You are on page 1of 2

Refleksi Diri

Program Bina Insan Guru(BIG) ibarat hidup ini satu perlumbaan,


setiap aktiviti yang dijalankan dalam program ini mempunyai tujuan tersendiri
untuk mengasah guru pelatih sebagai role-model.
Sepanjang masa dalam aktiviti, saya telah menimba pelbagai ilmu
yang tidak dapat diperolehi dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kelas.
Antara pengalaman yang saya tidak dilupakan ialah aktiviti darat di mana kita
berjalan kaki selama beberapa jam sampai ke destinasi untuk aktiviti
memasak. Pada permulaaan, kita berjalan kaki di jalan raya, melintasi sawah
padi yang bertanah lumpur seterusnya berjalan ke kawasan paya yang boleh
mengenggelami kaki saya ke dasar. Hal ini telah memberi ilham begitu susah
seorang murid yang tinggal kawasan pedalaman. Setiap pagi ataupun waktu
subuh, murid terpaksa berjalan kaki selama beberapa jam ke sekolah untuk
bertujuan menimba ilmu yang disampaikan oleh guru. Maka guru kini
haruslah prihatin terhadap

murid-murid terutama ialah murid yang tinggal

dalam kawasan pedalaman kerana mereka sememang ingin seorang yang


guru dapat memberi ilmu pengetahuan kepada mereka supaya dapat
meningkatkan taraf kehidupan yang sedia ada dalam kawasan tersebut.
Selain itu, aktiviti air juga memberi saya sebanyak mungkin berkaitan
pengalaman pembelajaran dalam cara berkayak walaupun saya merupakan
orang yang bersikap tidak suka terlibat dalam aktiviti air. Aktiviti berkayak
merupakan latihan lasak yang melibatkan banyak tenaga dalam pergerakan
tangan dan kesimbangan badan. Cara pergerakan tangan antara pasangan
dalam kapal kayak sangat penting jika orang depan dan belakang tidak
memainkan peranan masing-masing secara bergilir untuk mengerakkan
papan kayak, maka kedua-dua pihak amat memenatkan untuk bergerak
kayak menuju ke depan. Dalam aktiviti ini dapat menilai semangat
berpasukan antara orang depan dan orang belakang sama ada berkerjasama
atau sebaliknya bagi menentukan kapal kayak dapat berjaya menuju ke
kawasan destinasi seterusnya.

Dalam pemerhatian saya terhadap semua aktiviti BIG, saya telah


belajar satu perkara yang penting iaitu setiap ketua kumpulan dan AJK Kerja
mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam memberi arahan kepada
ahli kumpulan supaya mereka mengetahui apa-apa perkara yang perlu buat
serta merta bagi melancarkan aktiviti seterusnya. Seorang guru perlu sentiasa
bersedia menjadi pengarah dan pengikut dalam pengurusan sekolah. Jika
seorang guru pelatih tidak mendengar arahan yang diberi oleh ketua
kumpulan, maka guru pelatih itu pada masa kelak dipastikan akan gagal
dalam pengurusan sekolah kerana hal-hal yang diberi oleh guru besar hanya
seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan dan tidak mengambil
tindakan seterusnya.
Aktiviti malam dan kuliah moral merupakan peluang terbaik untuk
membina kerohanian seseorang. Jurulatih yang memberi ceramah dan kuliah
moral bertujuan memberi membuka minda para guru pelatih tentang
persahabatan dan sokongan agama dalam melakukan sesuatu perkara.
Kerohanian adalah sebahagian kehidupan kita, tanpa rohani ini seseorang
tidak dapat dianggap sebagai seorang yang seimbang dari segi kesihatan
jiwa dan mental seseorang. Di samping itu, semangat seorang juga dapat
meningkat dari masa ke masa melalui bacaan doa dalam agama masingmasing kerana tuhan adalah maha yang mulia sentiasa membantu manusia
menghadapi segala kekangan.
Oleh itu, saya berasa bersyukur dalam sepanjang masa membuat
aktiviti BIG yang dapat mengumpul pengalaman yang tidak pernah dialami
dan perubahan sikap pasif kepada sikap aktif dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Saya amat berharap aktiviti dapat dijalankan dalam BIG seterusnya
untuk sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan dalam dunia
pendidikan.
Oh Hui Kai

You might also like