You are on page 1of 5

1

SKRIP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA | NEGERI PAHANG | 2012

SINOPSIS BICARA BERIRAMA


TEMA : GAYA HIDUP SIHAT
Bicara berirama ini bertemakan gaya hidup sihat. Namun demikian, gaya
hidup sihat kurang diutamakan oleh masyarakat kini kerana kesibukan dalam
menjalani kehidupan zaman serba maju ini. Seorang yang sihat akan kelihatan ceria
dan pandai mengawal emosinya.
Cara menjaga kesihatan yang baik ialah amalan pemakan yang seimbang.
Pemakanan seimbang akan membantu meningkatkan kesihatan tubuh dan
mengurangkan obesiti yang menyebabkan risiko mendapat pelbagai penyakit.
Makanan seimbang perlu berpandukan piramid makanan supaya mendapat zat-zat
makanan yang diperlukan oleh badan secukupnya.
Bersenam dan beriadah adalah antara cara menjaga kesihatan. Untuk
meningkatkan tahap kesihatan setiap orang perlu meluangkan masa untuk
bersenam. Dengan bersenam badan akan sihat dan cergas. Namun demikian, ramai
yang kurang mengambil berat tentang aktiviti bersenam dalam kehidupan seharian.
Selain itu, amalan menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian antar gaya
hidup sihat. Kebersihan diri perlu diutamakan selain kebersihan tempat kediaman
dan persekitaran. Menjaga kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab kita
bersama. Amalan bergotong-royong adalah antara amalan yang baik diamalkan
untuk menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal.
Cara hidup sihat juga dapat membantu menjaga kesihatan. Amalan menjauhi
kegiatan tidak bermoral, seperti menjauhi najis dadah, minuman keras, pergaulan
bebas, dan sebagainya menjadikan kehidupan lebih ceria dan bebas daripada
ancaman penyakit. Kehidupan berlandaskan agama dalam kehidupan menjadi
benteng kepada gejala yang tidak sihat. Oleh hal yang demikian, amalan gaya
hidup sihat perlu diamalkan agar kehidupan lebih bermakna.

SKRIP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA | NEGERI PAHANG | 2012

TEMA : GAYA HIDUP SIHAT


(Murid masuk dengan iringan muzik)
Segmen 1
1. (SRP) Dari Melaka ke negeri Pahang, Singgah di Johor beli berangan;(Nyanyian
lagu Joget Pahang)
2. (SRL) (Kumpulan murid mengulang nyanyian di atas)
3. (SR) Kami dagang datanglah bertandang, Apa yang kurang dicaci jangan.
(Nyanyian lagu Joget Pahang ; 2x )
4. (SR) Salam sejahtera, salam perpaduan, salam satu Malaysia
5. (SR) Sebagai pembuka bicara, dengarlah pantun ini.
6. (SP) Duduk memancing di atas titi, Dapat siakap buat hidangan;(Gaya
pengucapan pantun)
7. (SP) Ramai runsing gejala obesiti, mungkin silap cara pemakanan. (Gaya
pengucapan pantun)
8. (SL) Oooo Makanan tak seimbanglah tu!
9. (SL) Pandainya. (Memuji)
10.(SP) Hayati pantun ini pula.
11.(SL) Pagi hari menganyam tikar, Tikar dilipat bawa ke surau; (Gaya pengucapan
pantun)
12.(SL) Zaman beralih musim bertukar, Amalan sihat kurang dihirau. (Gaya
pengucapan pantun)
13.(SR) Itulah fenomena masyarakat kini.
14.(SR) Hadirin sekalian
15.(SR) Sudah terang lagi bersuluh, bicara kami adalah tentang gaya hidup sihat
16.(SR) Marilah kita hayati,
17.(SR) Bicara ini pasti berinformasi.
Segmen 2
18.(SL) Apakah petunjuk gaya hidup sihat?
19.(SL) Cuba cerita! Cuba cerita!
20.(SRP) Tubuh yang sihat, tidak mudah berasa letih.
21.(SRP) Sentiasa cergas dan tidak mudah sakit.
22.(SRP) Ini menunjukkan organ-organ dalam badan berfungsi dengan baik
23.(SL) Apa lagi ya?
24.(SRL) Kesihatan mental juga satu kayu pengukur kepada gaya hidup sihat.
25.(SRL) Jika mental kita sihat, jiwa kita akan tenang, dan kita akan bertindak
dengan matang.
26.(SRP) Pandai menguasai emosi juga merupakan orang yang sihat.
27.(SRP) Jika emosi kita sihat, kita tidak akan naik darah tiba-tiba.
28.(SRP) Kalau naik darah, jantung kita akan terganggu.
29.(SR) Bahaya tu
30.(SR) Jantungku Nyawaku.

SKRIP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA | NEGERI PAHANG | 2012

3
Segman 3

31.(SL) Bagaimana menjaga kesihatan tubuh?


32.(SL) Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu, Jangan makan
sebarang makan; makanan bergizi perlulah tahu.(Gaya pengucapan pantun)
33.(SR) (Suara ramai mengulang pantun di atas)
34.(SRP) Kita perlu mengambil berat terhadap pemakanan.
35.(SRP) Utamakan makanan seimbang dalam menu seharian.
36.(SRP) Amalkan pemakanan berpandukan piramid makanan seimbang.
37.(SRP) Piramid makanan umpama disiplin dalam pemakanan.
38.(SL) Disiplin? Tak fahamlah.(Menggaru-garu kepala)
39.(SRL) Makanan seimbang mengandungi semua zat yang diperlukan oleh badan.
40.(SRL) Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mendapatkan
vitamin.
41.(SRL) Kurangkan lemak dan minyak untuk mengurangkan kolesterol
42.(SRL) Dan cara memasak makanan yang baik ialah
43.(SRP) Kukus, gril, panggang. Kukus, gril, panggang. Kukus!(Gerakan kepala
menoleh ke kanan ke kiri)
44.(SL) Boleh makan makanan segera.
45.(SRP) Walaupun semua makanan nampak enak jangan ikut selera, nanti badan
terseksa. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak makan badan terlebih subur.
46.(SP) Natijahnya?
47.(SL) Opps! Obesiti. Penyakit menanti
48.(SRL) Pil kurus, silih berganti. Silap makan, ICU
49.(SL) ICU? Saya lihat awak? (Dua orang murid melafazkan dialog sambil
berpandangan antara satu sama lain)
50.(SRP) Bukan. Unit rawatan rapi!
51.(SRP) Masuk sekali, hidup tak pasti.
52.(SRL) Jadi
53.(SR) Makanlah makanan seimbang, badan sihat, hati tak bimbang.
Segmen 4
54.(SL) Apa lagi amalan gaya hidup sihat?
55.(SRP) Jalan-jalan dalam taman, badan sihat kalau senaman.
56.(SL) Betul! Betul! Betul!
57.(SL) Kita ni, bila nak bersenam?
58.(SP) Sekarang pun boleh.
59.(SL) PrittPrittPritttt. (Membuat bunyi wisel)
60.(SRP) Satu dua, satu dua, tiga, empat. Lepas lari, lepas lari, kita lompat
(Pengucapan berlagu sambil bersenam 2x)
61.(SRL) Lima enam, lima enam, tujuh lapan. Rajin senam, rajin senam, sihat
badan.(Pengucapan berlagu sambil bersenam 2x)
62.(SL) Pritt Pritt (membuat bunyi wisel)
63.(SL) Baik. Tarik nafas(Semua murid menarik nafas mengikut arahan) Hembus
64.(SL) Huuuhh! (Aksi menghembus nafas seperti keletihan)
65.(SL) Tak bersemangatlah. Sekali lagi.
66.(SL) Tarik nafas (Semua murid menarik nafas mengikut arahan) Hembus
67.(SR) Huhh! (Menghembus nafas dengan bunyi hembusan yang kuat)
68.(SL) Ha, macam itulah!
69.(SRP) Joging, aerobik, barulah keluar peluh.

SKRIP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA | NEGERI PAHANG | 2012

70.(SR) Tetapi fenomena kini


71.(SL) Saya malaslah nak bersenam, nak tengok tv(Suara mengeluh)
72.(SL) Saya tiada masa.
73.(SL) Saya sibuk bekerja.
74.(SL) Saya nak tambah pendapatan.
75.(SRP) Itulah alasan yang selalu kita dengar.
76.(SRP) Kesihatan lebih penting. Luangkanlah kira-kira 10 minit sahaja sehari
untuk bersenam.
77.(SRL) Hasilnya
78.(SR) Badan sihat otak cerdas, hidup bahagia gerak cergas.
79.(SRL) Nilai tambahnya, kerja bertenaga, ekonomi berganda.
Segmen 5
80.(SL) Dan jangan lupa
81.(SR) Amalan menjaga kebersihan penting untuk kesihatan.
82.(SP) Kebersihan diri
83.(SP) Tempat kediaman
84.(SP) Persekitaran juga..
85.(SRL) Bersih jangan tak bersih.
86.(SRP) Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama.
87.(SP) Amalkan gotong-royong
88.(SRP) Biar bersih satu kampung.
89.(SRP) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
90.(SRP) Kudrat sama dikumpul, beban sama dirunding.
91.(SP) Utamakan kebersihan diri
92.(SRP) Wajah ceria nampak berseri.
93.(SL) Jangan biarkan rumah kotor
94.(SRL) Lalat, nyamuk, datang bertelur.
95.Aedes, denggi, perlu dijauhi.
96.(SRP) Jika terkena, merana diri.
97.(SR) Amalkan kebersihan, dalam kehidupan seharian
98.(SRL) Negara bersih, rakyat sihat!
99.(SRO) Penyakit tersisih, jiwa selamat!
Segmen 6
100. (SL) Adat hidup banyak diuji, usah kita turutkan hati, Buat baik berpada-pada,
buat jahat, jangan sekali. (Pengucapan seloka)
101. (SR) (Suara ramai mengulang seloka di atas)
102. (SRL) Marilah kita amalkan gaya hidup sihat.
103. (SP) Seperti
104. (SP) Menjauhi kegiatan tidak bermoral.
105. (SL) Elakkan najis dadah, minuman keras, pergaulan bebas kalau tidak
106. (SRL) Mudah terdedah kepada HIV, AIDS dan
107. (SRL) Penyakit ini sukar diubati, boleh membawa maut.
108. (SR) Uuuu. Takutnya!
109. (SRP) Kalian renungkanlah
110. (SRP) Amalan hidup sihat yang paling penting
111. (SP) Landasan agama harus diikuti,
112. (SRP) Nescaya petaka dapat dijauhi.

SKRIP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA | NEGERI PAHANG | 2012

5
113.
114.
115.
116.
117.
118.

(SL) Betapa hebat dan maju sekalipun,


(SRL) Pegangan agama jangan diabaikan.
(SL) Kesimplannya
(SP) Kesihatan hak milik setiap insan.
(SR) Amalkan gaya hidup sihat,
(SR) Pasti bahagia dunia akhirat.

Segmen 7
(Nyanyian irama lagu Jong Jong Inai)
119.
120.
121.
122.
123.
124.
125.

(SR)
(SR)
(SR)
(SR)
(SR)
(SR)
(SR)

Mari kita menjaga pemakanan,


Mari kita menjaga kebersihan,
Mari kita menjaga kesihatan,
Gaya hidup sihat, jadikanlah amalan.
Sekian sahaja bicara kami, tentu bermakna kalau dihayati.
Sekian sahaja bicara kami, salah dan silap harap dimaaf
Terima kasih, kami mohon diri. (mengulang)

Petunjuk:
SR Suara ramai lelaki dan perempuan
SL Solo lelaki
SP Solo perempuan
SRP Suara ramai perempuan
SRL Suara ramai lelaki
Disediakan oleh:
Raja Nur SHafeza Bt Raja Mohamad

You might also like