You are on page 1of 12

TOKOH

TOKOH
MALAYSIA
AHLI KUMPULAN :

Jenning Teh Jia Ning


Tan Jia Yee
Gi Gi Ng Yueh Chee
Png Rui Qing
Lee Mei Rui

Index
a) Bidang
b) Bidang
c) Bidang
Kim
d) Bidang
Salleh

LAT

Seni : LAT
Politik :Tan Chey Lock
Akedemik :Khoo Kay
Ketenteraan :Mat

Kelahiran

Mohammad Nor Khalid


5 Mac 1951 (63 tahun)
Kota Baru, Perak, Malaysia

Warganegara

Karya terkenal

Malaysia

Kampung Boy (1979)


Scenes of Malaysian Life(1974 )
Keluarga Si Mamat (19681994)

Datuk Mohammad Nor Khalid , atau lebih dikenali sebagai Lat, (lahir 5 Mac 1951) ialah seorang kartunisMalaysia.
Pemenang Hadiah Budaya Asia Fukuoka pada tahun 2002 ini telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun
semenjak berusia 13 tahun. Kebanyakan karya-karyanya menggambarkan suasana sosial dan politik Malaysia
secara lelucon tanpa berat sebelah. Karya Lat yang paling terkenal ialah Kampung Boy (1979) yang diterbitkan
dalam beberapa negara di serata dunia. Pada tahun 1994, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengurniakan
gelaran Datuk kepada Lat sebagai pengiktirafan kepada jasa kartunis ini dalam membantu memupuk harmoni dan
persefahaman sosial menerusi kartun-kartunnya.
Sebagai anak kelahiran kampung, Lat banyak menghabiskan zaman mudanya di luar bandar sebelum berpindah ke
bandar sewaktu berusia 11 tahun. Sewaktu di sekolah, beliau menambah pendapatan keluarganya dengan
menyumbangkan jaluran kartun kepada akhbar dan majalah. Beliau hanya berumur 13 tahun apabila beliau
menjayakan komik terbitan pertamanya, Tiga Sekawan. Setelah gagal mencapai gred-gred yang memuaskan untuk
melanjutkan pelajarannya selepas sekolah menengah, Lat menjadi seorang wartawan akhbar. Pada tahun 1974,
beliau bertukar kerjaya menjadi kartunis editorial. Karya-karyanya yang mencerminkan pandangan dirinya terhadap
hal-ehwal Malaysia dan dunia, sering disiarkan dalam akhbar kebangsaan seperti New Straits Times dan Berita
Minggu. Beliau mengadaptasikan pengalaman hidupnya lalu menerbitkannya dalam bentuk autobiografi,
iaitu Kampung Boy and Town Boy, untuk menceritakan kehidupan di luar bandar dan di bandar dengan menyiratkan
perbandingan antara kedua-dua persekitaran hidup itu.
Gaya kartun Lat disifatkan mencerminkan pengaruh-pengaruh awalnya, majalah komik The Beano danThe
Dandy dari UK. Walau apapun, beliau mampu membuat cara ilustrasi sendiri dengan melukis orang kebanyakan
dengan coretan dakwat yang tebal. Cara beliau melukis watak Melayu dicirikan dengan hidung bergelung tiga. Lat
memberi tumpuan kepada kehidupan rumah tangga dan kanak-kanak disebabkan penyanjungannya terhadap Raja
Hamzah sejak 1960-an. Rejabhad, seorang lagi kartunis tersanjung, merupakan pembimbing Lat yang memenuhi
kartunis muda itu dengan kepekaan terhadap perkara-perkara dalam karyanya. Tumpuan Lat terhadap butir-butiran
menjadi faktor beliau menjadi terkenal kerana karya-karyanya yang menarik semua lapisan masyarakat dengan
cerita-cerita yang boleh dipercayai dan tidak berat sebelah.
Selain menulis dan menerbitkan kartun, Lat turut menceburi bidang animasi, pembarangan, dan taman tema yang
menampilkan karya-karya ciptaannya. Nama dan karya-karyanya turut mendapat pengiktirafan antarabangsa;
kartunis luar negara seperti Matt Groening dan Sergio Aragons mengagumi hasil seninya, manakala ada kerajaan
luar negara yang mengundang Lat untuk melawat negaranya demi meluaskan pendedahan negaranya di mata
dunia menerusi catatan pengalaman Lat di negara-negara sedemikian dalam bentuk kartun. Selepas 27 tahun
berdiam dan bekerja di Kuala Lumpur, Lat berpindah balik ke Ipoh untuk menjalani kehidupan separa bersara yang
lebih tenang.

Selepas Kampung Boy


Pada tahun 1981, Town Boy diterbitkan sebagai kesinambungan cerita Kampung Boy yang menceritakan zaman
remaja watak utamanya dalam latar bandar. Dua lagi himpunan kartun editorial Lat(With a Little Bit of Lat dan Lots
More Lat) diterbitkan, maka makin ramailah orang yang mengenali beliau. Pada tahun 1984, dengan kehendak
untuk berundur dari perhatian ramai antara sebabnya, Lat meletak jawatan dari New Straits Times untuk menjadi
pekerja bebas, tetapi beliau masih melukis Scenes of Malaysia Life untuk akhbar itu. Beliau mendirikan syarikat

sendirinya, Kampung Boy Sendirian Berhad, untuk menyelia pembarangan watak-watak kartunnya dan penerbitan
bukunya. Pada tahun 2009, Kampung Boy menjalin perkongsian dengan Sanrio dan Hit Entertainment untuk projek
taman tema tertutup di Malaysia yang menampilkan watak-watak Kampung Boy, pada akhir tahun 2012.
Lat telah bereksperimen dengan media selain akhbar. Pada tahun 1993, beliau menerbitkan filem animasi pendek
berjudul Mina Smilesuntuk kempen celik huruf Unesco. Langkah beliau yang seterusnya dalam bidang animasi
didorong oleh pandangannya bahawa animasi Barat pada 1980-an dan 1990-an membawa pengaruh negatif, maka
beliau ingin menerbitkan siri animasi yang menyemai nilai-nilai murni tempatan di kalangan anak-anak
Malaysia. Maka lahirnya siri televisyen Kampung Boy yang diadaptasi dari komik mahakaryanya pada tahun 1997.
Siri 26 episod ini menerima pujian kerana keperincian teknik dan isi kandungannya, tetapi juga diulas kerana
keserupaannya dengan The Simpsons, serta versi bahasa Inggeris yang tidak berciri tempatan sepenuhnya. Pada
tahun 2009, Lat kembali ke persada animasi dengan filem animasi muzikal Lat's Window to the World yang
ditayangkan di Dewan Filharmonik Petronas. Khidmat Lat ditempah untuk mereka tiga vignet animasi yang
berdasarkan Kampung Boy untuk mengiringi irama muzik Orkestra Filharmonik Malaysia. Skor muzik gubahan Carl
Davis mengiringi visual Lat untuk menyerlahkan semangat kehidupan anak-anak kampung pada "zaman silam yang
ringkas dan indah".
Pada tahun 1997, selepas 27 tahun menetap di Kuala Lumpur, Lat berpindah balik ke Ipoh bersama keluarganya.
Selain mengurangkan penglibatannya dalam bidang kartun, beliau ingin mendekati kampung halamannya serta
membenarkan anak-anaknya mengalami kehidupan dalam pekan atau desa; beliau berkahwin pada tahun
1977, dan mempunyai empat anak, iaitu dua perempuan dan dua lelaki. Lat mengulas bahawa membesarkan anakanaknya membantunya menangani tekanan sebagai orang terkenal serta menyedarkannya bahawa beliau mungkin
akan menyisihkan generasi baru warga Malaysia yang berlainan citarasanya terhadap kartun. Kerja beliau turut
bantu oleh isterinya yang mengimbas kartun-kartun yang siap lalu mengemelkannya kepada pihak akhbar di Kuala
Lumpur. Lat masih melukis dengan pena dan dakwat serta mengelakkan penggunaan komputer kecuali untuk
membaca e-mel. Pada tahun 201112, beliau berganding bahu dengan seniman-seniman lain dari seluruh dunia
untuk program Civitella Ranieri Fellowship di Itali selama sebulan, apabila mereka digalakkan berkongsi gagasan
dalam suasana yang dirangsang supaya merangsang daya cipta mereka.

Tan Cheng Lock

Born: April 5, 1883, Malacca, Malaysia


Died: December 8, 1960, Malacca City, Malaysia
Spouse: Yeo Yeok Neo
Education: Raffles Institution
Party: Malaysian Chinese Association
Children: Tan Siew Sin
Tun Dato Sri Tan Cheng Lock (Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: Chn Zhnl, 5 April 188313 Disember1960) ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden
pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.
Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan
masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik
dan ekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan
memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalan-persoalan. Seorang peranakan yang, berbeza dengan
pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyatBritish, ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh
beliau di bawah pemerintahan British.

Kehidupan awal
Dilahirkan di Jalan Heeren, Melaka, Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik
beradik. Pada tahun 1899, beliau memperoleh pendidikan Inggerisdi Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya
di Institusi Raffles di Singapura.
Selepas persekolahan, Tan bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum meletakkan jawatannya
untuk menjadi Penolong Pengurus di Ladang Getah Bukit Kajang Berhad, sebuah ladang getah yang dimiliki oleh
saudara sepupunya. Pada tahun 1909, beliau memulakan syarikat sendiri yang mula-mulanya digelarkan Ladang
Getah Melaka Pindah Berhad dan kemudiannya, Ladang Getah Melaka Bersatu Berhad dan akhirnya Ladang Ayer
Molek Berhad.

Pada tahun 1913, Tan berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin Thye, Presiden Persatuan Hokkien
Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Tun Tan Siew Sin (bakal Menteri Kewangan Malaysia) dan
empat orang anak perempuan.

Kerjaya politik
Pada tahun 1912, Tan dilantik oleh kerajaan British sebagai Pesuruhjaya Majlis Melaka serta Jaksa
Pendamai Melaka. Beberapa bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Majlis Bandar untuk bandarbandar dan Pelabuhan Melaka.
Pada tahun 1914, Tan menghidupkan semula pertubuhan Sukarelawan Cina Melaka dan menjadi ahli biasanya
sehingga 1919. Pada tahun berikutnya, iaitu 1915, beliau menghidupkan semula Persatuan Orang Cina PeranakanBritish (SCBA), sebuah persatuan di Melaka yang bertujuan untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan
diNegeri-negeri Selat, dan dipilih sebagai Presidennya. Pada tahun 1923, Tan dipilih sebagai Ahli Tak Rasmi Majlis
Perundangan Negeri-negeri Selat, satu "jawatan" yang beliau menyandang sehingga 1934.
Ketika Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942, Tan melarikan diri ke India [1] dan tinggal di sana
sehingga 1946. Semasa di sana, Tan melahirkan gagasan untuk mencipta sebuah parti politik Cina di Tanah
Melayu. Beliau kemudian memulakan Persatuan Cina Perantauan India (OCAI) yang mengirimkan memorandum
kepada Pejabat Penjajah untuk memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang bukan dilahirkan di Tanah
Melayu. Persoalan ini kemudian dimasukkan oleh pihak British sebagai salah satu prinsip dalam
penubuhan Malayan Union.
Malayan Union dibentuk secara rasmi pada 1 April 1946. Penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan
Union menyebabkan Tan dan Parti Komunis Malaya (CPM) bekerjasama dengan Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) untuk menentang UMNO di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar. Bersama-sama dengan rakanrakannya, Tan menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) dan bekerjasama dengan Pusat
Tindakan Rakyat (PUTERA) di bawah pimpinan PKMM.
Disebabkan penentangan oleh orang-orang Melayu, pihak British membubarkan Malayan Union dan
membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Dasar ini dibantah oleh komuniti-komuniti perniagaan.
Parti Komunis Malaya memulakan pemberontakan bersenjata dan memaksakan kerajaan Tanah Melayu
mengisytiharkan Keadaan Darurat. Semua pemimpin parti politik sayap kiri ditangkap. Oleh sebab Tan bukan
dianggap sebagai seorang sayap kiri, beliau terselamat.

Penubuhan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) [sunting | sunting sumber]


Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew
Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang
pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:

menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu;

melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;

bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan

bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik
hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin
bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan
Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa.
Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang
dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.
Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan
Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahliahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee
untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato' Onn
terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong
UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah
perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan
melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses
kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada
tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu
dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan
kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulisPerlembagaan Persekutuan.

Khoo Kay Kim

Born: March 28, 1937 (age 77), Kampar, Malaysia


Education: University of Malaya
Children: Mavin Khoo
Books: 100 Years the University of Malaya, More

Professor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim (Lahir: Mac 28 1937) ialah seorang ahli sejarahwan
terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. Beliau dilahirkan
di Kampar, Perak, Malaysia.
Beliau berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Sarjana kedoktoran
(PhD) berdasarkan thesis beliau yang bertajuk The beginnings of political extremism in Malaya 1915-1935 (1973)
yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning, yang kemudiannya bertugas sebagai seorang professor sejarah
di Raffles College, Singapura. Tregonning juga adalah bekas pelajar Universiti Malaya.
Khoo Kay Kim merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara

Hasil penulisan
1. Songket : seni tenunan warisan tradisi. Koleksi keemasan 1 : Alf Promotions, 2007
2. Batik, a legacy of Datin Seri Endon Mahmood = Batik, warisan budaya bagi mengenang Datin Seri Endon
Mahmood : Alf Promotions, 2007/2008

3. Songket : seni tenunan warisan tradisi : Alf Promotions, 2007.


4. Malays/Muslims in Singapore : selected readings in history, 1819-1965 / edited by Khoo Kay Khim, Elinah
Abdullah, Wan Meng Hao : Pelanduk Publications (M), 2006.
5. 100 Years the University of Malaya : Universiti Malaya Publication, 2005.
6. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail : the installation of
His Majesty and Malaysia ; bersama Tan Joo Lan , Tan Teong Jin : Usahasama Seri Cemerlang, [2002]
7. Jendela masa : kumpulan esei sempena persaraan Dato' Khoo Kay Kim/ ketua editor Mohammad Redzuan
Othman, editor Muhammad Yusoff Hashim, Leong Sau Heng, Zulkarnain Abdul Rahman : Univeristi
Malaya, 2001.
8. Kuala Lumpur : the formative years : Berita Publishing , 1996.
9. The Chersonese with the gilding off / Emily Innes ; with an introduction by Khoo Kay Kim : Oxford University
Press, 1993.
10.A History of Johore, 1365-1941 / by R.O. Winstedt etc; Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society by
Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd., 1992.
11. His Majesty Sultan Azlan Shah / Khoo Kay Kim ; photographs by royal photographer, Shahrel Yusof :
Pelanduk Pub., c1991.
12.Malay Society : tranformation & democratisation, a stimulating and discerning study on the evolution of
Malay society : Pelanduk Publications, 1991.
13.Persejarahan Melayu Nusantara : kajian mengenai sumber, penghayatan, masalah dan tafsiran naskhahnaskhah terpilih sejarah Melayu / Muhammad Yusoff Hashim ; perunding Khoo Kay Kim. : Teks Publishing,
1988.
14.Negeri-negeri Melayu Pantai Barat, 1850-1873 : kesan perkembangan dagang terhadap politik Melayu :
Penerbit Fajar Bakti, 1984.
15.Diskusi Sejarah : Perunding:Prof. Khoo Kay Kim ,Yusoff Iskandar : Teks Publishing , 1984
16.Darurat 1948-1960 / disunting oleh : Prof. Khoo Kay Kim & Adnan Hj. Nawang : Muzium Angkatan Tentera ,
1984.
17.Esei-esei sejarah Malaysia. : Persatuan Sejarah Malaysia, 1982.
18.Melaka : dahulu dan sekarang. : Persatuan Muzium Malaysia, 1982.

19.Esei-esei sejarah Malaysia II.: Persatuan Sejarah Malaysia, 1982.


20.Sabah : history and society / compiled by Khoo Kay Kim : Malaysian Historical Society, 1981.
21.Pendidikan di Malaysia : dahulu dan sekarang. : Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.
22.Sastera dan sasterawan. : Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.
23.Islam Di Malaysia/ disusun oleh Prof. Khoo Kay Kim, Mohd. Fadzil Othman dan Abdullah Zakaria Ghazali;
diselenggarakan oleh Jazamuddin Baharuddin. : Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.
24.The History of South-East, South, and East Asia : essays and documents / edited by Khoo Kay Kim. : Oxford
University Press, 1977.
25.Masalah sosial dan politik di Malaysia. : Gateway Publishing House Sdn. Bhd.,
26.Sastera dan sasterawan II.
27.Esei-esei sejarah Malaysia II: peraduan mengarang esei
28.The Western Malay States 1850-1873:the effects of commercial development on Malay politics

Mat Salleh

Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal
dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan
daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku ajau dan ulu. Ibunya
daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat
Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluargaKesultanan Sulu dan berkampung
di Pengalaban, Paitan.

Perjuangan
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo
dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas
pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta

memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.


Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang
pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan
pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam
tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar
Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di
Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh
di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu
serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau
jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari
luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang
orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan
menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya
mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang
bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis
perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah
ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa
pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang
Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat
tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat
tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau
berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang

kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan
bukan secara menyeluruh.

You might also like