You are on page 1of 5

Syarikat Brunei

Shell Petroleum
Sendirian Berhad

Penyata
PrinsipPrinsip
Urusniaga
Umum

Brunei LNG Sendirian


Berhad

Satu Pengenalan
Brunei Shell Tankers
Sendirian Berhad

Syarikat Pemasaran
Brunei Shell
Sendirian Berhad
Perkataan Syarikat merujuk kepada Syarikat
Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, Brunei LNG Sdn
Bhd, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd
dan Brunei Shell Tankers Sdn Bhd. sebagai
individu, secara berasingan dan entiti yang
mengikut perundangan masing-masing.
Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd
(Oktober 2013)

Penyata Prinsip-Prinsip Urusniaga Umum


Rakan-rakan sekerja sekalian,

Pengenalan

Kita mempunyai lapan prinsip/dasar yang


digunakan di dalam menjalankan semua usaha
urusniaga kita dan menghuraikan tingkah laku
yang di harapkan daripada setiap kakitangan.
Prinsip-prinsip tersebut adalah berasaskan nilainilai utama seperti kejujuran, ketulusan dan
hormat terhadap orang. Ianya juga menandakan
bagaimana kita menggalakkan kepercayaan,
keterbukaan, kerja berpasukan, professionalisma
dan berbangga dengan apa yang kita lakukan.

Dokumen ini menggariskan prinsip/dasar umum


perniagaan yang menentukan tatacara Syarikat
mengendalikan urusannya. Funny
Kita terlibat dalam perniagaan minyak dan gas
serta berkhidmat untuk kepentingan pemegang
saham, para pekerja, pelanggan dan negara.
Perniagaan Syarikat dilaksanakan dengan jujur,
integriti, menghormati insan dan selaras dengan
aspirasi Negara. Syarikat ingin menjadi efisen,
bertanggungjawab dan beroleh keuntungan
sambil memberikan perhatian berat terhadap
keselamatan dan alam sekitar dan memberikan
sumbangan terhadap pembangunan berkekalan.

Versi SGBP yang di sertakan ini adalah sesuatu


yang awda boleh kongsikan dengan rakan-rakan
sekerja kamu, rakan kongsi niaga dan juga yang
berurusan dengan kita. Bacalah dokumen ini
dengan teliti dan kami menyarankan supaya kamu
menggunakan prinsip-prinsip ini didalam semua
pekerjaan awda.
Telah
bertahun-tahun
prinsip-prinsip
ini
merupakan asas yang penting bagi bagaimana
untuk mengendalikan urusniaga kita dan ujud
dengannya adalah sangat mustahak bagi
kejayaan kita yang berterusan.

Salam hormat.

Ken Marnoch
Pengarah Urusan
Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad
Brunei Shell Tankers Sendirian Berhad

Mohammad Awang Damit


Pengarah Urusan
Brunei LNG Sendirian Berhad

Pg Shamhary Pg Dato Hj Mustapha


Pengarah Urusan
Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sendirian
Berhad

Komitmen Syarikat adalah untuk memajukan


kakitangan anak-anak Brunei sehingga mencapai
keupayaan penuh mereka dan menggalakkan
kemajuan perniagaan bumiputera.

Kami percaya bahawa minyak dan gas adalah


bahan yang penting kepada kehendak sumber
tenaga seluruh dunia untuk perkembangan
ekonomi bagi beberapa dekad yang akan datang.
Peranan kita ialah untuk mempastikan yang kita
menghasilkan dan menghantarnya dengan
mendatangkan keuntungan dan dengan cara
mesra alam dan penuh bertanggungjawab.

Kita mengehendaki tahap perlaksanaan yang


tinggi, mengekalkan kedudukan jangka masa
panjang yang kukuh dan dalam suasana bersaing
yang kian berkembang ditempat kita memilih
untuk beroperasi
Kita berhasrat untuk berkerja rapat dengan para
pelanggan, rakan kongsi dan para pembuat polisi
untuk
memperkembangkan
pengunaan
berpanjangan tenaga dan sumber asli dengan
lebih efisen.
Untuk mencapai matlamat ini Syarikat berharap
semua kakitangan menyedari tanggungjawab
mereka dengan mentaati standard profesional
dan etika tertinggi. Bertugas dengan mengikuti
dasar perniagaan kita adalah penting untuk
menjaga kepercayaan dan keyakinan para
pemegang saham, para pelanggan, pembekal
dan
Negara
dan
untuk
membolehkan
pertumbuhan yang berterusan serta kemajuan
Syarikat.
Page 2

Penyata Prinsip-Prinsip Urusniaga Umum


Prinsip Kita

c. Kepada para kakitangan

Para kakitangan Syarikat berkongsi satu


gabungan prinsip utama kejujuran, ketulusan
dan hormat kepada orang. Kita juga percaya
dengan kukuh betapa pentingnya keyakinan,
keterbukaan,
kerja
berpasukan
dan
profesionalisma dan berbangga terhadap apa
yang kita lakukan selaras dengan aspirasi
Negara.

Untuk menghormati hak asasi manusia para


kakitangan kita dan memberikan mereka suasana
kerja yang baik dan selamat, dan persyaratan
kerja yang kompetitif.

Perkembangan Berdayatahan
Selaku sebahagian daripada Prinsip Urusniaga,
kita berjanji untuk menyumbang terhadap
perkembangan berdayatahan. Ini memerlukan
pengimbangan keperluan jangka masa pendek dan
panjang,
mengabungkan
pertimbangan
ekonomi, alam sekitar dan sosial didalam
membuat keputusan perniagaan.

Tanggungjawab
Syarikat
mengenalpasti
lima
bahagian
tanggungjawab. Adalah menjadi tugas berterusan
para pengurus untuk menilai terhadap
keutamaan dan melaksanakan tanggungjawab
tersebut yang tidak dapat di pisahkan daripada
dasar penilaiannya.

a. Kepada pemegang saham


Untuk melindungi pelaburan para pemegang
saham dan memberikan pulangan jangka panjang
yang berterusan stand-ing dengan syarikatsyarikat yang maju di dalam industri yang
sama.
b. Kepada Pelanggan
Untuk mendapatkan dan mempertahankan para
pelanggan
dengan
memajukan
serta
membekalkan produk dan khidmat yang
memberikan nilai dari segi harga, kualiti,
keselamatan dan kesan terhadap alam sekitar
yang mana di sokong oleh keperluan kepakaran
teknologi, alam sekitar dan perniagaan.

Untuk
mengalakkan
perkembangan
dan
pengunaan kebolehan bakat para pekerja dengan
baik; untuk memberikan suasana kerja yang
menyeluruh dimana setiap pekerja mempunyai hak
yang sama untuk mengembangkan bakat dan
kebolehannya dan melatih serta memajukan
kakitangan yang terdiri dari warganegara Brunei
kearah pencapaian yang terbaik dalam operasi,
teknologi dan pengurusan perniagaan.

Untuk
menggalakan
pengelibatan
para
kakitangan di dalam perancangan dan hala tuju
pekerjaan mereka, memberikan mereka jalan
untuk mengemukakan saranan dan keresahan.
Adalah diiktiraf bahawa kejayaan komersial adalah
bergantung kepada komitmen padu semua
kakitangan.
d. Kepada mereka yang berurusniaga dengan
Syarikat
Untuk mewujudkan perhubungan yang mantap
dan bermanfaat dengan para kontraktor, pembekal
dan rakan kongsi dan untuk menggalakan
penerapan dasar Urusniaga Umum ini atau apa
jua dasar yang sebanding di dalam hubungan
tersebut. Kemampuan untuk menyerapkan dasar
ini secara berkesan adalah merupakan satu fakta
yang penting di dalam membuat keputusan untuk
menjalin atau mengkekalkan hubungan tersebut.

e. Kepada masyarakat
Untuk mengendalikan perniagaan sebagai ahli
warga korporat yang bertanggungjawab kepada
masyarakat dengan mematuhi undang-undang
Negara Brunei Darussalam serta menghormati
nilai-nilai kebudayaan, social dan ugama,
menyokong dasar hak asasi manusia sejajar
dengan peraturan perniagaan yang sah dan
untuk memberikan perhatian yang sewajarnya
terhadap kesihatan, keselamatan dan alam
sekitar.

Page 3

Penyata Prinsip-Prinsip Urusniaga Umum


Prinsip 1 Ekonomik
Keuntungan jangka masa yang panjang adalah
mustahak bagi mencapai matlamat perniagaan
dan perkembangan berterusan. Ia adalah
merupakan suatu ukuran bagi kecekapan dan juga
nilai yang di berikan oleh para pelanggan
terhadap produk dan perkhidmatan Syarikat. Ia
membekalkan sumber-sumber korporat yang di
kehendaki bagi pelaburan yang berterusan yang
di perlukan untuk memperkembangkan dan
menghasilkan bekalan sumber tenaga untuk di
masa hadapan yang di perlukan oleh para
pelanggan. Tanpa keuntungan dan latarbelakang
kewangan yang kukuh, kita tidak mungkin akan
dapat memenuhi tanggungjawab kita ini.
Ciri-ciri bagi pelaburan dan pertimbangan untuk
kepelabagaian
termasuk
pertimbangan
perkembangan yang berdaya tahan
(ekonomi, sosial dan alam sekitar) dan juga
penilaian terhadap risiko pelaburan tersebut.

Prinsip 4 Syarikat dan Masyarakat.


a. Syarikat
Syarikat
bergiat
dengan
penuh
bertanggungjawab didalam lingkungan undangundang negara dimana kita beroperasi untuk
mencapai objektif perniagaan yang sah.
Syarikat tidak membuat pembayaran kepada partiparti politik, pertubuhan atau pun wakil mereka.
Syarikat tidak mengambil bahagian dalam parti
politik. Walau bagaimana pun, jika berurusan
dengan kerajaan, Syarikat mempunyai hak dan
tanggungjawab
untuk
mengenengahkan
kedudukan kita dalam apa jua perkara yang
membabitkan kita, kakitangan, para pelangan,
pemegang saham dan masyarakat tempatan
dengan cara yang selaras dengan nilai dan Dasar
Urusniaga kita.

b. Kakitangan

Prinsip 2 Persaingan
Syarikat menyokong perusahaan bebas. Kita
berusaha untuk bersaing dengan jujur dan
penuh ketatasusilaan dan dalam lingkungan
peraturan rangka kerja persaingan yang boleh di
gunakan; kita tidak akan menghalang orang lain
dari bersaing secara bebas dengan kita.

Bilamana pihak individu berhasrat untuk


menglibatkan
diri
dalam
kegiatan
kemasyarakatan, termasuklah pencalonan untuk
pengundian jawatan awam, mereka akan diberi
peluang untuk berbuat yang demikian jika ianya
dianggap wajar dari segi keadaan setempat.

Prinsip 3 Integriti Perniagaan


Syarikat menekankan terhadap ketulusan,
kejujuran dan keadilan didalam semua aspek
perniagaan dan menjangka tindak balas yang
sama dari semua pihak yang berurusan
dengannya. Pemberian pembayaran, meminta
dan menerima rasuah dalam apa jua bentuk
sekali pun sama ada secara langsung atau pun
tidak adalah suatu yang tidak dapat diterima sama
sekali.
Pembayaran
untuk
melicinkan/memudahkan urusan adalah juga
merupakan rasuah dan tidak sepatutnya di
lakukan. Kakitangan seharusnya menghindari
konflik kepentingan diantara kegiatan kewangan
peribadi dengan peranan mereka di dalam
mengendalikan urusniaga Syarikat. Semua
pengurusan perniagaan bagi pihak Syarikat
mestilah ditunjukkan dengan tepat dan jujur di
dalam penyata kira-kira syarikat menurut
prosedur yang telah tersedia dan tertakluk untuk
di audit dan di didedahkan.

Prinsip 5 Kesihatan, Keselamatan, Keamanan


dan
Alamsekitar
Syarikat mempunyai pendekatan pengurusan
yang sistematik terhadap kesihatan, keselamatan,
keamanan dan alam sekitar bagi membolehkan
pencapaian
pembaikan
perkembangan
perlaksanaan yang berterusan.
Hingga setakat ini, Syarikat mengendalikan perkara
ini sebagai aktibiti urusniaga yang kritikal,
menetapkan piawaian dan sasaran untuk
pembaikan, mengukur, menilai dan melaporkan
perlaksanaan ke pihak luar.

Kita
berterusan
mencari
jalan
untuk
mengurangkan kesan operasi, produk dan
perkhidmatan kita keatas alam sekitar.

Page 4

Penyata Prinsip-Prinsip Urusniaga Umum


Prinsip 6 Masyarakat
Sumbangan yang paling penting yang diberikan
oleh Syarikat terhadap kemajuan sosial dan
material negara ialah dalam melaksanakan
kegiatan asas mereka dengan seberkesanmana
yang boleh.
Sebagai tambahan, Syarikat berminat secara
konstraktif dalam hal kemasyarakatan yang
mungkin secara tidak langsung berhubungkait
dengan perniagaannya dan untuk memberikan
sumbangan, membantu dan terlibat sama dalam
hal kemasyarakatan tertakluk kepada program
dan keadaan setempat.

Prinsip 7 Perhubungan dan Penglibatan


Syarikat mengitiraf bahawa perundingan dan
penglibatan yang kerap dengan stakeholder
adalah penting.

Kita komited untuk membuat laporan terhadap


perlaksanaan
kita
dengan
memberikan
keterangan yang lengkap kepada pihak-pihak
yang sah yang menghendakinya, tertakluk kepada
batasan kerahasiaan urusniaga.
Di dalam interaksi kita dengan para pekerja,
rakan urusniaga dan masyarakat tempatan, kita
berhasrat untuk mendengar dan bertindak balas
kepada mereka dengan jujur dan penuh
tanggung jawab.

Prinsip 8 Kompliant
Kita mematuhi dengan semua undang-undang
dan peraturan
Negara Brunei Darussalam.

Ujud dengan Dasar kita


Nilai utama yang sama-sama kita kongsikan
seperti kejujuran, keutuhan dan hormat terhadap
orang, menunjang semua kerja yang kita
laksanakan dan adalah merupakan asas Dasar
Urusniaga kita.
Dasar Urusniaga merangkumi semua transaksi
urusan, besar atau kecil, menggerakkan
tingkahlaku yang di harapkan dari setiap
kakitangan dari setiap Syarikat didalam
pengendalian urusniaganya dalam setiap masa.
Kita di nilai dengan cara bagaimana kita
bertindak. Reputasi kita akan di teguhkan jika
kita bertindak dengan mematuhui peraturan
undang-undang dan Dasar Urusniaga kita. Kita
menggalakan rakan kongsi perniagaan kita ujud
dengan prinsip tersebut atau dengan dasar yang
bersesuaian.
Kita menggalakkan para kakitangan kita untuk
menunjukkan kepimpinan, bertanggung jawab
dan kerja berpasukan, dan menerusi perlakuan
ini, untuk memberi sumbangan terhadap
kejayaan yang menyeluruh kepada Syarikat.
Adalah
menjadi
tanggungjawab
pihak
pengurusan untuk menjadi contoh tauladan,
untuk mempastikan semua kakitangan menyedari
tentang dasar-dasar ini dan berkelakuan mengikuti
semangat dan prinsip-prinsip surat penyataan ini.
Aplikasi dasar-dasar ini dikukuhkan dengan
pengeluaran beberapa set prosedure yang
komprehensif yang mana telah di reka untuk
mempastikan para kakitangan kita memahami
dasar-dasar tersebut dan mengesahkan yang
mereka bertindak selaras dengan nya.
Sebagai sebahagian daripada sistem kepastian,
ianya adalah juga merupakan tanggung jawab
pihak pengurusan untuk memberikan kepada
para kakitangan suatu ruang yang sulit dan
selamat untuk mengutarakan kerisauan dan
melaporkan hal-hal yang tidak memenuhi dasardasar tersebut. Di sebalik itu, adalah menjadi
tanggungjawab kakitangan Syarikat untuk
melaporkan penyelewengan Dasar Urusniaga
yang di kenalpasti kepada Syarikat.
Dasar Urusniaga adalah menjadi tongak
bagaimana kita mengendalikan urusniaga kita
buat sekian lama dan ujud dengan nya adalah
sangat mustahak terhadap kejayaan berterusan
kita.
Page 5

You might also like