, di sini, malam tadi.
Najib berkata keperluan guru harus diberi keutamaan sebagai motivasi untuk mereka
menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik serta pencapaian dan
kejayaan sesebuah sekolah itu bergantung kepada warga pendidik.

Cadangan Berita Semasa Untuk Kurangkan Beban Guru


1. Pertama-tama sekali yang harus dilakukan ialah dengan mengurangkan
keterlibatan golongan guru-guru atau murid-murid yang terlalu fokus
dengan kehadiran menteri ke sesebuah sekolah ataupun apa jua program dan
aktiviti berkaitan dengan parti.
2. Kedua, kurangkan bilangan pelajar untuk sesebuah kelas. Sebenarnya, purata
kecekapan pengajaran guru adalah hanya sekitar 23 28 orang murid untuk
seorang guru sahaja. Jikalau ia dilaksanakan sistem penyampaian antara guru
dengan muridnya akan masih dalam keadaan terkawal. Sekaligus dapat
mengurangkan bebanan dan tekanan tugas guru sehingga 40%.
3. Ketiga, ataupun boleh diwujudkan satu jawatan iaitu pembantu guru. Mungkin
boleh dilaksanakan?
Apa yang kami perhatikan sekarang ini, kalangan guru rata-ratanya dilihat beban tugas
mereka semakin bertambah dan bertambah berbanding di zaman 60-90. Jiau auu, Jikalau
dahulu satu kad laporan untuk seorang guru sahaja (guru kelas). Tetapi tidak sekarang.
Benar?
Sekarang satu kad laporan sehingga 2-4 guru berlainan mesti sediakan ulasannnya tersendiri.
Bagaimana jikalau guru tersebut mengajar 3 subjek dengan satu kelas purata 50 murid. Itu,
tidak masuk lagi tugasan yang lain lagi. Lagipun bilangan murid yang mencecah 50 orang
untuk satu-satu kelas sudah tidak relevan lagi. Rombak.rombak.rombak!
Bagi kami apabila beban kerja diserahkan kepada guru, guru akan kurang memberikan
perhatian kepada murid kelas sendiri secara peribadinya. Ini realiti yang berlaku hari ini. Apa
kata kalangan guru-guru, golongan ibubapa dan bekas pelajar sekolah sendiri dengan sistem
yang ada sekarang?

You might also like