You are on page 1of 4

Abstrak

Masyarakat di bawah pemerintahan Islam yang dipimpin Nabi Muhammad SAW pernah
suatu ketika dahulu disatukan melalui satu piagam yang digelarkan Piagam Madinah.
Piagam Madinah yang menghendaki setiap individu menjadikan keamanan dan
kesejahteraan negara sebagai keutamaan (Nasir, S., 2009). Selagi mereka mematuhi
piagam tersebut, masyarakat bukan Islam akan dilindungi dibawah lembayung
pemerintahan Islam daripada segi hak dan perlindungan, serta kebenaran untuk
mengamalkan kepercayaan mereka. Peristiwa penting ini telah dijadikan satu penanda
aras negara ini dalam memastikan kestabilan negara yang mempunyai masyarakat
majmuk yang berbilang agama, bangsa dan keturunan. Tidak dapat dinafikan bahawa
sikap tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain adalah antara
perkara yang boleh mengukuhkan perpaduan masyarakat. Ini seiring dengan pepatah
Melayu yang berikut, 'bersatu teguh bercerai roboh', yang juga bertepatan dengan
firman Allah yang bermaksud;
"Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (agama Islam), dan
janganlah kamu berpecah-belah." (Surah Ali-Imran, ayat 103)
Ringkasnya, hanya dengan kesatuan dan kesepaduan masyarakat dapat
mengukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai bangsa dalam konteks negara ini.
Pendahuluan
Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang
hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Dalam konteks
Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dan kaum membina
sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. Kekerapan pergaulan sesama kepelbilangan
kaum berfungsi untuk membina satu kesepaduan dalam masyarakat yang membentuk
sebagai satu unit sosial. Namun, perlu juga diketahui bahawa setiap masyarakat pula
mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk daripada hubungan rapat
sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud.
Seterusnya adalah etnik, etnisiti dan etnosentrisme. Etnik boleh didefinisikan
sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam,
termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi (Hussin, S., 2009).

Konsep etnik inilah yang menjadi dasar yang membawakan konsep etnisiti dan
etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Konsep
ini menunjukkan bahawa wujudnya budaya yang berhasil untuk menyatukan anggota
etnik dengan faktor tertentu sama ada berkongsi nilai, sikap, tingkah laku, atau sejarah
yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang
wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti
mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain (Hussin, S., 2009).
Etnosentrisme juga membawa maksud suatu etnik yang menilai etnik lain menurut
sudut perspektif mereka sendiri.
Selain itu, ras dan rasisme merupakan konsep yang berkait rapat antara
keduanya. Ras dirujuk dengan kumpulan sosial yang mempunyai tanda pengenalan
kolektif yang sama berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal nyata seperti warna kulit, warna
rambut, warna mata dan lain-lainnya. Sehubungan itu, konsep rasisme terbentuk.
Rasisme didefinisikan dengan kepercayaan negatif suatu kumpulan sosial atau anggota
rasnya terhadap suatu kumpulan lain berdasarkan perbezaan ras semata-mata.
Rasisme dapat dilihat melalui tingkah laku dan tindakan dikhalayak ramai. Rasisme
juga merupakan gabungan kuasa dan prejudis yang menghasilkan diskriminasi
berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal lain. Menurut perspektif Islam pula,
diskriminasi dengan membeza-bezakan ras dan warna kulit adalah dilarang sama
sekali. Bahkan Allah berfiman yang bermaksud;
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara
satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan
atau

bangsanya).

Sesungguhnya

Allah

Maha

Mengetahui,

lagi

Maha

Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah AlHujurat, ayat 13)
Maka dengan penelitian terperinci, konsep-konsep hubungan etnik juga ada diajarkan
dalam ajaran Islam, disertakan bersama seruan bagi kepelbagaian bangsa, suku, puak,
keturunan, bahkan perbezaan jantina, untuk saling hidup harmoni sejahtera sesama

mereka. Juga ada digariskan dalam ayat tersebut yang menjelaskan tingkah laku
(ketakwaan) seseorang adalah lebih mulia berbanding perbezaan ras. Ini menunjukkan
betapa Islam menitikberatkan kesatuan masyarakat dengan tidak membeza-bezakan
antara satu dengan yang lain, seperti yang dirujuk sebagai konsep rasisme.

Bibliografi
Nasir, S. (2009). Piagam Madinah Model Terbaik Bina Keharmonian. Diterima daripada
http://www.idhamlim.com/2009/11/piagam-madinah-model-terbaik-bina.html
Hussin, S. (2009). Hubungan Etnik : Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme. Diterima
daripada

http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-etnik-etnisiti-dan-

etnosentrisme.html
Hussin,

S.

(2009).

Konsep

Masyarakat.

Diterima

daripada

http://hubungan-

etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-masyarakat.html
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka