You are on page 1of 5

BIG Fasa 6,2015

Wong Ling Wei (2011022360072)

REFLEKSI
Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran
bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi,
pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan
diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guruguru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan
sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam
arus globalisasi.
Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program
Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan
tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP (PJJ) Semester 8 di bawah Program
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6.
Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini.
Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika
terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada pegawai BIG iaitu Encik Jamaliddin
Sabi dan Mentor kami iaitu Cik Ting Siu Gin.
Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program
lawatan penanda aras di Sekolah Cemerlang dalam kokurikulum -- SJK Chung Hua,
Miri. Program BIG Fasa 6 ini telah disertai seramai 14 orang guru pelatih yang terdiri
daripada guru pelatih PISMP (PJJ) Bahasa Cina Pendidikan Rendah ambilan Jun 2011.
Program ini bermula pada hari Jumaat, 24 April 2015. Selepas mengenakan
makan tengah hari, kami bertolak ke SJK Chung Hua, Miri untuk mengadakan lawatan
penanda aras. SJK Chung Hua, Miri merupakan sebuah sekolah kecemerlangan dalam
bidang kokurikulum. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai
anugerah cemerlang kokurikulum peringkat kebangsaan pada tahun 2014. Pogram Bina
Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau
dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang berpotensi cemerlang dalam
negeri Sarawak. Program lawatan penanda aras ini bertujuan mendedahkan kami

BIG Fasa 6,2015

Wong Ling Wei (2011022360072)

kepada alam persekolahan yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta
kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah
sebagai satu institusi pendidikan.
Apabila sampai di SJK Chung Hua, kami telah disambut dengan penuh mesra
oleh warga sekolah. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu selesa untuk
mendengar taklimat daripada penolong kanan, Pn Wong Yuk Ha. Beliau telah
menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada dan pencapaian sekolah
dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. SJK Chung Hua mendapat pelbagai
anugerah di peringkat daerah, negeri dalam kebangsaan. Ini dapat menunjukkan betapa
guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah.
Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan sains ialah membaik
pulih makmal sains dengan menyediakan peralatan yang canggih, mewujudkan kolam
ikan, dan sebagainya. Langkah ini diambil bagi melatih murid-murid sekolah ini supaya
berminat untuk menjadi usahawan.
Dalam pembangunan kokurikulum, sekolah telah melatih dan memberi
pendedahan permainan, sukan dan persatuan kepada murid-murid yang berminat.
Maka, wujudlah sebuah pasukan kokurikulum yang banyak menempa kejayaan di
peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antara penyertaan antarabangsa
adalah pertandingan syarahan, bercerita, reka cipta dan sebagainya
Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian, pihak
sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini. Antara aktiviti
yang dijalankan di SJK Chung Hua ialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah. Kami telah
melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik guru, komputer, bilik darjah,
pejabat, stor sukan, padang dan bilik yang menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya
diraih oleh warga sekolah.
Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh
guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk
bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin untuk
membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.
Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang
pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak

BIG Fasa 6,2015

Wong Ling Wei (2011022360072)

kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana
cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus
cemerlang.
Puan Tan Chai Choo merupakan guru temuramah kami. Beliau ialah seorang
guru cemerlang di SJK(C) Ek Thei, Sibu yang berumur 45 tahun. Beliau merupakan guru
yang pakar dalam mengajar subjek Matematik. Beliau merupakan seorang guru yang
ramah dan amat penyayang dan disenangi oleh murid-murid dan juga para guru di
sekolah berkenaan.
Puan Tan juga selalu memberi tunjuk ajar kepada guru-guru yang lebih muda
daripada beliau. Beliau tidak pernah menunjukkan sikap pentingkan diri malah selalu
berkongsi ilmu dengan rakan sejawat. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi
dan harus dijadikan contoh oleh para guru-guru baru.
Tugasan ini memberikan peluang kepada saya untuk bertanya pelbagai soalansoalan yang berkaitan dengan dunia pendidikan dan juga berkaitan dengan kerjaya
guru. Ini menjadi panduan kepada saya untuk meningkatkan kemahiran dalam kejayaan
saya. Saya juga menjadikan Puan Tan sebagai role model kerana beliau telah
berkongsi pelbagai kemahiran dan juga pengetahuan yang berharga dalam bidangnya
yang dapat membimbing dan memimpin saya untuk menjadi seorang guru yang
berwibawa.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 6 ini telah
berjaya dicapai. Tugasan ini memberikan banyak manfaat kepada guru PPG dan dapat
meningkatkan kesedaran diri mengenai kewajipannya sebagai seorang guru yang
berintegriti dalam melaksanakan tugasnya dalam mendidik anak bangsa. Saya berharap
program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh:
Wong Ling Wei (2011022360072)
PISMP (PJJ) Bahasa Cina Pendidikan Rendah
Ambilan Jun 2011

BIG Fasa 6,2015

Wong Ling Wei (2011022360072)

LAMPIRAN

Lawatan Bench Marking ke SJK Chung Hua,


Miri

Aktiviti murid-murid dalam kokurikulum

BIG Fasa 6,2015

Wong Ling Wei (2011022360072)

Pencapaian sekolah

You might also like