You are on page 1of 3

Anatomi & fisiologi sukan

1.0 Pengenalan
Tubuh badan manusia adalah komplek kerana
mempunyai susunan organ-organ yang teratur dan
berfungsi dengan baik. Sistem rangka yang membentuk
satu jalinan yang berkerjasama antara semua jenis tulang
dalam mengawal oragan-organ dalam badan supaya
selamat. Manusia adalah makhluk yang sempurna yang
mempunyai segala struktur anatomi dan fisiologi yang
sangat berbeza dengan makluk lain.
Kajian tentang tubuh badan manusia dan fungsinya
adalah sangat penting kerana ia melibatkan proses
keseimbangan badan semasa melakukan pelbagai aktiviti.
Kajian tentang tubuh manusia yang melibatkan susunan
organ-oragan dan fungsinya dapat dilihat melalui bidang
anatomi dan fisiologi.
Sistem rangka yang terdapat di dalam tubuh
manusia terbahagi kepada tiga iaitu tulang, sendi dan otot.
Ketiga-tiga kombinasi ini melengkapkan sistem rangka
yang berfungsi sebagai penyokong kepada organ-organ di
dalam tubuh badan manusia.

1.1

Anatomi

Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan


mengenalpasti tubuh badan seseorang seperti tulangtulang, otot-otot dan organ-organ individu. Anatomi juga
ialah pengajian yang berkaitan dengan binaan tubuh
badan, bahagian susunan organ-organ dan hubungan
sesamanya yang bertanggungjawab dalam sistem tubuh
badan.

1.2

Fisiologi

Fisiologi ialah bidang yang bertanggungjawab mengkaji


tentang struktur tubuh badan yang berfungsi dan
menjalankan
aktiviti-aktiviti
untuk
mengekalkan

keseimbangan tubuh badan. Di samping itu juga, fisiologi


dikenali sebagai pengajian yang berkaitan dengan fungsi
tubuh, organ dan sistem dalam tubuh badan. Bidang
fisiologi yang mengkaji fungsi seluruh badan sangat
penting bagi memastikan kelancaran segala aktiviti yang
dilakukan.

1.3 Fungsi Otot, Tulang dan Sendi Secara Am


Otot
Otot ialah alat yang menyokong tulang dalam proses
menghasilkan gerakan. Otot terbahagi kepada 3 iaitu
cardiac muscle, skeletal muscle dan smooth muscle.
Antara fungsi otot ialah menghasilkan pergerakan,
mengekalkan posisi badan dan postur, menyokong tisu
lembut
dan mengekalkan suhu badan

Tulang
Tulang terbentuk hasil dari Kalsium dan fosfurus. Ini
adalah bahan-bahan mineral yang membentuk struktur
badan manusia. Gabungan kedua-dua bahan ini menjadi
tulang keras dan tegap. Setiap tulang merupakan organ
kepada sistem rangka. Pembentukan tulang adalah dari
tisu-tisu yang kuat dan aktif. Selain itu, tulang juga
terbentuk dan bertindakbalas mengikut fungsi.
Antara fungsi tulang ialah sebagai penyokong iaitu
memberi pelekatan kepda otot dan ligamen serta
menyokong tisu-tisu lembut. Pelekatan otot membantu
proses pergerakan. Selain itu, fungsi tulang ialah
melindungi organ-organ dari kecederaan.
Sendi
Sendi adalah tempat dua atau lebih tulang bertemu.
Permukaan tulang yang bertemu dengan tulang lain
dikenali sebagai permukaan artikular.Selain itu juga, sendi
ialah titik pertemuan anatara tulang atau rawan dengan
tulang. Struktur sendi dipengaruhi oleh rapat hubungan
pada titik pertemuan pergerakan semakin kuat tapi sangat

terbatas. Selain itu pergerakan sendi ditentukan oleh


kelenturan tisu ligament dan tendon.
Antara fungsi sendi ialah benarkan pergi dan balik
pergerakan dalam satu satah dan membenarkan
sebarang pergerakan dilakukan.

1.4 Permainan

Kemahiran asas (permainan) tenis


Teknik yang digunakan untuk servis bola top spin
Kemahiran asas permainan yang dipilih bagi mengkaji
tentang anatomi dan fisiologi ialah teknik mengservis bola
tenis. Di dalam tenik ini, secara umum kita dapat melihat
otot, sendi dan tulang yang terlibat. Semasa servis top
spin kita dapat melihat dengan jelas susunan otot, sendi
yang terlibat dari tangan sampailah ke bahu. Disamping
itu juga, kita dapat melihat fungsi-fungsi otot, tulang dan
sendi yang terlibat secara keseluruhan.
Semasa membuat servis top spin, otot, sendi dan tulang
berkerjasama dalam memberi daya tolakan yang lebih
padat melalui pengecutan dan pengenduran otot. Semasa
proses servis otot tangan dan bahu akan bertindak melalui
kaedah pengecutan dan pengenduran otot agonis dan
antagonis

You might also like