You are on page 1of 2

BERI BANTUAN: Anggota bomba dan polis mengeluarkanmangsa nahas MPV dan trailer di

Kilometer 96.2,Lebuhraya Pantai Timur dekat Lanchang, semalam.TEMERLOH: Sebelas orang


sembilan warga Myanmar dan dua rakyat tempatan, terbunuh apabila sebuah kenderaan
pelbagai guna (MPV) yang sarat dengan 15 penumpang, merempuh sebuah trailer di Kilometer
96.2, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang, awal pagi semalam.
Dalam nahas ketika kabus tebal kira-kira jam 4.30 pagi itu, MPV terbabit terperosok di belakang
trailer yang membawa muatan bijih besi sebelum terseret sejauh kira-kira 200 meter.

Semua mangsa termasuk pemandu MPV itu, Fauzi Omar, 41, dari Kampung Pondok Baru,
Padang Siam, Tanah Merah, Kelantan dan iparnya, Rozilan Mat Zain, 37, dari Pangsapuri
Harmoni, Presint 9, Putrajaya, terbunuh di tempat kejadian, manakala empat lagi lelaki Myanmar
cedera parah.

Bagaimanapun, identiti semua warga Myanmar berumur antara 25 dan 35 tahun itu termasuk tiga
wanita yang terbunuh, belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan ditemui, dipercayai
pendatang tanpa izin.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzilah Mohamed, berkata 13 warga
Myanmar yang duduk berhimpit dalam kenderaan itu, dipercayai diseludup melalui Kelantan
untuk dihantar ke Kuala Lumpur.

"Tiga orang duduk berhimpit di barisan pemandu dan masing-masing empat penumpang di
barisan kerusi kedua dan ketiga, manakala empat lagi penumpang duduk di tempat menyimpan
barang," katanya.Berita Harian difahamkan, empat warga Myanmar yang terselamat itu
dipercayai duduk di tempat menyimpan barang.

REMUK: Keadaan MPV yang terperosok di bawah lori.Ahmad berkata, pemandu MPV
itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya dipercayai mengantuk, sebelum
merempuh trailer berkenaan yang bergerak perlahan, kira-kira dua kilometer dari
Plaza Tol Lanchang.

Seramai 20 anggota polis serta 14 anggota dari Balai Bomba Mentakab dan Karak
dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit
dalam kenderaan itu.Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad
Shah (HOSHAH) manakala empat lelaki Myanmar yang cedera parah di kepala,
dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur petang semalam selepas menerima rawatan
awal di HOSHAH.

Ahmad berkata, pemandu trailer terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan


dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di sini berhubung nahas
berkenaan.Beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada dua warga tempatan
yang terbunuh dalam nahas itu, mempunyai kaitan dengan kegiatan penyeludupan
manusia ke negara ini.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak


Mohamad, berkataini adalah kes pertama membabitkan penggunaan MPV untuk
menyeludup begitu ramai pendatang asing.Sebelum ini, sindiket menggunakan
kereta bagi menyeludup pendatang menerusi jalan darat. Kita akan bekerjasama
dengan polis untuk kesan dalang kegiatan ini, katanya.

You might also like