You are on page 1of 3

Jurnal Minggu 4

Tarikh: 7/5/2015

Tajuk: Pemerhatian dan penilaian tahap kemampuan murid-murid


Wee Chun Hong
5 PISMP Pendidikan Seni Visual
Masalah

Masalah minggu ini yang ingin saya utarakan ialah berkaitan peningkatan diri
dalam profesionalisme perguruan

Pada pandangan saya, pada minggu terakhir saya

menjalani praktikum di Stelah memberi kesan yang mendalam dalam membentuk diri
menjadi warga pendidik. Pelbagai pengalaman yang berguna telah saya pelajari di
sekolah ini dan ramai kenalan baru dari guru-guru dan murid-murid yang begitu
membuatkan saya terharu dengan layanan yang di berikan oleh mereka. Sebagai
seorang guru saya perlu mengambil inisiatif untuk memajukan kualiti dan kemahirankemahirannya sebagai individu yang menyumbang kepada masyarakat dan Negara.
Dalam profesion perguruan, seorang guru yang berdedikasi perlu yang mahu berjaya
harus mempertingkatkan imej diri, status dan pengetahuan kendiri melalui programprogram peningkatan profesionalisme keguruan.

Analisis masalah
Masalah ini timbul semasa aktiviti tampal menampal dalam kumpulan dilakukan.
Walaupun murid berkenaan menerima tugasan tersebut, namun dia tidak memberikan
kerjasama sepenuhnya kepada rakan yang lain. Dia bermain dengan alatan dan bermain
denngan kertas-kertas yang diberikan. Apabila ditegur, murid tersebut berhenti seketika namun
selepas guru beredar, dia mula membuat kerjanya sendiri. Murid terbabit juga selalu menjawab
dan menganggap guru sebagai rakan sehingga dia menganggap arahan guru segai sesuatu
yang tidak serius.

Murid-murid juga tidak mengambil berat tentang bidang pendidikan seni visual dan tidak
menganggap hasil karya tersebut tidak penting. Mereka rasa membazirkan masa mereka untuk
membuat hasil karya dan tidak menyiapkan hasil karya dengan bersungguh-sungguh.

Cadangan
a.)

Saya perlu lebih tegas terhadap murid tersebut. Saya akan memberikan lebih

perhatian terhadapnya supaya dia akan lebih fokus semasa di dalam kelas dan memberikan
kerjasama kepada rakan-rakan kumpulan yang lain.
b.)

Saya juga mungkin boleh memberikan peneguhan negatif terhadap murid yang

bermasalah dengan membuat dendaan supaya kelas tersebut menjadi lebih berdisiplin.
c.)

Guru boleh cuba membuat sistem token terhadap tingkah laku murid supaya mereka

lebih cenderung untuk bertingkah laku baik di dalam kelas


Tempoh masa
1 minggu: 24 April 2015 1 May 2015
Tindakan susulan
Selepas itu, saya telah menggunakan teknik peneguhan negatif untuk mengelakkan
atau menghindari kepada murid tidak menyiapkan hasil karya. Walaupun peneguhan negatif
diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan atau memalukan, yang ingin dihindari
oleh seseorang individu., tetapi sangat berkesan untuk menghadapi masalah murid,. Mereka
lebih berasa takut apabila guru mengambil tindakan untuk mendendanya. Selain itu, saya juga
bagi ganjaran dan hadiah bagi murid-murid yang berjaya menyaipkan hasil karya.
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu
diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan
kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner
membahagikan

pengukuhan kepada

dua

jenis,

iaitu peneguhan positif dan peneguhan

negative. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan
positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.
Selain daripada itu, saya juga membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan strategi pemusatan

bahan, seperti radio, gambar, model, benda konkrit, bahan bercetak, bahan rujukan dan contoh
karya yang siap dalam proses pengajaraan dan pembelajaran. Bahan pengajaran yang
disediakan itu telah berjaya menarik minat murid untuk membuat hasil karya.Tujuannya adalah
untuk merangsangkan muridmurid supaya mereka dapat memberikan tumpuan dan minat
terhadapaktiviti membuat hasil karya. Di samping itu, murid tidak akan berasa bosan dan
sebaliknya dia merasa sangat bangga sekiranya berjaya menghasilkan karya dengan baik dan
kemas.
Untuk memahami dan menyelesaikan masalahmasalah murid ini, saya telah
mengadakan perbincangan serta kolaborasi dengan keduadua orang guru pembimbing dan
juga pensyarah pembimbing. Selain daripada itu, saya juga cuba membuat pemerhatian dan
kajian dengan sendiri, iaitu mengkaji maklumatmaklumat murid melalui borang soal selidik dan
rekod anekdot yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah murid di dalam kelas ini.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, masalah murid tidak menghantar hasil karya ini bukanlah
menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk menjalankan sesi P&P. Sebagai
seorang guru saya harus mencari cara penyelesaian untuk menarik minat murid-murid untuk
melibatkan diri secara aktif semasa membuat hasil karya seni. Murid-murid adalah generasi
yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap
masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk
mengatasinya.
http://radhiahfirdaus.blogspot.com/2014/04/jurnal-praktikum-minggu-12.html

You might also like