You are on page 1of 11

Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001

Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Bab 1 ( Pengenalan )

1. Pendedahan kepada Penyata kewangan.


• Jenis jenis Penyata kewangan
Penyata kewangan terdiri daripada Penyata pendapatan dan Kunci Kira
Kira. .
• Tujuan Penyata kewangan
Penyata kewangan disediakan pada hujung satu tempoh perakaunan
untuk mencari keuntungan dan mengetahui kedudukan kewangan
sesebuah perniagaan.
• Tajuk Penyata kewangan
Tajuk bagi penyata kewangan:
Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember ____
Kunci kira kira pada 31 Disember _____
• Komponen setiap jenis Penyata Kewangan
Bagi Penyata pendapatan:-
i)Belanja
ii)Hasil
iii) Untung bersih atau rugi bersih
Bagi Kunci kira kira:-
i)Aset Bukan Semasa
ii)Aset semasa
iii)Ekuiti Pemilik
iv)Liabilti bukan semasa
v) Liabiliti semasa

• Pihak yang bertanggungjawab diatas penyediaan Penyata Kewangan


i) Akauntan
Tugas akaun adalah merancang, melaksanakan dasar ,
memastikan system bekanjawan dan kawalan akaun dipraktikan
dengan betul, dan juga memberi nasihat berkaitan dengan
perakaunan.
ii) Pengurus Kewangan
Merupakan pengurus dalam bidang perakaunan supaya lancer dan
teratur. Menyediakan akaun bulanan dan laporan bulanan kepada
pihak atasan.
iii) Pengurus Akaun

1
Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan rekod yang lengkap


bagi semua transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut
prinsip perakaunan yang betul di Bantu oleh Akauntan.
Mengesahkan tentang dokumen dan rekod yang berkaitan
penerimaan, pembayaran dan transaksi kewangan yang lain.
Beliau juga mnyediakan penyata dan laporan kewangan bagi
tempoh tertentu. Menyediakan akaun dengan menggunakan pakej
perisian yang standard

• Pengguna Penyata kewangan


i) Peniaga
Untuk mengetahui secara khusus berkenaan dengan perniagaan
yang diceburi iaitu potensi syarikat dapat diketahui melalui
kunci kira kira. Hasid an belanja dapat diketahui melalui Penyata
pendapatan dan lain lain.
ii) Pelabur
Untuk mengetahui kedudukan kewangan satu satu syarikat maka
pelaboran dapat dilakukan.
iii) Bank
Untuk memberi pinjaman kepada organisasi melalui maklumat
yang terdapat didalam penyata kewangan.
iv) Pelanggan
Untuk membuat keputusan meneruskan aktiviti jual beli dengan
syarikat melalui maklumat kewangan yang diperolehi daripada
penyata kewangan.
v) Kerajaan
Untuk tujuan percukaiaan. Cukai merupakan hasil pendapatan
Negara yang akan membantu Negara membangun dengan lebih
pesat lagi.
• Kepentingan Penyata kewangan dalam perniagaan

Kepentingan penyata pendapatan adalah untuk menunjukan samada


perniagaan mengalami keuntungan ataupun kerugian bagi satu tempoh
masa perakaunan. Biasanya dalam tempoh masa satu tahun. Manakala
kunci kira kira akan menunjukan kedudukan kewangan sesuatu
perniagaan bagi satu tempoh masa. Kedudukan kewangan yang
dimaksudkan adalah berkenaan dengan asset, liabiliti. dan Ekuiti
pemilik. Adakah asset syarikat dapat menampung liability yang

2
Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

ditanggung oleh syarikat melui pengiraan ratio ratio tertentu. JAdi


dengan mengetahui kedudukan kewangan syarikat maka dapatlah
syarikat membuat perancangan perancangan kewangan.

2. Sejarah Perakaunan
• Permulaan menyimpan rekod
- Rekod perakaunan yang paling awal adalah di Babylonia pada tahun
3500 SM.
-2300 M dibuat atas kepingan tanah liat
-400 SM. Rekod dibuat atas papyrus, iaitu kertas dan calamus(pen).
-Sistem kewangan telah digunakan dan urusniaga direkod dengan
menggunakan nilai wang pada abad ke 5 dan ke 6 SM.
-Abab ke 7 dan ke 11 sistem angka telah digunakan oleh orang India.

• Permulaan catatan bergu


-Bermula di Itali selaras dengan perkembangan perdagangan yang
pesat di Bandar Itali pada tahun 1200-1500 M. Dikenali sebagai
Kaedah Venice
-Luca pacioli seorang rahib francisca berbangsa Itali merupakan bapa
perakaunan.Beliau telah menerbitkan buku matematik yang
menerangkan tentang kepentingan peraturan simpan kira yang
digunapakai sehingga hari ini.

• Perkembangan sistem Perakaunan


-Revolusi perindustrian di England, pada pertengahan abad ke 18 telah
memperkembangkan perdagangan dan perakaunan. Penyediaaan akaun
lejar dan penyediaan penyata kewangan dibincangkan dan
diperkenalkan.
-Pada abad ke 19, syarikat yang besar bermodal besar ditubuhkan.
Kerajaan telah menggubal perundangan untuk melindunggi semua
syarikat yang terlibat.
-Syarikat diwajibkan menyediakan laporan perakaunan dalam bentuk
penyata kewangan tahunan berdasarkan piawaian perakauanan minimum
-Sejak tahun 1900, bidang perakaunan telah mencapai taraf
professional. Beberapa badan perakaunan professioanal ditubuhkan
untuk:
i) menentukan taraf minimum untuk kelayakan professional
ii) membentuk kod etika akauntan

3
Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

iii) memastikan kod ini dipatuhi.

-Jawatankuasa Panduan Piawaian Perakaunan( Acounting Standard


Steering Committee) ditubuhkan pada tahun 1969 menerbitka penyata
Amalan Perakaunan Piawaian( Standard of Statement Accounting
Practice –SSAP)
-Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (
International Accounting Standard Committee atau IASC
menerbitkan Piawaiana Perakaunan Antarabangsa ( International
Accounting Standards) untuk membentuk dan menggalakan penggunaan
piawaian perakaunan asas dalam penyediaan akaun dan penyata
kewangan.
-Persatuan profesion perakauanan Malaysia telah menubuhkan Malaysia
Institute of Accountants (MIA) untuk mengawal profesion perakaunan
dan mengadakan peperiksaan untuk menentukan taraf profesion itu.

- Falsafah Perakaunan Islam dan Konvensional


Sistem kewangan yang berasaskan syariah islam telah berkembang
dengan pesat dan menjadi sebahagian daripada system kewangan
antarabangsa. Tetapi system kewangan islam masih bergantung kepada
sistem perakaunan konvensional. Sumber parakaunan islam
berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah .Semua aktiviti perakaunan
adalah mengikut amalan aktiviti yang dibenarkan dalam islam dan
mengikut syarak.Larangan amalan ria adalah salah satu contoh sistem
perakaunan islam.
- Konsep Pendedahan Vs Konsep Penemuan
- Falsafah pelaporan kos Sejarah dan nilai Saksama
- Proses Perakaunan (Manual dan Berkomputer)

• Perakaunan sebagai Profesion:


- Maksud professional
Merujuk kepada sesuatu pekerjaan ikhtisas ataupun profession
yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran yang kuat
dan betul betul terlatih di dalam sesuatu bidang yang diceburi atau
yang dipelajari dan dipraktiknya.

4
Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

- Akauntan sebagai pemimpin


Akauntan adalah seseorang yang mengkhusus dalam bidang
perakaunan . Tugas seorang akauntan sekarang merangkumi sebagai
penasihat kepada sesuatu perniagaan.Akauntan juga mesti seorang
yang tahu membuat keputusan dengan memikirkan kesan setiap
keputusan yang dibuat bukan hanya untuk kepentingan individu atau
syarikat tetapi juga kesan kepada persekitaran dan masyarakat
setempat. Perlu bertindak sebagai seorang pemimpin yang
berakauntabiliti kepada pihak dalaman perniagaan dan pihak awam.
Oleh itu seorang akauntan perlu mempunyai ciri ciri sebagai seorang
pemimpin seperti akauntabiliti,jujur, amanah, komited dan
berintegriti.

- Keperluan Kod etika Profession Perakaunan.


Seorang akauntan haruslah mematuhi beberapa kod etika yang
berkaitan dengan professionnya ketika menjalankan tugasnya. Etika
yang dipatuhi adalah berdasarkan kod etika untuk Akauntan
Professional ( Code of ethics of professional Accaontants) yang
dikeluarkan oleh International Federation of Accountants ( IFAC).
Etika adalah mengenai prinsip nilai dan kepercayaan yang memberi
kesan pada pengaruh , pertimbangan dan tingkahlaku.

3. Bentuk Organisasi
Pengenalan kepada Milikan tunggal, Perkongsian, Syarikat Berhad dan
koperasi.

• Milikan tunggal ialah perniagaan yang dimiliki dan diuruskan oleh


seorang sahaja yang melaburkan modal didalam perniagaan. Berhak
keatas semua keuntungan dan menangung semua kerugian. Liabiliti
tidak terhad iaitu semua asset peribadi boleh digunakan untuk
melangsaikan hutang perniagaan. Contoh perniagaan tunggal:
i) perniagaan berjaja, bergerai,dan perniagaan runcit
ii) Peguam, doctor, arkitek dan akauntan
iii) Kedai jahit, salun kecantikan, kafe internet, dll.
• Perkongsian merupakan satu unit perniagaan yang dimiliki oleh
beberapa orang yang menjalankan perniagaan bersama untuk
memperolehi keuntungan. Bilangan ahli pekongsi maksimum adalah 20
orang manakala perkongsian ikhtisas tiada had. Perkongsian

5
Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

didaftarkan mengikut akta perkongsian 1961. Mestilah mempunyai


ikatan perjanjian diantara pekongsi. Jika tidak sebarang permasalahan
akan diselesaikan menggunakan akta perkongsian 1961. Liabiliti tidak
terhad bermaksud segala asset peribadi boleh digunakan untuk
melangsaikan hutang perniagaan.
• Syarikat berhad ialah perniagaan yang didaftarkan dibawah akta
Syarikat 1965. Terdapat 2 jenis syarikat iaitu:
i) Syarikat Sendirian Berhad. 2 – 50 ahli
ii) Syarikat awam berhad- tiada had
Modal disumbangkan melalui pelaburan saham. Liabiliti adalah terhad
kepada pelaburan yang disumbangkan. Dasar syarikat ditentukan oleh
lembaga pengarah.
• Koperasi
-satu pertubuhan yang didaftarkan di bawah akta koperasi 1993.
berdasarkan prinsip prinsip yang berikut:
i) Keanggotaan sukarela dan terbuka
ii) Pengurusan yang demokratik
iii) Pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota
iv) Pembahagian keuntungan dengan saksama
v) Galakkan pendidikan koperasi
vi) Kerjasama aktif dikalangan koperasi koperasi berdaftar.
- Liabiliti adalah terhad.
- Mesti menggunakan perkataan Berhad di belakang nama koperasi
yang didaftarkan.
- Modal adalah melalui sumbangan saham oleh setiap anggota. Harga
saham adalah tetap seperti yang telah dinyatakan dalam undang
undang kecil koperasi.
- Setiap pekongsi mempunyai kuasa mengundi sekali seorang tidak
kira berapa jumlah saham yang dimiliknya.

4. Perakaunan dan simpan Kira

-Takrif Perakaunan dan Simpan Kira.


• Simpan kira ialah cara merekod urusniaga dengan tepat dan sistematik
dengan menggunakan sistem catatan bergu.
• Perakaunan meliputi simpan kira iaitu satu proses dimana melibatkan
merekod, melapor, dan mentafsir maklumat kewangan untuk membantu

6
Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

pihak pengurusan membuat keputusan. Perakuanan juga merancang dan


mengawal aktiviti perniagaan.

• Sub bidang perakaunan


- Perakaunan kewangan
Ialah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses
maklumat kewangan perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir,
dan dihubungkan. Perakaunan kewangan adalah berkaitan dengan
pelaporan prestasi perniagaan ( untung atau rugi) dalam satu satu
tempoh perakaunan. Objektif utama perakaunan kewangan adalah
untuk menyediakan maklumat maklumat perakaunan kepada
pengguna yang berkepentingan.

- Perakaunan Pengurusan
Mengkhusus kepada penyediaan maklumat maklumat untuk kegunaan
dalaman perniagaan seperti pihak pengurusan dan kakitangan.
Maklumat ini digunakan untuk perancangan, kawalan, pembuatan
keputusan dan pengurusan syarikat.

- Audit
Adalah satu proses secara sistematik untuk memperolehi dan
menilai bukti secara objektif mengenai pernyataan tentang kegiatan
kewangan. Melibatkan aktiviti pemeriksaan dokumen dokumen bagi
mengesahkan urusniaga yang direkod itu sebenarnya telah berlaku.
Mengesahkan rekod perakaunan yang telah disediakan adalah
mengikut piawaian dan peraturan perakaunanyang diterima umum.

- Percukaian
Seseorang yang terlibat di dalam bidang percukaian mestilah
seseorang yang mempunyai kemahiran di dalam bidang perakaunan.
Iaitu seseorang yang boleh menjadi perunding percukaian,
perancangan percukaian, dan menyediakan penyata cukai individu,
syarikat dan organisasi secara keseluruhannya
.
- sistem maklumat perakaunan
ialah satu system yang digunakan untuk menjana maklumat
perakaunan sebagai sebahagian daripada system maklumat
keseluruhan. Segala maklumat perakaunan , dan maklumat

7
Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

pengurusan perakaunan serta maklumat percukaian dapat disatukan


di dalam satu sistem yang membolehkan seseorang di dalam
organisasi membuat keputusan untuk organisasi secara
keseluruhannya.

5. Persekitaran Perakaunan di Malaysia


• Sejarah perakaunan di Malaysia
- Permulaan menyimpan rekod
- Rekod perakaunan yang paling awal adalah di Babylonia pada tahun
3500 SM.
-2300 M dibuat atas kepingan tanah liat
-400 SM. Rekod dibuat atas papyrus, iaitu kertas dan calamus(pen).
-Sistem kewangan telah digunakan dan urusniaga direkod dengan
menggunakan nilai wang pada abad ke 5 dan ke 6 SM.
-Abab ke 7 dan ke 11 sistem angka telah digunakan oleh orang India.
- Permulaan catatan bergu
-Bermula di Itali selaras dengan perkembangan perdagangan yang
pesat di Bandar Itali pada tahun 1200-1500 M. Dikenali sebagai
Kaedah Venice
-Luca pacioli seorang rahib francisca berbangsa Itali merupakan bapa
perakaunan.Beliau telah menerbitkan buku matematik yang
menerangkan tentang kepentingan peraturan simpan kira yang
digunapakai sehingga hari ini.
- Perkembangan sistem Perakaunan
-Revolusi perindustrian di England, pada pertengahan abad ke 18 telah
memperkembangkan perdagangan dan perakaunan. Penyediaaan akaun
lejar dan penyediaan penyata kewangan dibincangkan dan
diperkenalkan.
-Pada abad ke 19, syarikat yang besar bermodal besar ditubuhkan.
Kerajaan telah menggubal perundangan untuk melindunggi semua
syarikat yang terlibat.
-Syarikat diwajibkan menyediakan laporan perakaunan dalam bentuk
penyata kewangan tahunan berdasarkan piawaian perakauanan minimum
-Sejak tahun 1900, bidang perakaunan telah mencapai taraf
professional. Beberapa badan perakaunan professioanal ditubuhkan
untuk:
iv) menentukan taraf minimum untuk kelayakan professional
v) membentuk kod etika akauntan

8
Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

vi) memastikan kod ini dipatuhi.

• Badan Badan Perakaunan di Malaysia


- Badan Penggubal Piawaian( MASB)
-Pengenalan kepada MASB ( Malaysia Accounting Standard Board)
-Ditubuhkan dibawah akta Laporan Kewangan 1997 ( Financial
reporting Act 1997)- sebuah badan bebas untuk membentuk dan
menerbitkan piawaian laporan kewangan di Malaysia.
-Antara tugas dan kuasa MASB
i) menerbitkan penyata penyata prinsip ( Statement of
Principles)bagi kegunaan dalam penyediaan laporan
kewangan
ii) menaja atau membentuk piawaian yang mungkin.
-Menerbikan piawaian perakaunan yang baru.
-Badan Professional
-Khidmat nasihat awam.
-Mengenalpasti skop dan aplikasi piawaian

6.. Konsep dan Prinsip Perakaunan yang asas.


i) Usaha Berterusan
Perniagaan mempunyai hayat yang berterusan dan akan terus
beroperasi untuk satu masa yang berlanjutan.
ii) Pemadanan( Asas perakaunan akruan)
Jumlah hasil bagi tempoh itu mesti dipadankan dengan jumlah
perbelanjaan dalam tempoh yang sama untuk menentukan untung
bersih bagi sesuatu tempoh perakaunan.
iii) Ketekalan
Kepentingan mengamalkan kaedah merekodkan butiran dalam
akaun akaun secara konsisten atau tetap bagi setiap tempoh
perakaunan. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan atau
pemesongan dalam laporan laporan kewangan.
iv) Materialiti
Perbelanjaan perniagaan yang bukan satu butiran kebendaan
akan dicatatkan sebagai belanja dalam tempoh perakaunan ia
dibeli walaupun boleh digunakan untuk jangkamasa yang lebih
daripada satu tempoh perakaunan. Contoh: Calculator( boleh
digunakan beberapa tahun)
v) Entiti berasingan

9
Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Entiti perniagaan wujud sebagai satu entiti atau unit yang


berasingan daripada pemiliknya. Rekod perakaunan hanaya hanya
merekod urusan perniagaan pemilik dan bukan urusan peribadi
pemilik.
vi) Wang sebagai ukuran
Rekod perakaunan hanya melibatkan urusniaga yang dapat
dinilaikan dalam bentuk wang (RM-malaysia)
vii) Tempoh Perakaunan
Jangkamasa perakaunan atau jangkamasa perniagaan yang telah
ditetapkan oleh syarikat supaya dapat mengetahui hasil aytau
keuntungan syarikat pada satu satu masa.
viii) Kos Sejarah
Urusniaga direkodkan mengikut nilai yang sebenar iaitu pada kos
belian pada tarikh belian dilakukan.
ix) Catatan Bergu
Setiap urusniaga direkodkan mestilah dalam dua akaun yang
berbeza dengan jumlah atau amaun yang sama, satu disebelah
debit dan satu lagi disebelah kredit.
x) Pelaporan berasaskan nilai saksama

Mengikut konvensyen ini, aset dilaporkan dalam kunci kira-kira


pada kos sejarah (kos asal) atau pada nilai yang berasaskan kos
sejarah. Nilai pasaran semasa aset diabaikan untuk tujuan
pelaporan luar. Walaupun penggunaan kos sejarah akan
meningkatkan lagi objektiviti penyata kewangan (dan seterusnya
kebolehpercayaan/reliabiliti) tetapi ia mungkin dianggap kurang
relevan bagi kebanyakan pengguna yang lebih inginkan nilai
semasa. Perkembangan semasa pelaporan perakaunan
memerlukan pelaporan yang berasaskan nilai saksama (fair value
reporting). Dalam keadaan ini, kemungkinan nilai yang diterima
pakai bukan berdasarkan kos sejarah. FRS 101 yang
menggantikan MASB 1 memuatkan peraturan berkaitan falsafah
pelaporan yang menitikberatkan kerelevanan maklumat kepada
pengguna.

10
Nota pengenalan/ PA bab 1 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

xi) Konservatisme

Hasil & Untung perniagaan direkodkan jika ia benar-bnar


berlaku, jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira
tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.

2. Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata

Contoh: Perniagaan Ali telah berkontrak dengan syarikat dari


Korea. Hasil daripada kontrak ini perniagaannya dijangka akan
memperolehi keuntungan RM 3 juta. Pengarah syarikat
mengarahkan akauntannya melaporkan keuntungan tersebut
dalam penyata kewangan tempoh berkenaan. Wajarkah akauntan
melaporkan keuntungan tersebut?

Penyelesaian: Akauntan tidak boleh melaporkan keuntungan


tersebut kerana ianya belum berlaku dan hanya satu jangkaan.
Tindakan ini menyalahi konsep konservatisma di mana
keuntungan tidak boleh dilaporkan selagi tidak berlaku

8. Kitaran Perakaunan

Dokumen Sumber

Catatan Penutupan Buku Catatan Pertama

Penyediaan Penyata Kewangan Pengeposan ke Lejar

Imbangan Duga terselaras Sedia Imbangan Duga

Pelarasan

11

You might also like