Tingkatan 1 - Prosa Tradisional 2: Hikayat Marakarma ( )
Betara Angkasa Indera Dewa seorang
raja yang gagah dan berani (). Pada suatu hari , baginda meminta kebenaran untuk turun ke dunia untuk melihat temasya raja-raja . Betara Guru menitah bahawa baginda akan menjadi susah di bumi . Setelah beberapa kali didesak , akhirnya, Lalu Betara Angkasa Indera Dewa dan permaisurinya pun turun ke bumi . Pada suatu hari ,Maharaja Indera Dewa yang menitah negeri Anta Beranta dihadap oleh segala raja-raja , menteri , hulubalang , dan rakyat . Betara Angkasa Indera Dewa dan permaisurinya turut hadir tetapi pakaian mereka compang-camping dan mereka menjadi bahan hinaan . Betara Angkasa Indera Dewa suami isteri digelar Si Miskin. Maharaja Indera Dewa menitahkan supaya Si Miskin dan isterinya diusir jauh-jauh . Si Miskin suami isteri selalu dilontari dengan kayu dan batu sehingga
badan mereka berlumuran darah . Si
Miskin dan isterinya sering menangis kerana kelaparan dan dahaga. Pada suatu hari , Si Miskin menyelongkar timbunan sampah , dia terjumpa sebiji ketupat basi dan sebuku tebu . Setelah tiga bulan lamanya mereka makan daun taruk kayu , ketupat dan tebu , isteri Si Miskin pun hamil tiga bulan . Isteri Si Miskin mengidam hendak makan buah mempelam diraja . Si Miskin pun keluar mencari buah itu. Sampai di kedai orang menjual buah . Orang yang berada di kedai buah memberikannya pelbagai jenis makanan . Pada malam empat belas hari bulan 14 , isteri Si Miskin melahirkan seorang anak laki-laki yang dinamakan Marakarma. Pada suatu hari , semasa menggali tanah untuk membina pondok , Si Miskin terjumpa setempayan besar emas . Si Miskin memberitahu anaknya
bahawa sekiranya anak itu anak dewa
dia meminta supaya diberikan sebuah negeri . Hajat Si Miskin termakbul . Si Miskin memerintah negeri Puspa Sari dan bergelar Maharaja Indera Angkasa. Isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi. Maharaja Indera Angkasa memerintah dengan adil . Setelah lama memerintah , Marakarma pun dewasa . Tuan Puteri Ratna Dewi hamil lagi lalu melahirkan seorang puteri yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. http://cikgulye.blogspot.com/search/label/BM-Komsas