You are on page 1of 15

PENDAHULUAN

Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting


dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi
merealisasikan aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina
secara semulajadi atau dilatih.
Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para
pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh
pelajar yang amat rencam dan kompleks.
Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna
dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi
negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai
kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Guru hari
ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini
terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi,
zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan
sebagainya.Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guruguru perlu memiliki,
memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan
yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah
pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah
Pendidikan Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan: suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang.
Manakala
membangunkan

misi

Kementerian

sistem

pendidikan

Pelajaran
yang

Malaysia

berkualiti

pula

bertaraf

berhasrat
dunia

bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mematuhi aspirasi Negara


Malaysia. SesungguhnyaFalsafah Pendidikan

Kebangsaan yang

diwujudkan

di

Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan pentinguntuk mencerminkan dan


memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004). Falsafah
tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti
yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan
dilahirkan melalui sistem pendidikan negara. 3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam
Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau

sifat ketinggian dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma


bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang
telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota
masyarakat. Adab bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus(sopan),
berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip
moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan, persatuan atau pekerjaan dan lain-lain . Nilai dan Etika
Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialah dasar kerajaan yang memberi panduan
tingkah laku kepada penjawat awam berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia
untuk mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan
berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah
pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar bertanggung
jawab

dan

amanah, membuat

sumbangan

kepada

pembangunan

tamadun

dan merealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam


berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.

INOVASI PEDAGOGI GURU CEMERLANG


Guru Cemerlang ditakrifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan
bermotivasi, yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang
tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang
luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh
diteladankan serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Guru Cemerlang
ditakrifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang
mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil
daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan
berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh
diteladankan serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang.

1. KECEMERLANGAN PERIBADI
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Mempunyai keyakinan diri


Berakhlak dan bermoral
Bersikap adil dan bertimbang rasa
Beramanah dan bertannggugjawab
Kreaktif dan inovatif
Sentiasa mengurus diri dengan kemas
Sedia berkongsi dan berkerjasama
Bersikap terbuka
Bersikap positif

2. KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN


1. Mengamalkan budaya ilmu
2. Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang
rasional dan objektif
3. Menyertai dan memanfaatkan

kursus

dalam

perkhidmatan

untuk

meningkatkan kualiti kerja


4. Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid/pelajar sekolah,
minit mesyuarat, dokumentasi dan penerbitan sekolah
5. Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
6. Berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
7. Mengenalpasti keperluan dan masalah individu

murid/pelajar

serta

menyediakan program tindakan susulan


8. Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran
9. Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar
3. KECEMERLANGAN KERJA
1. Pengurusan keceriaan bilik darjah
2. Berjaya membimbing murid/pelajar mematuhi peraturan dan tahap
pembelajaran
3. Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran
4. Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran
5. Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang
positif untuk menggalakkan pembelajaran yang seterusnya
6. Memberi kerja bertulis dan latihan megikut kekerapan yang sesuai
7. Memberi bimbingan pelajaran pelajaran kepada murid/pelajar di luar waktu
pengajaran
8. Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran
9. Sentiasa merangsang murid/pelajar berfikir
10. Merancang pelajaran yang baik
11. Hasil pembelajaran murid/pelajar menunjukkan peningkatan

12. Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan
dilaksanakan dengan penuh komitmen
13. Peranan dalam kokurikulum sebagai guru penasihat atau jurulatih
14. Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid/pelajar
4. KECEMERLANGAN KOMUNIKASI
1. Memulakan atau merintis sesuatu usaha dan berupaya meneruskan usaha itu
2. Berjaya berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan
secara lisan dan bertulis
3. Sentiasa memelihara hubungan mesra dan menghormati semua ahli
masyarakat sekolah
5. KECEMERLANGAN POTENSI
1. Menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah dalam
bidang kokurikulum sekurang-kurangnya di peringkat sekolah dan daerah
2. Penglibatan dalam kursus, seminar, bengkel peringkat sekolah, daerah dan
kebangsaan sebagai fasilitator, penyedia kertas kerja dan penceramah
3. Sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya sebagai pendidik mempunyai
wawasan.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU CEMERLANG


1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran
kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut tahap
yang tertinggi yang ditetapkan oleh KPM
i.

Sediakan Rancangan Pengajaran berasaskan Peraturan Pendidikan 1997,

ii.

kurikulum kebangsaan dan surat pekeliling.


Mengajar mata pelajaran kepakaran / bidang pengkhususan mengikut

iii.

garispanduan dan tahap kebolehan pelajar.


Rancang dan laksana tugas-tugas berkaitan dengan PdP (BBM, pentaksiran

iv.

pencapaian pelajar, penetapan tugasan, penyemakan kerja bertulis pelajar).


Tentukan status semasa pencapaian (TOV) setiap pelajar.

v.

Amal kaedah/strategi pengajaran menggunakan pelbagai bahan P&P terkini,

vi.

kreatif, inovatif, menarik dan berkesan.


Kenalpasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap individu

vii.
viii.
ix.
x.

pelajarnya.
Sedia program pengayaan/pemulihan.
Pantau kemajuan pencapaian akademik pelajarnya.
Sedia laporan dan analisis kemajuan setiap pelajarnya.
Menyampaikan laporan kemajuan pelajar kepada pengetua, ibubapa dan

xi.
xii.

pelajar.
Sedia JSU pentaksiran dan penilaian.
Jadi ahli badan profesional berkaitan dengan mata pelajaran kepakarannya.

2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan


dengan mata pelajaran, kepakaran atau bidang pengkhususan
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Jadi ahli panitia mata pelajaran.


Jadi pakar rujuk mata pelajaran.
Bantu atasi kelemahan dan bimbing pelajar.
Penyelaras penyediaan PS, taktikal dan operasi P&P.
Merancang dan jadi fasilitator bengkel peningkatan profesionalisme guru.
Jadi penasihat persatuan akademik.
Rancang dan laksana aktiviti kokurikulum yg boleh bantu tingkatkan prestasi

viii.

akademik.
Sedia laporan kemajuan setiap pelajar dlm aktiviti kokurikulum

3. Jadi pakar rujuk, beri khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan
i.

Rancang dan laksana aktiviti perkembangan staf samada bidang kurikulum

ii.
iii.

atau kokurikulum.
Jadi mentor kepada guru dlm bidang pedagogi ( strategi pengajaran).
Beri maklumbalas kemajuan guru yang dibimbing kpd P/GB dan guru

iv.

berkenaan.
Beri khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran

4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka


inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang
pengkhususan dan membentang hasilnya.
i.
ii.
iii.

Jalankan kajian atau inovasi


Hasilkan penulisan/artikel
Bentang hasil kajian / penulisan

5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh PPD, PPN, Pengarah Bahagian


di KPM
i.

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran


yang diarahkan dari semasa ke semasa dengan kebenaran P/GB/ketua
Jabatan

6. Am
i. Bertanggungjawab memaklumkan secara rasmi sebarang perubahan dari
segi pertukaran jawatan, penempatan dan apa juga ststus perkhidmatan
kepada Bahagian Sumber Manusia / Jemaah nazir Sekolah Ibu Pejabat dan
Negeri .

AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG


Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang
berkesan. Peranan yang dimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting
bagi menjadikan sekolah mereka sebagai institusi pembelajaran yang berkesan.
Dengan keupayaan mereka mengembeling seluruh tenaga guru dan pelajar-pelajar
diyakini matlamat menjadikannya sekolah cemerlang akan tercapai.
Tumpuan pengurusan sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap
kecemerlangan bidang akademik di sekolah akan membolehkan guru-guru
melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih yakin,
teratur dan berkesan. Keberkesanan pengajaran guru perlu ditingkatkan dalam
usaha untuk menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan iaitu tempat
penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta
pembentukan keperibadian pelajar.
Dalam menjalankan penyeliaan di bilik darjah, guru besar perlu mempunyai
pengetahuan yang cukup serta kemaskini tentang perubahan sukatan pelajaran.
Guru besar juga harus mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengesan

masalahmasalah pedagogi yang timbul di dalam proses pengajaran dan


pembelajaran serta dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang munasabah
untuk

membaiki

kelemahan

yang

dikesaninya.

Justeru,

kebolehan

untuk

berkomunikasi juga penting agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk
mengubah cara dan sikap dalam menjalankan tugas. Menurut Asnah (1993) gaya
guru besar memainkan peranan yang penting terutama selepas penyeliaan
dilakukan. Contohnya, sokongan, cara arahan dan penerangan yang positif dapat
membantu guru meningkatkan pengajarannya. Ini adalah untuk mengelakkan
wujudnya pertembungan antara guru besar dan guru yang mana akan wujudkan
ketidak sefahaman haluan antara mereka.
Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah atau di bilik darjah ialah mengajar
dan mendidik pelajar secara serius sehingga pelajar tersebut dapat menguasai
kemahiran atau ilmu yang diajarkannya. Pengajaran yang berkesan akan dapat
membantu pelajar memperkembangkan
intelek, sosial dan personal dengan baik. Setiap guru akan merancang pengajaran
dengan tersusun dan berfokus. Pemilihan tajuk dan isi pelajaran yang sesuai dan
mampu disampaikan kepada murid dengan berkesan. Objektif pengajarannya
mudah difahami dan jelas hala tuju yang hendak dicapai. Di samping itu, guru
tersebut akan menentukan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik
bagi mewujudkan rangsangan murid untuk belajar.
Pernyataan Masalah
Banyak diperkatakan tentang perlunya penyeliaan pengajaran dijalankan oleh
guru besar untuk peningkatan prestasi murid. Al Ramaiah (1999) menyatakan
penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing
para guru dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua
fungsi berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh Lebar (2000) pula menyatakan bahawa
penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ia menjadi tugas pentadbir kerana penyeliaan adalah sebahagian
dimensi pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang
profesional pengurusan.

Pada dasarnya, keberkesanan sesebuah sekolah berhubung kait dengan


pengurusan sekolah yang sistematik. Setiap warga sekolah mempunyai akauntabiliti
dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Menurut Wan Mohd. Zahid
(1993)

keberkesanan

sesebuah

sekolah

dapat

diukur

daripada

proses

pelaksanaannya dan bukan bergantung kepada dapatan kajian semata-mata.


Lantas, peningkatan kecemerlangan, sahsiah dan profesionalisme kerja guru perlu
diberi perhatian oleh pihak pengurusan sekolah melalui amalan penyeliaan
kurikulum di sekolah.

Menyedari pentingnya penyeliaan dalam menentukan

keberkesanan pelaksanaan pengurusan kurikulum, kebanyakan sekolah telah


menjadikan proses penyeliaan sebagai salah satu daripada tugas utama yang
dijalankan oleh pentadbir. Tetapi persoalannya adakah guru faham dan bersedia
untuk diselia pengajaran mereka. Bagi pentadbir pula, adakah amalan penyeliaan
yang dijalankan oleh mereka menggunakan langkah dan pendekatan yang betul.
Jikalau pun penyeliaan telah di buat oleh guru besar mengikut masa yang
dijadualkan, timbul juga persoalan adakah penyeliaan itu memberi kesan terhadap
profesionalisme guru dan seterusnya member impak kepada prestasi murid.
CIRI-CIRI PROFESIONAL DAN KOMITMEN GURU CEMERLANG
Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran
sekolah di United Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah
di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang
iaitu;
1 Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam
2 Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan
pelajarnya
3 Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar
4 Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik
5 Menggunakan masa dan sumber secara berkesan
6 Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar
7 Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari
pelajar di sekolah

Guru Berkesan
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang
berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor
Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
1. Bersikap profesional.
2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3. Kaya ilmu.
4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5. Bermoral teguh.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.
11. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
12. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri
dengan situasi tertentu).
15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya,

mempertahankan

martabat

profesionnya.
16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah
bahagi.
17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG
Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan
masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan
bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
(P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan.
Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan
prestasi

pelajar

dengan

kemaskini

dan

segala

strategi

pengajaran

didokumentasikan.
Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan

kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar
secara aktif dalam P&P.
Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan
kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar
secara aktif dalam P&P.
Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam
dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan
hasil pengajaran di dalam bilik darjah.
Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang
yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas.

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah
seperti berikut:

Mempunyai

pengetahuan

yang

mendalam

terhadap

sesuatu

bidang

pengkhususannya.
Komitmen yang menyeluruh.
Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi
pandangan yang bernas.
Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi
sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan
oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.
1.KECEMERLANGAN PERIBADI
Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji,
berketrampilan

dan

berpegang

teguh

kepada

etika

perguruan

dan

etika

perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat
menjadi role model kepada para pendidik.
*Mempunyai keyakinan diri
*Berakhlak dan bermoral

*Bersikap adil dan bertimbang rasa


*Beramanah dan bertanggungjawab
*Kreatif dan inovatif
*Sentiasa mengurus diri dengan kemas
*Sedia berkongsi dan berkerjasama
*Bersikap terbuka
*Bersikap positif
2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN
Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan
menghayati

kandungan

mata

pelajaran

atau

bidang

pengkhususan

dan

kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus


masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti
keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan
susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.
*Mengamalkan budaya ilmu
*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional
dan objektif
*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan
kualiti kerja
*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat,
dokumentasi dll
*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
*Berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan
program tindakan susulan
*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan PdP
*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar
3. KECEMERLANGAN KERJA
Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil
pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan

penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan


keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran,
menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi
penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran
*Pengurusan keceriaan bilik darjah.
*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.
*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.
*Melaksanakan

rutin

dengan

berkesan

bagi

memudahkan

pembelajaran.

*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif
untuk menggalakkan pembelajaran yang seterusnya.
*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai.
*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.
*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.
*Sentiasa merangsang murid berfikir.
*Merancang pelajaran yang baik.
*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.
*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan
dilaksanakan
dengan penuh komitmen.
*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid.
- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi
yang tinggi secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan
idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.
- Potensi: Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha,
sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan,
mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar
untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus,
seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan

ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan


sekolah.
- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru
yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan
mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu
peningkatan kualiti pengajaran di institusi.

REFLEKSI
Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan
peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia
mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme
perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru,
kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang
mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang
dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
1 Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana
kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.
2 Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah
dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang
menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara
spontan.
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000)
dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran
(Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan
2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1.
Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:
I.

Nilai kendiri yang positif

II.

Berakhlak mulia

III.

Adil

IV.

Bertimbang rasa

V.

Amanah

VI.

Bertanggung jawab

VII.

Kreatif

VIII.

Inovatif

IX.

Kemas

X.

Sikap sedia berkongsi

XI.

Bersikap terbuka

XII.

Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang


berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:
I.

Mengamalkan budaya ilmu

II.

Berkebolehan menyelesaikan masalah

III.

Membuat keputusan yang rasional serta objektif

IV.

Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu


dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas
menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang
perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:
I.

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.

II.

Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.

III.

Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.

IV.

Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi
I.

Keberkesanan

sumbangan

terhadap

kejayaan

sekolah

atau

institusi

pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.


II.

Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus


profesional, seminar, bengkel.

III.

Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan


penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah


satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri
personaliti unggul seperti berikut:
I.

Adil

II.

Sabar

III.

Tegas

IV.

Konsep kendiri positif

V.

Kesungguhan

VI.

Mesra

VII.

Prihatin

VIII.

Kerjasama

IX.

Menepati masa

X.

Bertanggung jawab

XI.

Berakhlak mulia

XII.

Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciriciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru
cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

You might also like