You are on page 1of 10

Literasi Komputer Sekolah Menengah

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI LITERASI KOMPUTER SEKOLAH


MENENGAH DI BAWAH PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. PENDAHULUAN
1. Pelaksanaan aktiviti literasi komputer di sekolah menengah dilaksanakan untuk
memenuhi tiga keperluan:
a. Pendedahan literasi komputer peringkat asas untuk semua pelajar tanpa
pengecualian;
b. Pendedahan literasi komputer peringkat sederhana untuk pelajar-pelajar yang
berminat melalui aktiviti kokurikulum;
c. Pendedahan literasi komputer peringkat lanjutan untuk pelajar-pelajar yang berminat
dan berkebolehan melalui aktiviti kokurikulum.
1. Pendekatan yang berlainan perlu diambil untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar
dengan kebolehan dan minat yang berbeza dapat memanfaatkan kemajuan teknologi
maklumat dan berkebolehan menggunakan komputer sebagai alat untuk menyelesaikan
masalah.
1. Panduan ini digubal khas untuk sekolah-sekolah menengah yang dibekalkan dengan
kemudahan komputer untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti di bawah Program
Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan.
1. Sekolah-sekolah yang belum menyertai Program Teknologi Maklumat Dalam
Pendidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan tetapi berkemudahan
menjalankan aktiviti literasi komputer di sekolah adalah digalak menggunakan panduan
ini dalam pelaksanaan aktiviti literasi komputer di sekolah.
2. Panduan ini digubal sebagai tambahan (supplement) kepada Panduan Penubuhan
Kelab Komputer yang diterbitkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan pada
tahun 1986 dan tidak bertujuan untuk menggantikan pandaun tersebut.
2. OBJEKTIF UMUM AKTIVITI LITERASI KOMPUTER
Setelah mengikuti aktiviti dalam garis panduan ini, pelajar akan:
a. memperolehi pengetahuan asas mengenai perkakasan dan perisian komputer;
b. memperolehi kemahiran asas penggunaan perisian aplikasi, pengendalian
perkakasan komputer serta berkebolehan menggunakan kemahiran ini untuk
menyelesaikan masalah;
c. mempunyai sikap positif terhadap penjagaan, keselamatan dan etika penggunaan
sistem komputer supaya pelajar dapat menggunakan teknologi maklumat dengan penuh
tanggungjawab.
Objektif umum tersebut dicapai melalui lima peringkat aktiviti literasi komputer.
3. OBJEKTIF KHUSUS
Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti dalam sesuatu peringkat, pelajar-pelajar akan:
Peringkat 1:
a. Mengetahui makna istilah biasa berkaitan dengan teknologi maklumat;
b. Mengetahui kegunaan asas teknologi maklumat dalam kehidupan;
c. Mengetahui langkah-langkah asas penjagaan keselamatan pengguna, data dan sistem
komputer;

d. Mempunyai sikap bertanggungjawab dalam penggunaan kemudahan komputer;


e. Berkebolehan mengendalikan perkakasan komputer biasa;
f. Berkebolehan menggunakan perisian pemprosesan kata dan perisian grafik untuk
menjalankan aktiviti pendidikan yang bermakna;
g. Menyedari potensi dan kemudahan yang disediakan oleh perisian hamparan
elektronik (electronic spreadsheet) dan Internet.
Peringkat 2:
a. Berkebolehan menjalankan penyenggaraan asas (housekeeping) dengan
menggunakan kemudahan yang terdapat dalam sistem pengendalian cakera (DOS) atau
persekitaran pengendalian yang lain (misalnya Windows);
b. Berkebolehan menggunakan kemudahan lanjutan dalam perisian pemprosesan kata
dan grafik untuk menjalankan aktiviti penerbitan setempat (desktop publishing);
c. Berkebolehan menggunakan kemudahan asas dalam perisian hamparan elektronik
untuk menyelesaikan masalah;
d. Memahami konsep rangkaian komputer serta berkebolehan menjalankan aktiviti asas
yang melibatkan penggunaan rangkaian komputer atau Internet;
e. Mempunyai fahaman dan kemahiran yang lebih mendalam tentang penggunaan
perkakasan dan perisian yang telah dipelajari sebelum ini.
Peringkat 3:
a. Memahami konsep pangkalan data dan istilah yang berkaitan serta berkebolehan
menggunakan perisian pengurusan pangkalan data untuk menyelesaikan masalah
mudah;
b. Memahami konsep asas pengaturcaraan serta berkebolehan membina atur cara
ringkas untuk menyelesaikan masalah mudah;
c. Berkebolehan menjalankan aktiviti lanjutan yang melibatkan penggunaan rangkaian
komputer dan Internet;
d. Mempunyai fahaman dan kemahiran yang lebih mendalam tentang penggunaan
perkakasan dan perisian yang dipelajari sebelum ini.

Peringkat 4:
a. Berkebolehan menggunakan kemudahan lanjutan dalam perisian pengurusan
pangkalan data untuk menyelesaikan masalah yang lebih mencabar;
b. Berkebolehan menggunakan kemudahan lanjutan dalam perisian pengaturcaraan
untuk menyelesaikan masalah yang lebih mencabar;
c. Mempunyai fahaman dan kemahiran yang lebih mendalam tentang penggunaan
perkakasan dan perisian yang dipelajari pada peringkat sebelum ini;
d. Berkebolehan menjalankan aktiviti lanjutan yang melibatkan penggunaan rangkaian
komputer dan Internet.
Peringkat 5:
a. Berkebolehan melaksanakan projek aplikasi mengikut minat sendiri dengan
menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam peringkat sebelum
ini;
b. Mempunyai pengetahuan lanjutan tentang perkakasan dan perisian komputer;
c. Berkebolehan menjalankan aktiviti lanjutan yang melibatkan penggunaan rangkaian
komputer dan Internet.

4. CADANGAN AKTIVITI LITERASI KOMPUTER


Aktiviti-aktiviti literasi komputer yang dijalankan di sekolah menengah dibahagi kepada
lima peringkat. Item-item yang disenaraikan di setiap peringkat merupakan
pengetahuan dan kemahiran minimum yang difikirkan perlu dikuasai oleh pelajar. Guru
boleh menyesuaikan aktiviti-aktiviti ini mengikut minat dan kebolehan pelajar serta
keadaan sekolah.
Masa yang dinyatakan di bawah setiap item dalam Peringkat 1 merupakan cadangan
peruntukan masa bagi item berkenaan. Guru boleh menyesuaikan peruntukan masa ini
mengikut keadaan masing-masing.
Item-item dalam jadual berikut tidak semestinya dijalankan mengikut turutan yang
ditunjukkan. Guru sepatutnya menyusun turutan pembelajaran-pengajaran
berdasarkan keperluan dan keadaan.
Aktiviti pengajaran pembelajaran perisian aplikasi seharusnya menekankan
penggunaan perisian berkenaan untuk menyelesaikan masalah. Pengajaranpembelajaran ciri-ciri perisian aplikasi hendaklah dijalankan secara tersirat melalui
aktiviti atau projek yang relevan dan bermakna kepada pelajar.

Peringkat 1
Peringkat ini merupakan peringkat "kemahiran asas". Setiap pelajar tahun pertama
(tingkatan 1 atau peralihan) sekolah menengah yang belum menguasai kemahiran asas
dalam peringkat ini diwajibkan mengikuti aktiviti kelas literasi komputer yang
dilaksanakan secara terancang oleh pihak sekolah mengikut jadual waktu yang telah
ditetapkan. Tugas pengendalian aktiviti ini diagihkan kepada guru-guru yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan komputer. Anggaran
peruntukan masa untuk menjalankan aktiviti Peringkat 1 ini ialah 28 jam (1680 minit).
Berdasarkan kiraan peruntukan masa 80 minit seminggu, aktiviti peringkat ini boleh
dijalankan dalam tempoh 21 minggu (lebih kurangnya setengah tahun persekolahan).
Aktiviti-aktiviti ini meliputi langkah keselamatan dan peraturan penggunaan
kemudahan komputer, asas sistem pengendalian komputer, asas perisian pemprosesan
kata dan grafik. Pelajar-pelajar peralihan atau tingkatan satu yang telah menguasai
kemahiran dan pengetahuan peringkat ini boleh dikecualikan dari menghadiri aktiviti
peringkat ini.

PERINGKAT 1 Aktiviti Peringkat 1 (T1A1 - T1A7) diikuti oleh semua pelajar bagi
memenuhi keperluan 1.1(a).
T1A1
(40 minit) Peraturan Dan Keselamatan:
a. Makmal komputer;

b. Penjagaan cakera dan komputer;


c. Keselamatan pengguna dan data;
d. Pengenalan kepada virus komputer dan
langkah-langkah pencegahan.
T1A2
(80 minit) Pengenalan Kepada Komputer
a. Apakah dia komputer?
b. Bahagian-bahagian utama sistem
komputer (input, unit pemprosesan
pusat, ingatan, output - pembelajaran konsep melalui gambar rajah blok);
c. Etika penggunaan komputer,
hakcipta dan penyalahgunaan komputer;
d. Kegunaan komputer
T1A3
(160 minit) Penyesuaian Dengan Sistem Komputer
a. Pengenalan kepada bahagian-bahagian
komputer;
b. Kemahiran asas penggunaan papan kekunci;
c. Asas penjagaan perisian dan perkakasan;
d. Penggunaan pencetak
T1A4
(200 minit) Asas Sistem Pengendalian
a. Pengenalan kepada persekitaran sistem pengendalian jenis teks dan grafik.
* Konsep fail, direktori dan subdirektori;
* Konsep direktori semasa(current directory);
* Makna fail backup dan kepentingannya;
* Penggunaan kemudahan bantuan (help).
b. Perintah-perintah asas
* Pengemudian direktori/bergerak
dari direktori ke direktori
* Menyalin fail dan cakera
* Melakukan (execute) aplikasi
c. Fahaman asas tentang kegunaan Sistem Pengendalian
T1A5
(640 minit) Asas Pemprosesan kata
a. Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan;
b. Memula, menaip, menyimpan, memuat dan mencetak dokumen;
c. Penyuntingan asas (kawalan kursor, memadam teks, menyelit teks(insert),
menengahkan teks (center), menggariskan teks, menebalkan teks (bold) dan
mengitalikkan teks);
d. Menukar jenis dan saiz fon;
e. Menukar pelarasan teks (justification);
f. Menukar saiz halaman (A4 atau letter) dan orientasi halaman (portrait atau
landscape)
g. Memotong, menyalin dan menampal teks.

T1A6
(400 minit) Grafik
Jika perisian pemprosesan kata yang digunakan untuk menjalankan aktiviti di T1A5
mempunyai kemudahan grafik, bahagian grafik ini boleh diajar dengan mengunakan
pemprosesan kata itu.
a. Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan
b. Membina dan menyunting grafik
c. Menyimpan, memuat dan mencetak fail grafik
d. Pengabungan teks dan grafik untuk menjalankan aktiviti penerbitan setempat
(desktop publishing)
T1A7
(80 minit) Pengenalan Kepada Hamparan Elektronik
a. Demonstrasi kegunaan perisian hamparan
elektronik
b. ciri-ciri dan kelebihan perisian hamparan
elektronik
T1A8
(80 minit)
Jumlah Masa
1680 minit Pengenalan Kepada Internet
a. Konsep Internet dan ciri-ciri Internet
b. Demonstrasi kegunaan kemudahan
Internet (jika ada kemudahan di sekolah)
Peringkat 2:
Aktiviti dalam peringkat ini diperkenalkan kepada pelajar melalui aktiviti kokurikulum.
Kumpulan sasaran bagi peringkat ini ialah pelajar-pelajar yang telah menguasai
pengetahuan dan kemahiran literasi komputer peringkat 1 dan berminat menyambung
pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam peringkat ini pelajar akan
menyambung pembelajaran sistem pengendalian dan pemprosesan kata ke peringkat
lanjutan. Mereka akan juga diperkenalkan kepada perisian hamparan elektronik dan
penggunaan rangkaian komputer serta aktiviti yang berkaitan. Bagi sekolah yang
mempunyai kemudahan Internet, aktiviti berkaitan boleh dijalankan.

PERINGKAT 2 Diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang berminat melalui aktiviti


kokurikulum
T2A1 Sistem Pengendalian (Lanjutan)
Perintah-perintah lanjutan :
a. Membuat/membuang fail dan direktori
b. Memformat disket data dan disket sistem
c. Memindah fail/direktori
d. Menukar nama fail
T2A2 Pemprosesan Kata (Lanjutan)

a. Menukar jarak antara baris


b. Menukar bilangan lajur dalam dokumen
c. Menyelit bingkai /gambar/objek
d. Mengubah/memindah bingkai grafik.
e. Menggunakan alatan lukisan
f. Menyelit dan memanipulasikan jadual
T2A3 Hamparan Elektronik
a. Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan
b. Membina hamparan
c. Pembinaan formula berdasarkan operasi
asas matematik (*,+,-,/,^)
d. Penggunaan fungsi-fungsi asas dalam formula
e. Pembinaan graf
f. Isihan
T2A4 Rangkaian Komputer
a. Konsep asas rangkaian komputer
b. Ciri-ciri dan kelebihan rangkaian komputer
c. Konsep perkongsian data dan sumber
d. Amali perkongsian data dan sumber
e. Konsep dan penggunaan mel elektronik
f. Netiquette (Network etiquette)
T2A5 Aktiviti Internet
(Jika ada kemudahan Internet)
a. Alat-alat Internet (Internet tools) seperti browser, email, telnet, ftp, newsgroups dan
lain-lain;
b. Aktiviti-aktiviti pendidikan yang berasaskan
Internet seperti forum elektronik, newsgroups
dan lain-lain.
Peringkat 3:
Aktiviti dalam peringkat ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang telah menguasai
kemahiran dan pengetahuan literasi peringkat 2 dan berminat melanjutkan
pembelajaran literasi komputer ke peringkat yang lebih tinggi.
Dalam peringkat ini aktiviti pengenalan kepada asas perisian pengurusan pangkalan
data dan bahasa pengaturcaraan akan diperkenalkan.
Bagi sekolah yang mempunyai kemudahan Internet, aktiviti lanjutan mengenai
penggunaan Internet akan dijalankan.
PERINGKAT 3 Diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang berminat melalui aktiviti kokurikulum
T3A1 Asas Perisian Pengurusan Pangkalan Data
a. Ciri-ciri dan kelebihan
b. Konsep asas pangkalan data, fail, rekod dan
medan. Jenis data.
c. Merancang dan membina pangkalan data

d. Menginput data
e. Mencapai data melalui query
f. Mencetak data dan laporan ringkas
T3A2 Pengaturcaraan
a. Konsep Pengaturcaraan
b. Proses asas pengaturcaraan - analisis,
perancangan, pembangunan, pengujian, penyahpepijatan (debugging),
pendokumenan)
c. Penggunaan perisian penyunting (editor)
d. Pengenalan kepada struktur kawalan
*penggelungan, percabangan, jujukan
e. Penggunaan pemboleh ubah
f. Ungkapan aritmatik
g. Perintah-perintah asas
h. Manipulasi angka dan rentetan
i. Penggunaan pengendali (operator) logik dan
hubungan (relational)
T3A3 Aktiviti Internet
(Jika ada kemudahan Internet)
a. Pembangunan World Wide Web Home Page
b. Aktiviti-aktiviti pendidikan yang berdasarkan
penggunaan sumber Internet.

Peringkat 4:
Aktiviti dalam peringkat ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang telah menguasai
kemahiran dan pengetahuan literasi peringkat 3 dan berminat melanjutkan
pembelajaran literasi komputer ke pringkat yang lebih tinggi.
Dalam peringkat ini aktiviti pembelajaran tentang kemudahan-kemudahan lanjutan
bagi perisian pengurusan pangkalan data dan pengaturcaraan akan dijalankan.
Bagi sekolah yang mempunyai kemudahan Internet, aktiviti lanjutan mengenai Internet
akan dijalankan.

PERINGKAT 4 Diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang berminat melalui aktiviti kokurikulum


T4A1 Perisian Pengurusan Pangkalan Data Lanjutan
a. Tapisan data
b. Penyediaan dan penggunaan borang
c. Penyediaan dan pencetakan laporan (lanjutan)
d. Bahasa query
T4A2 Pengaturcaraan (Lanjutan)
a. Perintah-perintah lanjutan

* Gelung bersarang (nested loop)


* Fail berjujukan (sequential) dan fail capaian
rawak (random access)
* Perintah grafik
* Perintah bunyi
b. Subrutin/prosedur/fungsi
c. Tatasusunan (array)
T4A3 Aktiviti Internet
(Jika ada kemudahan Internet)
Peringkat 5
Peringkat ini merupakan aplikasi pengetahuan dan kemahiran komputer yang telah
diperolehi oleh pelajar-pelajar dalam peringkat-peringkat yang telah dilalui. Pelajarpelajar akan menjalankan pelbagai projek berdasarkan minat dan kemampuan mereka.
Walaupun dalam garis panduan ini pelaksanaan projek diletakkan di peringkat 5, tetapi
ini tidak bermakna bahawa pelajar hanya menjalankan projek-projek pada peringkat 5
sahaja. Pengajar atau penasihat komputer sepatutnya sentiasa menggalakkan pelajar
menjalankan projek-projek kecil yang sesuai dengan kemahiran dan kebolehan pelajar.
Guru dan pelajar harus menyedari hakikat bahawa kaedah terbaik untuk menguasai
kemahiran atau pengetahuan komputer ialah melalui aktiviti amali dan pelaksanaan
projek.

PERINGKAT 5 Dijalankan oleh pelajar-pelajar yang berminat melalui aktiviti


kokurikulum
Yang berikut merupakan cadangan projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajarpelajar sama ada secara individu atau kumpulan di bawah bimbingan dan nasihat guru
atau pakar rujuk luar yang dihubungi oleh pihak sekolah. Pelajar-pelajar digalakkan
mengemukakan cadangan projek lain berdasarkan minat mereka.
a. Pembinaan sistem pangkalan data guru dan kakitangan sekolah
b. Pembinaan sistem pangkalan data pelajar sekolah atau rekod kemajuan pelajar
c. Pembinaan sistem pangkalan data pusat sumber sekolah
d. Pembinaan sistem pangkalan data peralatan makmal sekolah
e. Pembinaan sistem pangkalan data skim pinjaman buku teks sekolah
f. Pembinaan sistem pangkalan data kes disiplin sekolah
g. Pembinaan sistem pangkalan data inventori kedai koperasi sekolah
h. Pembinaan sistem pangkalan data atau perisian multimedia flora/fauna/tempat
bersejarah/tokoh-tokoh sejarah di dalam dan di luar negara
i. Pembinaan perisian kursus untuk menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran
j. Pembinaan templat hamparan elektronik untuk pejabat sekolah
k. Pembinaan hamparan elektronik untuk pengiraan markah peperikasaan
l. Pembinaan slideshow multimedia untuk memperkenalkan sejarah sekolah/latar
belakang sekolah/perancangan sekolah
m. Pembinaan persembahan multimedia untuk Hari Ucapan/Hari Terbuka sekolah
n. Pembinaan modul latihan / tutorial berkomputer untuk ahli-ahli kelab yang lain

o. Pembinaan model perkakasan komputer


p. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti Internet seperti senarai pengemelan (mailing
list), kumpulan perbincangan (discussion group) dan sebgainya.
q. Projek reka bentuk berbantu komputer
(CAD)
a. Projek berkaitan dengan mata pelajaran
Reka Cipta
a. Projek untuk pertandingan/kuiz komputer
b. Projek-projek lain yang difikirkan sesuai
5. STRATEGI PELAKSANAAN
Pelaksanaan aktiviti literasi komputer di sekolah menengah dilaksanakan melalui dua
pendekatan; aktiviti kelas dan aktiviti kokurikulum.
Aktiviti Kelas
Pendekatan aktiviti kelas digubal untuk memastikan semua pelajar yang keluar dari
sistem pendidikan negara ini memiliki kemahiran dan pengetahuan asas literasi
komputer. Literasi Komputer Peringkat 1 dilaksanakan melalui pendekatan ini.
Dalam pendekatan aktiviti kelas, semua pelajar tingkatan satu atau peralihan sekolah
menengah yang belum menguasai kemahiran dan pengetahuan asas Peringkat 1
dikehendaki mengikuti aktiviti peringkat ini berdasarkan jadual waktu yang ditetapkan
oleh pihak sekolah.
Peruntukan masa minimum yang dicadangkan untuk menjalankan aktiviti literasi
komputer melalui aktiviti kelas ialah 2 waktu seminggu (80 minit). Pihak sekolah boleh
menyusun aktiviti literasi komputer mengikut kesesuaian masing-masing.
Pelajar tingkatan satu atau peralihan yang telah menguasai kemahiran dan pengetahuan
asas Peringkat 1 boleh dikecualikan dari mengikuti aktiviti kelas wajib ini dan
dibenarkan mengikuti aktiviti kokurikulum literasi komputer pada peringkat-peringkat
yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar berkenaan.
Aktiviti Kokurikulum
Bagi mencapai hasrat yang dinyatakan dalam 1.1 (b) dan (c), adalah dicadangkan aktiviti
kokurikulum literasi komputer dijalankan untuk pelajar-pelajar yang berminat
melanjutkan pembelajaran literasi komputer ke tahap yang lebih tinggi.
Dalam aktiviti kokurikulum literasi komputer, aktiviti diperkenalkan melalui 4
peringkat, iaitu Peringkat 2, 3, 4 dan 5. Pelajar-pelajar dibenarkan menyertai aktiviti
berdasarkan kebolehan, kemahiran dan minat tetapi bukan berdasarkan umur atau
tingkatan pelajar. Ini bermakna jika seorang pelajar yang memasuki tingkatan 1 sudah
mempunyai kemahiran dan pengetahuan peringkat 1 dan 2, ia boleh dibenarkan
menyertai aktiviti peringkat 3 tanpa perlu melalui akitivti peringkat 1 dan 2. Walau
bagaimanapun, bagi pelajar yang mengikuti aktiviti dalam satu peringkat yang lebih
tinggi tanpa melalui aktiviti peringkat 1, guru komputer perlu memberi pendedahan
peraturan dan keselamatan makmal kepada pelajar berkenaan.
Dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum, penekanan ialah ke atas penguasasan
kemahiran dan pengetahuan amali serta aplikasi teknologi maklumat dan bukan
menekankan pengetahuan akademik. Aktiviti kokurikulum ini tidak sepatutnya
dijalankan seperti kelas Sains Komputer atau Pengajian Komputer.
Guru seharusnya menangani sesuatu aktiviti secara fleksibel supaya pelajar-pelajar

sentiasa berada pada tahap motivasi dan minat yang tinggi. Garis panduan ini tidak
sepatutnya menjadi satu kongkongan kepada kreativiti guru. Kandungan dan
pendekatan pengajaran pembelajaran boleh diubah suai mengikut keperluan dan
kesesuaian keadaan.
Pihak sekolah perlu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal komputer yang
sesuai untuk memastikan pelajar-pelajar yang tidak mengikuti aktiviti kokurikulum
berpeluang menggunakan kemudahan makmal komputer untuk menjalankan aktiviti
yang berfaedah. Ini ialah untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar yang telah
mengikuti aktiviti Peringkat 1 berpeluang mempraktikan kemahiran mereka.
6. Glosari
Rangkaian komputer - Satu kumpulan komputer yang disambungkan supaya sumbersumber dapat dikongsikan.
Internet - Rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang terdiri daripada pelbagai
rangkaian lain yang lebih kecil. Internet merupakan satu sumber yang baik untuk
menjalankan aktiviti pendidikan kerana ia menyediakan pelbagai jenis maklumat dan
kemudahan komunikasi.
World Wide Web - Sebahagian daripada Internet. Juga dikenali sebagai WWW atau W3.
Kelebihan WWW ialah maklumat yang disediakan boleh dicapai dengan mudah.
Homepage - Dalam WWW, maklumat disimpan dalam pelbagai tapak WWW
(komputer) di seluruh dunia. Homepage ialah halaman pertama yang dipaparkan pada
skrin komputer anda bila anda melawat satu tapak WWW.
Netiquette - Kelakuan yang bersopan semasa menjalankan aktiviti di Internet.
Perisian Pengurusan Pangkalan Data - Satu perisian khas yang membolehkan data-data
dalam satu pangkalan data dimanipulasikan untuk menghasilkan maklumat yang
bermakna.
Perisian penyunting - Pemproses teks yang digunakan untuk menaip atur cara
komputer.
CAD - Computer Aided Design. Penggunaan komputer dengan perisian khas untuk
merekabentuk gambar atau struktur 2 atau 3 dimensi.
Email - Penghantaran mesej elektronik melalui rangkaian komputer

You might also like