You are on page 1of 1

SYAIR BUDAYA MEMBACA (IRAMA SELENDANG DELIMA)

Tersebutlah kisah syair digubah


Menjadi kias setiap madah
Budaya membaca tema disembah
Jadi panduan ilmu bertambah
Semaikan dijiwa budaya membaca
Tanpa mengira usia dan bangsa
Pasti bertambah ilmu di dada
Yang membezakan si bijaksana
Banyak membaca menajamkan minda
Bukan sekadar lulus periksa
Sudah termaktub suruhan agama
Tuntutlah ilmu di mana jua
Dengan membaca masa terisi
Membaca buku setiap hari
Tanpa mengira malam ke pagi
Kelak menjadi insan bestari
Pelbagai jenis buku dibaca
Yang bermanfaat pilihan utama
Jadikan membaca amalan berguna
Pastinya kita tidak kecewa.
Jadikan membaca satu budaya
Cahaya ilmu pembuka minda
Dapat membeza buruk baiknya
Lahirlah insan pekerti mulia
Marilah kita bersama-sama
Membaca buku amal sentiasa
Orang berilmu dipandang mulia
Biar menjadi bangsa berjaya

You might also like