You are on page 1of 7

http://pergerakankreatifkumpulana.blogspot.com/2010/03/jenis-jenis-pergerakanyang-ada-dalam.

html
5.0 Jenis-jenis pergerakan yang ada dalam pergerakan kreatif
5.1 Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh
badan berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor
menyokong perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan dengan gerakan atau
aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat
arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam
gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan
lokomotor juga merupakan dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut
pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat
ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
5.2 Pergerakan bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan
atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik dan ia lebih tertumpu kepada
pergerakan bahagian tubuh badan terutama pada sendi buka-tutup dan pusing putar.
Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian
tubuh badan tanpa beralih tempat. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor
merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.
Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet
semut, berlari setempat, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk
tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.
5.3 Manipulasi Alatan
Manupulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan dengan cara
yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan

angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran
manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada
peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan
koordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.
Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang, melanton bola
sambil berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari,
menggerakkan reben dan memusingkan gelung dengan tangan.
Ketiga-tiga elemen ini dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini kerana di
dalam pergerakan kreatif ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan tersebut untuk melakukan
dan menghasilkan suatu pergerakan yang kreatif. Sebagai contoh, guru melakukan suatu
aktiviti kepada kanak-kanak yang mana aktiviti itu dapat merangsang kanak-kanak
menggunakan keseluruhan tubuh badan mereka untuk bergerak. Antaranya ialah dengan
cara memberi mereka mendengar alunan muzik. Apabila mereka mendengar muzik,
minda mereka akan terangsang dan keghairahan mereka untuk melakukan pergerakan
akan timbul tambahan pula mereka diberi kebebasan oleh guru dalam berkreativiti. Oleh
sebab itu, mereka akan menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut untuk melakukan
pergerakan seperti menari, bertepuk tangan, berlari, berjalan dan lain-lain pergerakan
lagi. Kesemua pergerakan inilah yang dipanggil pergerakan kreatif.

http://www.scribd.com/doc/18418437/PERGERAKAN-ASAS-PENUH

2.0 PENGENALAN
Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanakkanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan
dengan cara yang berkesan. Ia boleh dicapai dengan :1)Mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan
asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa )
2) Melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran
asas dengan betul.
3) Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan
yang dihasilkan.
Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu
Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan
Kemahiran Asas Fizikal.
Kemahiran pergerakan asas
Kemahiran ini dibahagi kepada dua iaitu : Kemahiran Lokomotor dan
Kemahiran Bukan Lokomotor.

Kemahiran lokomotor
Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan
Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu
lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.
Lokomotor beritma sekata
1. Berjalan- pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat
badan dari satu kaki ke kaki yang lain
2. Berlari- kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota
terangkat daripada mencecah bumi

3. Melompat (mendarat dengan dua kaki)- pergerakan yang mengangkat badan ke udara
daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki.
4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)
5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki
berselang-seli)
6. Meloncat- ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap
supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.
7. Melompat Ketingting- Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki
yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah
dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari
dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.
Lokomotor Beritma Tidak Sekata
1. Skip
2. Melongsor
3. Galop
2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor
-Kernahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan
dasar menyokong seseorang.
Membongkok
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti
bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi
engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja.
Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi
bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke
belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul
dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu.
Meregang
Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi
didefinisikan sebagai pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia
difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180'.
Aktiviti- aktiviti untuk membongkok dan meregang

1.Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian kecil


badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar
bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang.
2.Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan
bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.

Mengilas
Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa
menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan
sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh,
badan boleh dikilas pada paksi panjang.
Memusing
Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh
badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.
Aktiviti- aktiviti untuk mengilas dan memusing.
1.Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan,
badan, dan leher.
2.Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan
berlainan sebagal dasar menyokong.
Menolak
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan
objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan
menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul.
Menarik
Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan.
Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.
Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik
1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang
berlainan
2. Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi
3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan
yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki
Hayun
Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik
tengah yang tetap

Berbuai-buai
Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan
Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai
1. Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di dada
2. Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain
3. Hayun dengan bergayut pada palang
4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri
dan ke kanan
5. Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan
menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan
Rebah
Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah . Rebah mungkin
merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah
yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara
keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa
berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya
rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan
sehingga dasar menyokong baru didapati.
Bangkit
Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong
yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.
Aktiviti- aktiviti untuk rebah dan bangkit
1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga
bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh.
2. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam .
3. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling.
4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.
Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas
yang disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pergerakan-pergerakan berikut adalah
kombinasi pergerakan-pergerakan di atas:
1) Merangkak-membongkok + berjalan.
2) Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau lebih langkah berjalan
atau berlari.
3) Mendekam-rebah + membongkok, menolak dan menyokong.
4) Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan.

2.3 Kemahiran Manipulatif


Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk
mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran ini, murid-murid
dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola
besar, gelung rotan, tali, batang rotan, dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz,
dan komposisi.
Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas menyatakan bahawa manipulasi
melibatkan tiga aspek iaitu :1. Memberi tenaga kepada objek.
( melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul )
2. Menguasai objek.
( menangkap dan menyambut )
3. Mengawal objek.
( menggelecek dan memantul bola )

You might also like