You are on page 1of 3

ABSTRAK

Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau


bangsa lain - selalunya melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan
menyaksikan wilayah diambil dengan cara ini. Istilah penjajahan dan
imperialisme kadang-kadang digunakan bertukar ganti tetapi sarjana
selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu
negara yang menguasai negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme
lebih kepada istilah umum untuk penguasaan politik atau ekonomi sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Tanah melayu telah diperintah atau
dijajah oleh pelbagai negaradari zaman sebelum kewujudan kerajaan Melaka
lagi. Antara penjajahialah Srivijaya, Portugis, Belanda, British dan Jepun.
Penjajahan oleh kuasa-kuasa asing ke atas Tanah Melayu telah bermula pada
tahun 1511 apabila Portugis menghancurkan keagungan Empayar Melayu
Melaka diikuti Belanda, Inggeris dan Jepun.Dasar kuasa asing telah
mengubah corak kehidupan di Tanah Melayu iaitu kehidupan tradisi
masyarakat Melayu, struktur pentadbiran yang sedia wujud dalam
masyarakat. Perubahan ini berlaku kerana ketamakan serta kerakusan
penjajah yang ingin menguasai hasil dan keuntungan di negara ini. Sebelum
mencapai kemerdekaan, Negara kita telah dijajah oleh pelbagaikuasa dari
luar. Bermacam-macam cara telah dilakukan demi untuk menguasaiNegara
kita pada masa dahulu. Terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa
penjajah barat untuk menjajah tanha melayu.Salah satu faktor yang
menyebabkan Negara kitadijajah adalah kerana kedudukannya yang
strategik. Penjajahan kuasa barat telah menyebabkan berlakunya perubahan
pada konsep kerajaan dan negeri masyarakat melayu tradisional.

PENGENALAN
Semua penjajahandibuat adalah dasar kepentingan sesuatu negara
penjajah. banyak faktor yang telah mempengaruhi sesebuah negara tersebut
untuk menjajah. Antara faktor-faktor menagapa Malaysia dijajah oleh kuasa
asing boleh dilihat dari segi kelemahan pemimpin itu sendiri, kekayaan hasil
bumi, kedudukan tanah melayu yang strategik dari segi geografi, faktor
ekonomi yang lemah, faktor sosial, faktor kepentingan politik, faktor rusuhan
di negeri Melayu, faktor kuasa residen, kegiatan perlanunan, perubahan
dalam kakitangan pejabat tanah jajahan, faktor hubungan British-Siam dan
negeri-negeri melayu serta peranan Lord Kimberly dan Sir Andrew. Apa yang
dapat diringkaskan ialah, faktor penjajahan yang berlaku bukan sahaja
samada dari segi mendapatkan hasil bumi, memperluaskan pengaruh kuasa
dan agama serta ekonomi. Tetapi turut dipersoalkan ialah permasalahan
sesebuah negara itu sendiri dimana berlakunya perebutan kuasa dan
sebagainya dan menarik minat kuasa-kuasa asing untuk campur tangan di
dalam permasalahan yang berlaku sekaligus mengambil kesempatan untuk
mendapatkan hasil pribumi di tanah melayu. Dari segi faktor ekonomi yang
lemah di tanah melayu, apa yang boleh diperkatakan ialah berkait rapat juga
dengan kempimpinan pemimpin yang lemah. Sistem pentadbiran pada
zaman itu adalah kurang efektif dari pelbagai aspek membolehkan pihak luar
campur tangan di dalam menangani sesuatu masalah. Faktor yang paling
utama dapat dikemukakan ialah kekayaan hasil bumi dan kedudukannya
yang strategik dari segi geografi. Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah
serta mempunyai tanah yang subur sesuai dengan pelbagai tanaman. Barat

memerlukan bahan mentah ini dalam Revolusi Perindustrian terutamanya


bijih timah dan getah. Pada kurun ke-15 dan 16, Portugal,Sepanyol dan
Belanda ada tujuan untuk mendapatkan barangan mewah seperti teh dan
rempah Sejak kurun ke 17, berlaku kepesatan sektor perindustrian dalam
kalangan negara-negara Eropah yang membolehkan pengeluaran hasil
perkilangan yang pelbagai secara besar-besaran dan berterusan. Faktor lain
yang berkaitan dengan sosial dan sistem residen serta campur tangan
pegwai inggeris adalah di antara sebab tanah melayu di jajah di mana sistem
residen bermula dari campur tangan British secara rasmi bermula di Perak
dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Ini diikuti
dengan perluasan pengaruh dan pelantikan Residen British di Selangor
(1874), Sungai Ujong (1874), Pahang (1888), dan Negeri Sembilan (1896).
Pada teorinya, setiap Residen mempunyai tugas menasihati Sultan dalam
urusan pentadbiran, memulihkan keamanan, memajukan ekonomi negeri,
dan memperkenalkan sistem pungutan cukai. Namun pada hakikatnya,
terdapat pelbagai kelemahan dan masalah dalam pelaksanaan sistem
Residen. Ini kerana Residen sering melampaui bidang tugasnya. Terdapat
pelbagai implikasi negatif dan positif yang berlaku akibat daripada
penjajahan yang berlaku di tanah melayu.

You might also like