You are on page 1of 8

Satu hari nanti,

semua kanak-kanak di Malaysia akan


mempunyai peluang yang sama untuk
mendapatkan pendidikan yang terbaik

www.teachformalaysia.org
$3DUWQHULQWKH*OREDO(GXFDWLRQ1HWZRUN7HDFK)RU$OO

Jangan sekali-kali beranggapan bahawa


adalah mustahil bagi sekumpulan kecil
manusia yang bersemangat dan komited
untuk merubah dunia. Sebenarnya itulah
kenyataan yang sentiasa berlaku.
- Margaret Mead

Apa itu
Teach For Malaysia?

Teach For Malaysia ialah sebuah badan amal yang


menggembleng tenaga belia paling cemerlang negara
dalam misinya untuk mengatasi ketidaksamaan ekuiti
dalam pendidikan.
Fellow Teach For Malaysia akan berkhidmat sebagai guru
selama dua tahun di sekolah berkeperluan tinggi dan
komited untuk mentransformasikan pencapaian kanakkanak yang berlatarbelakang sosio-ekonomi rendah
dengan meningkatkan secara signifikan, pencapaian dan
aspirasi kanak-kanak ini dalam pendidikan.
Dalam jangka masa panjang, Ambassador Teach For
Malaysia akan menjadi pemimpin yang mampu berusaha
gigih dan sepakat dari pelbagai sektor untuk memperluas
peluang pendidikan bagi semua kanak-kanak di Malaysia.
Teach For Malaysia ialah rakan kongsi dalam rangkaian
global Teach For All, yang terdiri daripada organisasi bebas
yang bekerja untuk memperluas peluang pendidikan
melalui penggemblengan tenaga bakal pemimpin masa
depan negara masing-masing.

Fellowship
Fellowship dua tahun Teach For Malaysia mungkin antara
pengalaman yang paling mencabar namun
paling
memuaskan bagi anda. Dalam masa dua tahun ini,
Fellows dijangka menghadapi dan mengatasi pelbagai
cabaran, memberi semangat kepada pelbagai pihak untuk
bekerja keras demi visi bersama, mencipta dan merubah
rancangan agar dapat mara ke hadapan menuju matlamat
dan meraih keyakinan untuk terus berjaya.
Fellowship dua tahun yang intensif ini akan menyediakan
seorang Fellow dengan kemahiran yang diperlukan untuk
menjadi seorang guru dan pemimpin yang transformatif
bagi membolehkan mereka merubah tanggapan bahawa
asal-usul seseorang kanak-kanak itu penentu kejayaan
pendidikan dan masa depannya. Seseorang Fellow
memainkan dua peranan penting sewaktu Fellowshipnya:

Kepimpinan dalam bilik darjah

Fellow dijangka memimpin para pelajar mereka untuk


mencapai kejayaan pembelajaran di luar jangkaan
biasa. Para Fellow mampu memupuk kejayaan sebegini
dengan mengenali para pelajar di dalam dan di luar waktu
pembelajaran; menyediakan rancangan pendidikan yang
memenuhi keperluan setiap pelajar; mengajar dengan
cukup menarik; bekerjasama dengan para guru, para
pentadbir dan ahli komuniti setempat untuk memperoleh
kemahiran dan sumber untuk kelas; dan mentadbir dan
menganalisis keputusan peperiksaan untuk memastikan
para pelajar mencapai matlamat akademik mereka.

Kepimpinan dalam komuniti

Di samping mengajar, Fellow adalah diharap dapat


melaksanakan projek yang bersifat transformasi di sekolah
atau komuniti setempat. Fellow (selepas berbincang
dengan pemimpin dan komuniti sekolah) akan memilih untuk
menangani salah satu cabaran utama yang menghalang
kejayaan pelajar mereka dengan menyelesaikan masalah
tersebut secara kreatif dan inovatif. Untuk keberkesanan
pelaksanaan projek, seorang business coach dari sektor

swasta akan ditugaskan bagi membimbing Fellow tersebut


dalam semua aspek projek termasuk mengkaji masalah
dan membuat perancangan yang sesuai.
Dengan merangka, melaksana dan mengurus sebuah
projek kecil yang lestari dalam sekolah atau komuniti
setempat, seorang Fellow akan dapat membina
keupayaannya dalam memimpin dan mengurus.
Keupayaan ini boleh dibawa bersama ke mana-mana
bidang kerjaya baru yang Fellow ceburi setelah tamat
tempoh Fellowship. Pengalaman yang ditempuh Fellow
melalui projek ini akan memberi pemahaman mendalam
tentang cabaran dan rintangan yang dihadapi pelajar
serta permasalahan yang bersangkut-paut dengan usaha
mencapai keseimbangan ekuiti dalam pendidikan. Malah
adalah diyakini bahawa pengalaman sedemikian akan
memberikan seorang Fellow kelebihan dalam memilih
pendekatan yang sesuai apabila berdepan dengan manamana isu pendidikan yang berkaitan.

Selepas
tamat
Fellowship

Teach For Malaysia percaya bahawa keperluan mewujudkan satu barisan pemimpin masa depan yang mempunyai
kesungguhan adalah amat penting untuk merealisasikan
visi bahawa semua kanak-kanak di Malaysia seharusnya
mempunyai peluang yang sepenuhnya untuk menerima
pendidikan yang terbaik.
Dengan pengalaman Fellowship ini, Ambassador Teach For
Malaysia akan dilengkapkan dengan perspektif sebenar
cabaran pendidikan di negara kita, ilmu yang cukup untuk
mengatasi cabaran-cabaran tersebut, dan yang paling
penting semangat yang kukuh dan kepercayaan bahawa
setiap kanak-kanak di Malaysia mampu berjaya dengan
cemerlang sekiranya diberi peluang yang cukup.
Teach For Malaysia kini giat membina rangkaian hubungan
dan perkongsian dengan organisasi tempatan dan luar
negara yang mempunyai matlamat yang seiring dengan
misi kami untuk membawa perubahan sosial. Dalam
setiap usaha tersebut, kami sentiasa menekankan
bahawa pengalaman dan kemahiran yang diperolehi
para Fellow boleh dibawa ke mana-mana bidang kerjaya
yang lain dan oleh itu amatlah berharga. Kemahiran yang
dimaksudkan antara lain ialah keupayaan berfikir secara
kritikal, kemahiran mengurus serta kematangan diri dan
komitmen yang tinggi. Malah, yang paling berharga ialah
pengalaman Fellow mengharungi pelbagai cabaran dalam
mengecapi matlamat yang tinggi dengan penuh dedikasi,
bersemangat waja, kreativiti dan cukup rendah diri.

Sila memohon
sekarang!
Siapakah yang kami cari?
Teach For Malaysia memerlukan graduan dan profesional
cemerlang yang menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang
unggul serta komited untuk bekerja ke arah menghapuskan
ketidakseimbangan ekuiti dalam pendidikan.
Kami mengalu-alukan pemohonan calon-calon muda
Malaysia daripada pelbagai latarbelakang akademik yang
mempunyai kepercayaan mendalam terhadap misi kami.
Kompetensi utama yang perlu ada dalam diri calon adalah
termasuk yang berikut:
Calon yang mempunyai rekod pencapaian
cemerlang dalam bidang akademik,
profesional dan aktiviti kokurikulum
Mempunyai keyakinan tinggi terhadap misi
dan matlamat Teach For Malaysia serta
bercita-cita tinggi untuk memberi impak ke
atas sektor pendidikan dalam jangka masa
panjang
Keupayaan untuk berhubung, memujuk, dan
memberi semangat kepada orang lain untuk
melerai ketegangan dan fasih berbahasa
Inggeris dan Malaysia
Mahir dalam mengatasi masalah, berfikiran
kritikal dan kreatif
Mahir merancang dan berorganisasi
Tidak mudah berputus asa dan tidak gentar
pada cabaran
Menghargai diversiti dan mempunyai sifat
rendah diri dan hormat-menghormati
Sila layari www.teachformalaysia.org untuk keterangan
lanjut mengenai kriteria pemilihan dan tarikh tutup
permohonan.

Bersama-sama
melibatkan diri!
Bagaimanakah saya boleh membantu?
Sebagai Wakil Kampus Teach For Malaysia
Sekiranya anda seorang pelajar Malaysia di universiti
tempatan atau luar negara dan ingin menimba pengalaman
yang unik dengan membantu kami untuk merekrut pelajar
terbaik Malaysia untuk memajukan pendidikan negara
maka kami ingin berhubung dengan anda!
Sila layari www.teachformalaysia.org untuk keterangan
lanjut berkenaan peranan seorang wakil kampus dan
maklumat lain untuk mengetahui bagaimana anda
boleh melibatkan diri dalam gerakan menghapus jurang
ketidakseimbangan ekuiti dalam pendidikan!
Sebagai Rakan Korporat Teach For Malaysia
Teach For Malaysia kini giat membina rangkaian hubungan
dan perkongsian dengan organisasi tempatan dan luar
negara yang mempunyai matlamat yang seiring dengan
misi kami untuk membawa perubahan sosial. Sekiranya
organisasi anda memahami kepentingan dan desakan misi
kami dan ingin menyokong aspirasi kami, maka kami ingin
berhubung dengan anda! Oleh itu, kami mengalu-alukan
pertanyaan dan permintaan untuk maklumat lanjut dengan
menghubungi kami di getinvolved@teachformalaysia.org.

You might also like