You are on page 1of 10

PERSEDIAAN FIZIKAL

UNIT 2

PRINSIP LATIHAN FIZIKAL


Definisi
 Merupakan prinsip asas bagi program latihan untuk
seseorang atlet.
 Prinsip latihan ini adalah sebagai garis panduan untuk
atlet menjalani latihan secara berkesan bagi mencapai
objektif yang disasarkan.
 Terdapat lima jenis prinsip latihan:
– Prinsip beban lebih
– Prinsip perbezaan individu
– Prinsip kekhususan
– Prinsip kebolehbalikkan
– Prinsip kepelbagaian latihan
Prinsip Beban Lebih

 Merupakan prinsip yang menekankan kepada bebanan


kerja yang dilakukan semasa latihan.
 Beban kerja yang dilakukan hendaklah ditambah secara
beransur-ansur mengikut kebolehan dan kemampuan
atlet.
 Beban kerja mestilah melebihi daripada kadar berat
yang biasa digunakan dalam latihan.
 Jika atlet menggunakan pengulangan aktiviti bebanan
yang sama sepanjang latihan, atlet hanya akan
menunjukkan peningkatan pada saat akhir latihan.
 Sekiranya, atlet menggunakan beban yang sama
sepanjang latihan, prestasinya akan menurun semasa
pertandingan.
 Tetapi, jika beban kerja yang terlampau dalam jangka
masa yang lama, atlet akan menjadi lesu, cedera dan
burnout (bosan).
Prinsip Perbezaan Individu

 Setiap individu mempunyai kadar prestasi


yang berbeza bagi sesuatu latihan yang
dijalankan.
 Perbezaan ini adalah berdasarkan:
– Kebolehan
– Potensi
– Keupayaan fizikal
– Tahap kecergasan fizikal
– Pengkhususan sukan/ jenis sukan
 Latihan mestilah dibentuk/direka mengikut ciri-ciri
fisiologi dan psikologi atlet.
 Faktor yang paling utama perlu diambil kira ialah:
– Umur
– Jantina
 Satu ujian akan dijalankan ke atas atlet bagi
menentukan tahap perkembangan prestasi mereka.
 Setiap kemampuan atlet adalah bergantung keada
faktor:
– Umur biologi (diukur mengikut kapasiti)-m/s:131 dan
umur kronologi (diukur mengikut kalendar tahunan)
– Pengalaman dalam bidang sukan
– Kapasiti individu dalam latihan dan pencapaian
– Status latihan dan kesihatan
– Beban latihan dan kadar pemulihan
– Jenis tubuh badan dan sistem saraf
Prinsip Kekhususan
 Prinsip ini menyediakan latihan spesifik kepada jenis
sukan serta sesuai dengan tahap anatomi dan
psikologi atlet.
 Sekiranya atlet mempunyai daya tahan
kardiovaskular yang lemah, jurulatih perlu
memberikan latihan khusus untuk meningkatkan daya
tahan kardiovaskulat atlet tersebut.
 Contoh: lompat tinggi, hanya 40% latihan ditekankan
untuk teknik lompatan, manakala 60% adalah latihan
bagi kekuatan otot kaki.
Prinsip Kekhususan

 Dikenali sebagai “kembali kepada keadaan asal”.


 Atlet yang tidak menjalani latihan secara berterusan
atau berhenti menjalani latihan akan mengalami
penurunan prestasi fizikal.
 Contoh: atlet angkat berat akan mengalami penurunan
otot jika berehat terlalu lama daripada latihan.
 Atlet tidak boleh berehat melebihi daripada tiga hari.
Prinsip Kepelbagaian Latihan

 Prinsip latihan ini adalah bertujuan untuk mengatasi


masalah kebosanan di kalangan atlet.
 Atlet akan merasa bosan jika latihan yang sama
dijalankan berulang kali.
 Aktiviti latihan boleh dipelbagaikan tetapi mestilah
mencapai matlamat yang sama.
 Contoh:
– Atlet renang boleh mengubah kaedah latihan dengan acara
berbasikal untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

You might also like