You are on page 1of 3

Sunday, December 16, 2012

Refleksi pengajaran stail E - Stail Gaya Peningkatan

REFLEKSI STAIL E

Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah
saya dan rakan sekelas menjalankan sesi amali bersama kumpulan yang
menggunakan stail E sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan
ini juga telah membentangkan slaid yang begitu menarik dan berkesan di mata
saya. Stail E adalah Gaya Peningkatan (Inclusion Style). Stail ini memperkenalkan
pelbagai tahap prestasi pada satu tugas yang sama.
Stail ini adalah lebih fleksibel dalam variasi tahap kepayahan (difficulty)
serta pencapaian kemahiran (performance skill) yang pelbagai mengikut
keupayaan pelajar. Di sini menunjukkan, stail ini lebih bersifat individu. Kriteria
yang utama dalam stail ini adalah memfokuskan semua perkara tersebut tadi
pada satu tugas atau cabaran yang perlu dilakukan oleh semua orang. Oleh yang
demikian, guru akan memberikan satu tugasan yang akan dilakukan oleh semua
murid. Namun begitu, perlakuan pelajar pula adalah pada tahap kemampuan
mereka sendiri dan bukannya atas ketetapan dan kemahuan guru yang mengajar
itu. Guru harus menekankan kepada murid yang masih berada di tahap pilihan
mereka dan memberi galakan kepada mereka. bagi pendapat saya, stail ini
memerlukan guru bertindak lebih bijak dan kreatif untuk menarik perhatian
murid supaya lebih tertarik dengan perkara yang sedang diajar.
Kaedah ini juga mengutamakan kepada peningkatan dan penguasaan
seseorang individu secara berperingkat-peringkat dan penyertaan secara
sukarela. Di sini menunjukkan, guru tidak akan memaksa murid membuat apa
yang diajar itu. Seterusnya, pelajar itu sendiri diberi kebebasan untuk menilai
kemampuan mereka dalam setiap tahap latihan yang diberikan kepada mereka.
Namun demikian, saya beranggapan gaya pembelajaran ini kurang sesuai untuk
diguna pakai ke atas pelajar-pelajar istimewa. Hal ini kerana, mereka tidak dapat
menilai apa yang mereka buat itu betul atau salah. Murid berkeperluan khas
biasanya akan melakukan mengikut kehendak dan kemahuan mereka sahaja,
tanpa memikirkan orang lain mahupun aspek keselamatan. Semasa penempatan
di sekolah nanti, saya semestinya akan mengajar murid-murid pendidikan khas.
Walaupun gaya pembelajaran ini tidak sesuai digunakan ke atas mereka yang
istimewa, saya beranggapan ilmu ini suatu pengetahuan bermakna dan berguna
kepada saya.

Sama seperti stail pembelajaran yang lain, stail ini juga mementingkan
tiga proses semasa pelaksanaan iaitu set pra-impak, set impak dan set pasca
impak. Semasa Set Pra-Impak, semua keputusan akan dibuat oleh guru dan guru
yang akan menyediakan tugasan untuk program individu. Di sini menunjukkan,
guru seharusnya bersedia sebelum melaksanakan sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Seterusnya, semasa set impak pula, guru
akan menerangkan atau bersoal jawab dengan murid mengenai konsep gaya
peningkatan dan menyatakan objektif utama pelajaran pada hari tersebut. Di sini
menunjukkan peranan guru adalah menjawab soalan pelajar dan mengutamakan
komunikasi dengan pelajar. Guru juga akan menyatakan peranan pelajar yang
mana melibatkan tinjauan pilihan serta pemilihan tahap yang sesuai. Kemudian,
barulah pelajar akan melakukan tugasan dan menilai prestasi berdasarkan
kriteria serta menentukan tahap mereka yang seterusnya. Kemudian, semasa
Set Pasca Impak, pelajar akan menilai prestasi mereka berdasarkan kad kriteria.
Guru akan menyelia kelas untuk seketika dan kemudian bergerak untuk
mendapatkan maklum balas pelajar secara individu.
Setelah dikaji, saya mendapati terdapat pelbagai kelebihan mahupun
kekurangan dalam penggunaan stail ini semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani. Stail ini menggalakkan sifat berdikari pelajar
daripada pengaruh dan keputusan guru. Sehubungan dengan itu, guru
hendaklah memberi arahan dan membuat keputusan yang sewajarnya untuk
memastikan perkembangan pelajar mereka di peringkat lebih baik daripada
sebelum pengajaran berlansung. Antara kelemahan stail ini adalah stail ini amat
memakan masa apabila ingin menggunakannya kerana stail ini banyak
menggunakan komitmen guru. Bagi pendapat saya, adalah lebih elok sekiranya
pelajar sendiri yang bertindak aktif dalam proses P&P. Hal ini kerana,
pembelajaran berpusatkan murid lebih berkesan berbanding berpusatkan guru
semata-mata. Hal ini seterusnya tidak menggalakkan fungsi kreativiti dan
perkembangan tingkah laku pelajar dan mereka akan mudah terasa bosan.
Dengan adanya tugasan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana terdapat
pelbagai kaedah pengajaran yang boleh dilakukan oleh guru, saya yakin dan
percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk
mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan. Akhir kalam,
saya berharap, pihak tuan dapat menerima tugasan yang telah disiapkan oleh
saya ini dengan hati yang terbuka. Segala silap dan salah yang terdapat dalam
tugasan ini saya dahului ribuan kemaafan. Sekian, terima kasih

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru menentukan apa yang akan dipelajari
Guru menentukan kriteria pembelajaran
Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memilih tahap pembelajaran
mengikut kemampuan diri
Pelajar memilih sendiri tahap prestasi sebelum melakukan aktiviti
Pelajar membuat keputusan untuk melakukan aktiviti pada tahap tinggi.
Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kejayaan
Semua pelajar berupaya melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri
Pelajar boleh membuat keputusan sendiri.

Gaya Inklusif/ peningkatan (E)


Satu-satunya pengajaran yang berpusatkan guru yang memberikan peluang kepada murid
satu keistimewaan untuk memilih tahap pembelajaran mereka mengikut tahap dan
kemampuan mereka. Murid akan memilih sendiri tahap dalam prestasi mereka sebelum
melakukan aktiviti. Aktiviti yang masih ditentukan oleh guru kriteria pembelajarannya.
Kelebihan aktiviti ini ialah ia memberikan murid peluang untuk merasai kepuasan dan
kejayaan dalam Pendidikan Jasmani. Semua muri akan berupaya untuk melakukan aktiviti
walaupun berbeza kebolehan diri. Peningkatan kemahiran kendiri murid dan motivasinya.
Misalnya, dalam melakukan aksi kemahiran lompat tinggi, murid bebas untuk memilih
ketinggian palang lompat tinggi

You might also like