You are on page 1of 9

Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu

Rumah Terbuka Raya


Tatabahasa : Kata Nama
Tema

: Rumah Terbuka Raya

Kelas

: 5 Sains 1

Masa

: 80 minit (11.50 1.10)

Tajuk

: Tatabahasa Kata Nama

Bidang

: Interpersonal dan Maklumat

Objektif

: Pada akhir pelajaran, pelajar dapat :

i.
ii.

iii.

Mendengar sambil mencatatkan sekurang-kurangnya 20 kata nama yang digunakan


dalam dialog
Menggolongkan kata nama yang telah dicatat mengikut 3 penggolongan kata nama
Membina satu perenggan cerita menggunakan kata nama yang telah disenaraikan

FU
FS

: 1.0, 1.1, Aras 1(i)


: 7.0, 7.1, 7.3, Aras 1(iv)

Sistem Bahasa: Kata Nama, Ayat penyata


Kosa kata: silaturahim, tersemai, toleransi, antisosial, juadah
Pengisian Kurikulum :
a) Ilmu
: Pengetahuan Moral,
b) Nilai Murni
: Toleransi
c) Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir, Kontekstual

Langkah Langkah Pengajaran dan Pembelajaran


Rumah Terbuka Raya Tatabahasa (Kata Nama)
Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

SET INDUKSI
(5 minit)

Guru menunjukkan gambar sambutan rumah terbuka di


Malaysia di pancaran LCD.
Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang gambar tersebut
Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran pada hari ini.

Catatan
Pancaran LCD

Langkah 1
(7 minit)

Guru mengimbas kembali tentang Penggolongan Kata


Nama dengan menyoal beberapa orang murid
Guru meminta murid mendengar dialog Rumah Terbuka
Hari Raya Aidilfitri dan mencatat sekurang-kurangnya 20
kata nama yang terdapat dalam dialog itu

Laman Konsep
Bahan digital
MBMMBI BM
Tingkatan 5
Video Rumah Terbuka
Halim dipancarkan
melalui LCD (diulang
sebanyak 2 kali)

Langkah 2
(8 minit)

Guru bersoal jawab dengan murid tentang kata nama yang


telah disenaraikan.
Guru memaparkan dialog Rumah Terbuka Hari Raya
Aidilfitri di papan layar putih.
Murid diminta membandingkan dapatan mereka dengan
teks tersebut.

Laman Aktiviti 1
Bahan digital
MBMMBI BM
Tingkatan 5

Langkah 3
(20 minit)

Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.


Guru mengedarkan kertas sebak kepada setiap kumpulan.
Setiap kumpulan diminta membuat 2 tugasan :
1. penggolongan kata nama menggunakan peta pokok
(iTHINK).
2. menulis satu perenggan cerita menggunakan kata
nama berkenaan

Kertas sebak
Marker
Pensil warna

Langkah 4
(25 minit)

Pembentangan hasil perbincangan kumpulan.


Guru meminta setiap kumpulan untuk melaporkan hasil
perbincangan kumpulan.
Ketua setiap kumpulan melaporkan menerusi kertas sebak
yang disediakan oleh guru.

Kertas sebak
Pita pelekat

Penilaian
Langkah 5
( 10 minit)

Penutup
( 5 minit)

Guru membuat penilaian dan pengukuhan.


Guru mengulas dapatan murid.
Guru menyoal murid semula tentang penggolongan kata
nama
Guru meminta 2 orang murid merumuskan pembelajaran
dan pengajaran pada hari ini.
Guru merumuskan pembelajaran dan pengajaran pada hari
ini.

Refleksi :
1. semua murid faham konsep Rumah Terbuka Raya
2. 90% murid tahu akan penggolongan kata nama

Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu KOMSAS Tingkatan Lima


Genre

: Prosa Moden (Cerpen)

Kelas

: 5 Sains 1

Masa

: 80 minit

Tajuk

: Cerpen Mariah

Bidang

: Estetika dan Interpersonal

Objektif

: Pada akhir pelajaran, pelajar dapat ;

1.
2.
3.
4.
5.

Menyusun struktur plot berdasarkan petikan yang diberi.


Menghuraikan empat perwatakan watak utama dalam cerpen.
Menjelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam cerpen.
Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
Menjawab 3 soalan pemahaman berdasarkan cerpen Mariah dengan tepat.

FU

: 2.0, 2.1, 2.2, 2.3, Aras (i)


10.0, 10.6, 10.4, Aras 2 (ii)

FS

: Aras 1 (i) (ii)

Sistem Bahasa:
a) Tatabahasa :Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah
Pengisian Kurikulum:
A. Ilmu
: Kesusasteraan Melayu
B. Nilai Murni
: Simpati, kasih sayang, ketaatan
C. Kemahiran Bernilai Tambah
: Kemahiran Berfikir, Kecerdasan Pelbagai.

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Set Induk
(7 minit)

Guru mendeklamasi sajak Cerita Seorang


Gadis yang dipaparkan di pancaran LCD
Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang
gambar tersebut.
Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran pada
hari ini.

Langkah 1
(8 minit)

Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang


sinopsis cerpen Mariah.

Langkah 2
(15 minit)

Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.


Guru mengedarkan kad tugasan dan kad
lembaran jawapan kepada setiap kumpulan.

Catatan
Pancaran LCD

1. Kad tugasan (Lampiran 2


i,ii,iii dan iv) diedarkan
dan dipancarkan melalui

Kumpulan 1 : Membincangkan binaan


struktur plot cerpen Mariah.
Kumpulan 2 : Menghuraikan empat
perwatakan Mariah.
Kumpulan 3 : Menjelaskan empat pengajaran
daripada cerpen.
Kumpulan 4 : Menukarkan ayat cakap ajuk
kepada ayat cakap pindah.
Langkah 3
(27 minit)

Pembentangan hasil perbincangan kumpulan.


Guru meminta setiap ketua kumpulan
melaporkan hasil perbincangan kumpulan.
Ketua setiap kumpulan melaporkan menerusi
transperansi yang disediakan oleh guru,
Guru membuat penilaian dan pengukuhan.

Langkah 4
(17 minit)

Penilaian:
Guru mengemukakan 3 soalan penilaian
berdasarkan petikan cerpen Mariah yang
dipancarkan pada skrin.
Pelajar menjawab soalan soalan tersebut.
Guru memancarkan jawapan pada skrin dan
pelajar menyemak jawapan secara
berpasangan.

Langkah 5
( 6 minit)

Guru meminta seorang pelajar


mendeklamasikan sajakCerita Seorang
Gadisdengan diiringi gesekan biola.
Pelajar dan guru membuat rumusan tentang
pelajaran pada hari ini.
Tugasan/Kerja Rumah:
Guru menayangkan tugasan-tugasan
pengayaan sebagai kerja rumah kepada semua
pelajar.

LCD.
2. Kad Lembaran jawapan
pelajar disediakan dalam
bentuk transperansi
(Lampiran 3 i,ii,iii dan iv)

Penggunaan OHP

Soalan penilaian(Lampiran
5)
Jawapan soalan penilaian
(Lampiran 6)

Lampiran 7

Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Rumusan Rencana


Tingkatan

: 5 Sains 1/ 4 Sains 1/ 5 Vok1/ 5 Vok 2

Masa

: 40 minit

Tajuk

: Menulis Rumusan Rencana

Bidang

: Interpersonal dan maklumat

Objektif

: Pada akhir pelajaran;

1. Pelajar dapat mengenal pasti idea utama dan idea sokongan

2. Pelajar dapat mengenal pasti pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan
kesimpulan
3. Pelajar dapat menghasilkan rumusan lengkap tidak lebih daripada 120 patah
perkataan mengikut format rumusan sepenuhnya.
FU

: 7.0, 7.3, 7.4, 7.5 Aras 1(iv), Aras 2(i)

FS

: 8.0, 8.2 Aras 2(i)

Sistem Bahasa

: Ayat penyata, Intonasi

Pengisian Kurikulum

a) Ilmu
b) Nilai Murni

: Moral
: Kerjasama, sopan santun

Kemahiran Bernilai Tambah : - Kemahiran berfikir, mencari maklumat


- kontekstual.

Langkah Langkah Pengajaran dan Pembelajaran Rumusan


Rencana
Langkah

Aktiviti Pengajar dan Pembelajaran

Set Induksi
(5 minit)

Guru menayangkan VCD Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai


murni nyanyian Siti Nurhaliza menerusi pancaran LCD.
Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang gambar.
Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran pada hari itu.

Langkah 1
(5 minit)

Guru mengedarkan petikan rencana.


Pelajar diminta membaca senyap arahan soalan dan
menganalisis soalan dengan mencari kata kunci soalan.
Guru dan murid bersoal jawab tentang kata kunci arahan
soalan dan format rumusan.

Catatan
Pancaran LCD

Langkah 2
(5 minit)

Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.


Guru mengedarkan kad tugasan dan kad lembaran jawapan
kepada setiap kumpulan.
Kumpulan 1 : Membincangkan isi- isi tersurat perenggan 1
dan 2
Kumpulan 2 : Membincangkan isi isi tersurat perenggan 3
dan 4
Kumpulan 3 : Menjelaskan isi isi tersirat
Kumpulan 4 : Menerangkan pendahuluan dan membuat
kesimpulan rumusan

Langkah 3
(15 minit)

Pembentangan hasil perbincangan kumpulan.


Guru meminta setiap kumpulan untuk melaporkan hasil
perbincangan kumpulan.
Ketua setiap kumpulan melaporkan menerusi transperansi
yang disediakan oleh guru.
Guru membuat penilaian dan pengukuhan.

Penutup
(5 minit )

Guru dan pelajar membuat rumusan tentang keseluruhan isi


pengajaran.
Aktiviti pengayaan:
Pelajar diminta menjawab 3 soalan pemahaman yang
dipancarkan menerusi pancaran LCD.

Penggunaan
OHP

You might also like