You are on page 1of 3

1. Kenapa Rasulullah melarikan diri (Hijrah)? Adakah beliau takut?

IH
2. Kenapa perkahwinan pertama Rasulullah dengan isteri tua? IH
3. Adakah rasulullah termasuk dalam kumpulan yang dijamin selamat? IH
Para orientalis barat beranggapan hijrah itu adalah suatu pelarian. Sesungguhnya Rasulullah
tidak melarikan diri kerana:a. Konsep hijrah dalam konteks Islam berbeza daripada pemahanan orang barat. Dalam
konteks Islam, hijrah bererti perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah
dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam. Penghijrahan umat Islam dari
Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M.
Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat.Nabi Muhammad
S.A.W berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq, selepas penghijrahan
orang Islam yang lain. Perjalanan baginda dan Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah
memakan masa selama lebih kurang 12 hari.
b. Allah telah turunkan wahyu supaya baginda berhijrah. Maka dalam wahyu ini Allah telah
menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad SAW
dan Allah telah memerintahkan baginda agar segera berhijrah. Perintah ini yang berasas
surah Al-Anfal ayat 30 yang telah mempercepatkan penghijrahan Nabi Muhammad SAW
ke kota Madinah.
Firman Allah : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik
(Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu,
atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya
(mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (Surah al-Anfal ayat
30)
Dengan perlindungan Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya, Abu Bakar
Al-Siddiq telah selamat sampai ke Madinah.
Berkenaan dengan hijrah Allah juga telah berfirman;Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan
jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan
pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman tetapi belum berhijrah, tidak ada kewajiban sedikit pun
atasmu melindungi mereka sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta
pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, kamu wajib memberikan
pertolongan, kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dan mereka.
Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.(Surah Al-Anfal ayat 72)
.

Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah
yang luas dan rizqi yang banyak. Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan maqsud kepada
Allah dan RasulNya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat dituju), maka
sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (Surah An Nisaa ayat 100)
Sesungguhnya, Allah SWT telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW dan seluruh umat
Islam yang masih berada di Makkah supaya meninggalkan tempat itu dan berhijrah ke Madinah.
Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka
dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih sepertimana yang ditegaskan Allah SWT.
menerusi firmannya :
Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka
sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka
menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Makkah). Para
malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?
Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali. (Surah An
Nisaa : ayat 97)

c. Penghijrahan umat Islam dari Makkah ke Madinah adalah atas jemputan orang Arab
Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah Kedua. termeterai Perjanjian
Aqabah Kedua yang dibuat antara Rasulullah S.A.W dengan 37 orang lelaki dan 2 orang
perempuan Madinah. Antara isi kandungan perjanjian tersebut adalah mereka haruslah
menerima Rasulullah SAW sebagai pemimpin dan berjanji mempertahankan Rasulullah.
Mereka juga berjanji untuk berjuang mempertahankan Islam dan membantu Rasulullah
SAW serta umat Islam yang lain ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
d. Ketibaan umat Islam dari Makkah telah disambut dengan meriah dan rela hati oleh orang
Madinah.
e. Umat Islam dari Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin
tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah.
f. Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai pemimpin Madinah
g. Nabi Muhammad SAW diterima oleh keseluruhan masyarakat Madinah termasuk orang
bukan Islam

Ternyata ciri-ciri penghijrahan Nabi Muhammad SAW adalah berbeza daripada penghijrahan
beramai-ramai sesuatu kelompok manusia yang berlaku akibat peperangan dan pergolakan
politik di tanahair mereka. Apabila mereka ini pergi ke sesuatu negara yang lain, mereka
dianggap pelarian. Menurut Muhd Bukhari Lubis (1981) kehadiran pelarian di sesebuah
negara adalah tidak diundang malahan mereka akan dihantar pulang ke negara asal masingmasing.

RUJUKAN
Faizal Ismail, ( 1984 ), Sejarah Dan Kebudayaan Islam Dari Zaman Permulaan Hingga
Zaman Khulafaurasyidin. Yogyakarta: CV Bina Usaha.
Muhd Bukhari Lubis, ( 1981 ), Sekitar Sejarah Dan Tamadun Islam. Bangi, Selangor:
Ustara Sendirian Berhad.
Naeem Siddiqi, ( 1985 ), Muhammad Pembina Umat. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Muhd Yusof Bin Ibrahim, Muhammad
Bukhari Bin Ahmad, Rosnanaini Binti Sulaiman, ( 2006 ), Buku Teks Sejarah Tingkatan 4.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Zulkarnain Yunus, Muhammad Salam Kamil, Xpress PMR. Selangor Darul Ehsan: Sasbadi
Sdn. Bhd.

You might also like