You are on page 1of 1

Tingkatan 1 - Cerpen 4: Yuran ()

Amin anak tunggal Mak Jah. Dia meminta wang untuk membayar yuran
sekolah dan yuran peperiksaan daripada ibunya . Mak Jah
mendiamkan diri. Ibu Amin ada meminta bantuan kewangan daripada keluarga Pak
Long tetapi mereka juga kesempitan wang.
Cikgu Arsad meminta Amin membayar yurannya. Pengetua sekolah
mengugut akan mengeluarkan Amin daripada senarai calon peperiksaan jikalau
yuran PMR tidak dibayar .
Esoknya , dalam perjalanan ke sekolah , Amin hampir-hampir
dilanggar teksi kerana asyik memikirkan masalah yurannya. Sudah hampir setengah
tahun tetapi yurannya masih belum berbayar . Amin berasa malu
kepada kawan-kawannya. Suatu hari Amin mengambil keputusan untuk ponteng sekolah
. Dia menuju ke pusat membeli-belah.
Amin berdiri di hadapan kedai permainan video. Tiba-tiba dia dilanggar orang.
Seorang wanita menjerit dan keadaan menjadi riuh . Amin mengejar peragut
itu lalu berjaya menangkapnya. Tidak lama kemudian, polis pun datang lalu
membawa mereka ke balai polis.
Amin duduk di sebelah mangsa ragut di balai polis. Apabila wanita itu bertanyakan
sebab Amin tidak ke sekolah , Amin berlari keluar dari situ.
Sesampainya di rumah, Mak Jah tahu Amin ponteng. Dia mengingatkan Amin tentang
pesan arwah ayah Amin supaya belajar bersungguh-sungguh . Mak Jah
menitis air mata kekesalan kerana tindakan Amin yang ponteng sekolah .
Tiba-tiba sebuah kereta datang . Wanita mangsa ragut itu
memulangkan beg sekolah Amin. Wanita itu menceritakan segala-galanya
kepada Mak Jah. Selepas itu, dia menghulurkan sampul surat berisi wang kepada
Amin sebagai hadiah . Wanita itu tahu bahawa Amin memerlukan bantuan .
Amin bertekad untuk meneruskan cita-citanya.
http://cikgulye.blogspot.com/2013/05/tingkatan-1-cerpen-4-yuran.html

You might also like