You are on page 1of 2

Kawan Baik Saya

Contoh Karangan 1
Setiap orang mempunyai kawan baik. Begitu juga dengan saya.
Kawan baik saya bernama Park Wei Kang.
Wei Kang berumur 10 tahun. Wei Kang sekeluarga tinggal di Taman
Kota, Yong Peng. Dia mempunyai dua orang adik. Dia merupakan anak
sulung dalam keluarganya.
Bapa Wei Kang bekerja sebagai seorang doktor. Setiap hari, bapa
Wei Kang memandu kereta ke hospital untuk bekerja. Ibu Wei Kang pula
seorang suri rumah tangga. Dia sibuk membuat kerja rumah.
Pada waktu rehat, saya dan Wei Kang bersama-sama pergi ke
kantin untuk menikmati makanan. Kami juga suka meminjam buku cerita
dari perpustakaan.
Pada masa lapang, Wei Kang suka membaca buku cerita dan
bermain badminton. Kami selalu bermain badminton di gelanggang
badminton yang berhampiran dengan rumah saya. Wei Kang bercita-cita
untuk menjadi seorang guru. Dia juga belajar dengan bersungguhsungguh untuk mencapai cita-citanya.
Saya berasa gembira kerana mempunyai seorang kawan baik
seperti Wei Kang. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selamalamanya.

Contoh Karangan 2
Saya mempunyai seorang rakan karib. Rakan karib saya bernama
Aminah. Umurnya 12 tahun iaitu sebaya dengan umur saya. Kami selalu
bersama-sama di sekolah mahupun di rumah.
Kami akan menunggang basikal ke sekolah pada setiap hari. Kami juga
belajar di dalam kelas yang sama. Aminah merupakan murid yang bijak
dalam mata pelajaran Matematik dan selalu dipuji oleh guru kerana cekap
mengira. Jika ada tugasan Matematik, dia pasti akan membantu saya dan
rakan-rakan yang lain.
Aminah merupakan seorang rakan yang tidak kedekut ilmu. Dia selalu
berkongsi ilmu dengan saya dan rakan-rakan. Pada waktu rehat, kami
sering mengunjungi perpustakaan untuk membaca buku. Jika ada
kemusykilan, dia pasti akan membantu kami.
Selain itu, Aminah aktif dalam bidang sukan. Dia telah mewakili sekolah
dalam permainan bola jaring sehingga ke peringkat negeri. Dia juga
merupakan olahragawati daerah Johor Bahru bagi tahun 2012.Dia amat
bijak membahagikan waktunya setiap hari.
Pada waktu senggang pula, Aminah gemar melukis. Pelbagai lukisan
dapat dilihat di dalam bilik tidurnya. Dia juga sering menyertai
pertandingan melukis di sekolah mahupun di luar sekolah. Jika ada masa
terluang, saya akan menemaninya melukis sambil berborak-borak.
Hubungan kami bagai isi dengan kuku.

Saya berasa sangat bertuah dapat berkawan dengan Aminah kerana


banyak ilmu pengetahuan yang saya peroleh daripadanya. Semoga
persahabatan kami kekal selama-lamanya.
Permulaan karangan
sediakan peta minda yang mudah difahami murid
bincangkan dengan murid sehingga murid benar-benar faham
bincang dan bina karangan secara ansur maju
ayat mudah (peringkat mula) ok aje
isi 1
nama kawan
Iman
umur 10 thn
darjah 4
isi 2
rajin belajar
baca buku
ulangkaji pelajaran
siapkan kerja rumah
isi 3
pintar
lulus cemerlang
nombor 1
nak masuk universiti
isi 4
hobi
bermain bola sepak
wakil sekolah
bermain bola - sihat - minda cerdas
bina ayat dan nomborkan dulu... (ayat mudah dulu)
1. Nama kawan karib saya Iman.
2. Umurnya 10 tahun.
3. Dia murid tahun 4.
4. Iman rajin belajar.
5. Dia suka membaca buku dan mengulangkaji pelajaran.
6. Setiap kerja sekolah yang diberikan, Iman akan menyiapkannya.
7. Iman seorang murid yang pintar.
8. Dia sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelasnya.
9. Dia bercita-cita hendak masuk universiti.
10.Hobi Iman bermain bola sepak.
11.Iman seorang pemain bola sepak sekolah.
12.Iman berkata bahawa bermain bola akan menjadikan badan kita
sihat dan minda kita cerdas.

You might also like