You are on page 1of 17

PENGENALAN

KONSEP PENJAJAHAN

Penjajahan berlaku apabila sebuah negara


menguasai negara atau bangsa lain selalunya melalui cara yang agresif atau
ketenteraan dan menyaksikan wilayah
diambil dengan cara ini.
Istilah penjajahan dan imperialisme kadangkadang digunakan bertukar ganti tetapi
sarjana selalunya membezakan di antara
kedua-duanya; penjajahan bagi satu negara
yang menguasai negara lain melalui kuasa
politik, dan imperialisme lebih kepada istilah
umum untuk penguasaan politik atau
ekonomi sama ada secara langsung atau
tidak langsung.

KEDATANGAN
KUASA LUAR.
KUASA LUAR DAN KAWASAN YANG DIKUASAI.
Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh
penemuan jalan laut, penyebaran agama
dan keperluan bahan mentah. Negara kita
terletak
di
tengah-tengah
laluan
perdagangan antara Timur dengan Barat.
Kekayaan sumber bahan mentah telah
menarik kuasa luar untuk menakluki negara
kita.
Kuasa-kuasa luar yang menjajah Melaka:
1. Portugis
- Portugis mula datang berdagang di Melaka
pada tahun 1509.
- Menawan Melaka pada tahun 1511 untuk
menguasai
perdagangan
rempah
dan
entreport.
- Bertujuan
Kristian.

untuk

menyebarkan

agama

2. Belanda
- Belanda telah bertapak di Betawi semasa
Portugis menguasai Melaka.
- Mahu memonopoli perdagangan di Selat
Melaka.
- Mahu menguasai rempah dan biji timah.
- Menakluk Melaka pada tahun 1641.

3. British
- Mula bertapak di Pulau Pinang pada tahun
1786.
- Ingin menguasai kawasan bijih timah.
- British menduduki Melaka pada tahun
tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris Belanda.

4. Jepun

KRONOLOGI KEDATANGAN PENJAJAH.


TAHUN

HURAIAN

1942

Penduduk Jepun dari tahun


1942 hingga tahun 1945.
Jepun
menguasai
Semenanjung Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak.
British menguasai Sabah.

1882

1841

1824

1786

1641

1511

British menguasai Sarawak


melalui pelantikan James
Brooke sebagai Gabenor
Sarawak.
Menerusi
perjanjian
Inggeris-Belanda,
British
mendapat hak mmeluaskan
pengaruh di
Semenanjung
Tanah Melayu, Sarawak dan
Sabah.
Briitish berjaya menduduki
Pulau
Pinang
memalui
perjanjian dengan Sultan
Kedah.
Belanda menguasai Melaka
selepas
mengalahkan
Portugis.
Portugis menakluki Melaka.

TUJUAN
KEDATANGAN
KUASA LUAR
Kuasa luar yang datang ke negara kita
disebabkan oleh faktor perdagangan,
kemegahan, penyebaran agama kristian,
keperluan bahan mentah dan peluasan
tanah jajahan.
FAKTOR

HURAIAN

Perdagangan

Pemerintaan rempah sangat tinggi di Eropah.


Oleh itu, kuasa Barat ingin menguasai Melaka
yang merupakan pusat pengumpulan dan
pengedaran rempah

Kemegahan

Negara-negara Eropah bersaing untuk menjadi


kuasa yang dikagumi. Oleh itu, mereka perlu
mendapatkan tanah jajahan. Melalui
penaklukan tersebut, kuasa Barat diiktiraf dan
disanjung oleh negara lain.

Penyebaran
Agama

Agama Islam sudah berkembang luas di Asia


Tenggara. Oleh itu, kedatangan mereka juga
didorong oleh hasrat untuk menyebarkan
agama Kristian di Asia Tenggara.
Selepas berlaku Revolusi Perindustrian di
Eropah, kuasa barat memerlukan bahan
mentah seperti bijih timah, bijih besi, emas dan
6

Keperluan
Bahan Mentah

Peluasan Tanah
Jajahan

arang batu. Bahan mentah ini merupakan


keperluan utama kilang mereka. Oleh itu,
British ingin menguasai negara kita yang kaya
dengan bijih timah.
British dan kuasa Eropah yang lain bersaing di
Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah untuk
perdagangan, keperluan bahan mentah,
kemegahan dan penyebaran agama Kristian.
Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia,
Sepanyol menakluki Filipina, Perancis menakluk
Indochina dan British menakluk Semenanjung
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

TUJUAN KEDATANGAN
PENJAJAH BRITISH DAN
JEPUN
Kita telah mengetahui bahawan British mula
bertapak di negara kita pada tahun 1786.
Jepun pula menduduki Tanah Melayu pada
tahun 1942.
Mari kita bandingkan tujuan
kedatangan British dan Jepun ke Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak.
BRITISH

JEPUN

Keperluan bahan mentah


seperti bijih timah dan bijih
besi bagi kilang di negara
mereka.
Pasaran bahan kilang.
Menunjukkan kemegahan dan
kuasa.

Keperluan bahan mentah seperti


bijih timah dan getah untuk kilang
di Jepun.

Bersaing dengan kuasa Barat


yang lain untuk mendapatkan
tanah jajahan.

Membentuk sebuah empayar yang


kuat di Asia.

Pasaran bahan kilang.


Menamatkan penjajahan Barat di
Asia Tenggara dengan slogan Asia
Untuk Asia.

PENENTANGAN
TERHADAP PENJAJAH
8

Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh


penduduk tempatan. Oleh itu, muncul
pemimpin-pemimpin dan tokoh tempatan
menentang kuasa-kuasa penjajah.

Pemimpin dan Tokoh Tempatan


Penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu, Sarawak dan
Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar
tempatan kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu,
mereka menentang kuasa luar tersebut.
9

Sultan Mahmud Shah menentang Portugis

Sultan Mahmud Shah telah berusaha berkali-kali


menawan semula Melaka. Pada tahun 1515
hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah
melancarkan serangan sebanyak tiga kali.
Contohnya, pada tahun 1517, baginda dengan
bantuan askar dari Muar menyerang Protugis di
Melaka tetapi gagal. Baginda juga gagal
mengepung Melaka untuk menyekat kemasukan
bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud
Shah ini disebabkan pembinaan kota A Famosa
oleh Portugis.

10

Raja Haji menentang Belanda.

Raja Haji merupakan pembesar berketurunan


Bugis dalam kerajaan Johor-Riau. Kerajaan JohorRiau berpusat di Riau. Apabila Raja Haji berusaha
untuk menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya
menentang Belanda. Raja Haji cuba mengepung
Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada
tahun yang sama, berlaku satu lagi pertempuran
di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam
pertempuran ini.

11

Dato Maharajalela menentang British.

J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak.


Birch mengambil alih kuasa memungut cukai
menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh
pembesar.
Birch
mengharamkan
amalan
menyimpan hamba oleh pembesar tempatan.
Pembesar
tempatan
berasa
marah
akan
tindakannya itu. Dato' Maharaja Lela bersamasama dengan pembesar tempatan yang lain
merancang membuuh Birch. Akhirnya Birch mati
di Pasir Salak pada tahun 1875.

12

Rentap menentang British.

Rentap ialah ketua orang Iban. Rentap mengutip


cukai
di
sungai
Skrang.
James
Brooke
menganggap orang Iban di Sungai Skrang
sebagai
lanun
lalu
bertindak
untuk
menghapuskan mereka. Oleh itu, Rentap telah
menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada
tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga tahun
1858, James Brooke telah beberapa kali
menyerang Rentap tetapi gagal. Rentap terpaksa
berundur
diri
apabila
James
Brooke
menyerangnya selama sebulan di Bukit Sadok.
Rentap
meninggal
dunia
sebelum
dapat
menyerang balas terhadap James Brooke.

13

Mat Salleh menentang British.

Mat Salleh merupakan pembesar Sulu di Sungai


Sugut. Mat Salleh menentang Syarikat Borneo
Utara British (SBUB).
Penentangan ini
disebabkan SBUB mengambil hak kutipan cukai
daripada pembesar tempatan.
SBUB juga
bertindak memusnahkan kampung Mat Salleh.
Mat Salleh marah lalu membakar Pulau Gaya,
iaitu pusat pentadbiran British. SBUB bersetuju
untuk berdamai dengan membenarkan Mat
Salleh mentadbir daerah Tambunan. namun,
SBUB tidak menepati janji.
Mat Salleh
menyerang semula SBUB tetapi terkorban dalam
peperangan pada tahun 1900.

14

Anggota Force 136 menentang Jepun.

Pihak British tewas kepada Jepun semasa Perang


Dunia Kedua. Kegagalan ini menyebabkan British
membentuk Force 136. Tujuannya adalah untuk
menentang Jepun di Tanah Melayu.
Force 136 merupakan pasukan sulit yang
menentang Jepun. Markasnya terletak di Sri
Lanka dan India. Force 136 bertanggungjawab
menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu
menentang
Jepun.
Force
136
bertindak
mengumpul sukarelawan tempatan menentang
Jepun. Ahli Force 136 terdiri daripada pemuda
dan pemudi Melayu. Mereka diberi latihan dan
senjata untuk menentang Jepun

KESIMPULAN
15

MALAYSIA IALAH NEGARA YANG MEMPUNYAI PENDUDUK


PELBAGAI KAUM, AGAMA DAN BUDAYA. WALAUPUN
PERNAH DIJAJAH OLEH KUASA BARAT DAN JEPUN
SELAMA LEBIH EMPAT ABAD, NAMUN HARI INI MALAYSIA
BERDIRI SEBAGAI SEBUAH NEGARA BERDAULAT. PADA
HARI INI KITA MEMPUNYAI HAK DAN KUASA
SEPENUHNYA ATAS URUSAN PEMERINTAHAN DAN
PENTADBIRAN NEGARA KITA SENDIRI. HAL INI
BERMAKNA KITA TIDAK PERLU MENGIKUT TELUNJUK
MANA-MANA KUASA BESAR BAGI MENENTUKAN ARAH
DAN HALA TUJU NEGARA SAMA ADA DARI SEGI POLITIK,
EKONOMI MAHUPUN SOSIAL.
DARI SEGI POLITIK MISALNYA, KITA DIKATAKAN
MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI TETAPI TIDAKLAH
SERATUS PERATUS MENGIKUT SISTEM DEMOKRASI
BARAT ATAU MANA-MANA NEGARA LAIN DI DUNIA.
DEMOKRASI YANG DIAMALKAN DI NEGARA KITA TELAH
DIUBAH SUAI MENGIKUT ACUAN, KEPERLUAN DAN
KEPENTINGAN MASYARAKAT BERBILANG AGAMA DAN
BUDAYA YANG KITA WARISI SEJAK DAHULU. HAL INI
ADALAH SEMATA-MATA UNTUK MENJAGA KEMAKMURAN
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT.
KEDAULATAN NEGARA IALAH SUATU YANG PERLU
DIJAGA DAN DIKEKALKAN. NEGARA YANG MASIH DIJAJAH
SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG OLEH
KUASA ATAU PEMIMPIN ASING MENGAMBARKAN
KELEMAHAN MASYARAKAT DAN PEMIMPIN NEGARA
TERSEBUT. HAL INI MENUNJUKKAN KERENDAHAN
MARUAH BANGSA DAN NEGARA TERSEBUT PADA MATA
DUNIA. NEGARA YANG DIJAJAH BUKAN SAHAJA
DIPANDANG HINA BAHKAN TIDAK DAPAT MENJAGA
16

KEPENTINGAN RAKYATNYA KERANA SUMBER KEKAYAAN


NEGARA AKAN DIKUASAI OLEH PENJAJAH ATAU ORANG
ASING. HAL INILAH YANG TELAH BERLAKU SEMASA
NEGARA KITA DIJAJAH OLEH PORTUGIS, BELANDA,
INGGERIS DAN JEPUN PADA MASA DAHULU. BUKAN ITU
SAHAJA, BAHKAN BANYAK KEKAYAAN WARISAN BUDAYA
SENI DAN SASTERA NEGARA KITA TELAH DIBAWA
KELUAR OLEH PENJAJAH KE NEGARA MEREKA.
MENJAGA
DAN
MENPERTAHANKAN
KEDAULATAN
NEGARA ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SEMUA
PIHAK TERMASUK PEMERINTAH, MASYARAKAT DAN
SETIAP
INDIVIDU
YANG
MENGAKU
DIRINYA
WARGANEGARA MALAYSIA.

17

You might also like