You are on page 1of 6

2.

Menerangkan apa itu komputer dan komponen asasnya

SECARA ASASNYA kita mengetahui bahawa komputer dibahagikan kepada dua elemen utama
yang saling bergantung antara satu sama lain iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software).Seperti
yang dijelaskan minggu lepas, perkakasan merupakan peralatan fizikal (yang boleh dipegang dan lihat)
komputer yang mempunyai bahagian luaran dan dalaman.Sudah tentu perkakasan luaran yang boleh
dilihat di bahagian hadapan komputer seperti papan kekunci, monitor, tetikus, pemacu cakera liut (disket),
pemacu CD dan kotak (casing) komputer merupakan perkakasan yang diketahui kebanyakan pengguna
komputer.Jika kita menjelajah ke dalam komputer pula, lebih banyak perkakasan yang akan dapat dilihat
dan sebenarnya menjadi nadi utama kepada operasi sesebuah komputer.Secara asasnya, komponen
perkakasan komputer (di bahagian dalam) akan mempunyai papan induk (mother board), cip
mikropemproses (microprocessor) dan bekalan tenaga (power supply).
Cakera keras, cakera liut, CD dan terkini DVD (pemacu video digital) membolehkan data-data yang
dimasukkan ke dalam komputer dapat disimpan dan dibaca semula. Peranti yang membenarkan datadata tersebut dibaca semula dikenali sebagai pemacu cakera (disk drive).Papan induk ini (yang menjadi
nadi komputer) akan disambungkan kepada cakera keras (hard disc), pemacu cakera padat (CD),
pemacu cakera liut (drive A) dan sebagainya.$ Mikropemproses iaitu peranti berbentuk cip ini merupakan
komponen utama kepada operasi sesebuah komputer. Kelajuan sesebuah komputer beroperasi
bergantung kepada kelajuan cip mikropemproses ini yang juga dikenali sebagai CPU (unit pemproses
sepusat).
Secara mudahnya CPU menjalankan peranan seperti sebuah mesin kalkulator berkuasa iaitu
menjalankan pengiraan bagi data-data masuk dan keluar (input dan output) dan juga membuat
keputusan.
$Storan - komputer juga mempunyai ingatan supaya boleh mengingati kembali segala tugas yang telah
dilakukan. Alat untuk menyimpan data dipanggil storan. Kebiasaannya pengguna PC menyimpan data di
dalam dalam cakera keras (HD), cakera liut, cakera padat (CD) dan juga pemacu Zip.Storan juga dibuat
dalam bentuk memori atau ingatan pada RAM, Cache Memory dan ROM yang berfungsi sebagai storan
sementara untuk mempercepatkan penggunaan program komputer.$ CD-ROM (cakera padat-memori
baca sahaja) ialah sejenis cakera padat yang dibuat untuk dimainkan di dalam komputer. Baca sahaja
atau Read Only bermaksud data-data hanya dapat dibaca sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tujuan
simpanan/rakaman data.Kini terdapat CD-R (CD boleh rakam) dan CD-RW (boleh dirakam berkali-kali)
yang membolehkan kita menyimpan lebih banyak data ke dalam CD jenis ini berbanding cakera liut.
Bagaimanapun anda memerlukan perakam khusus untuk tujuan menyimpan data di dalam CD jenis ini.
Seperti yang dinyatakan minggu lepas, perisian pula merupakan program yang direkabentuk untuk
memudahkan pengguna berhubung dengan komputer melalui program-program yang dibangunkan oleh
para jurutera perisian dan pengaturcara (programmer).Antara cip mikropemproses terkenal ialah Pentium
dan Celeron keluaran Intel Corporatian dan AMD Athlon keluaran Advance Micro Devices Inc.
Sudah tentu keberkesanan sesebuah komputer bergantung kepada perisian sistem operasi
(seperti MS-DOS, Windows, UNIX dan Linux) yang merupakan program komputer paling utama
diperlukan.Perisian sistem operasi (OS) yang merupakan otak kepada komputer berkuasa penuh untuk
memastikan operasi semua perkakasan dan juga perisian-perisian aplikasi yang lain.Perisian aplikasi
iaitu program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja khusus seperti
perisian anti-virus (seperti Norton, Trend dan sebagainya), perisian produktiviti (seperti Microsoft Word,
Powerpoint, perisian grafik (Adobe Photoshop), permainan, e-mel dan sebagainya.

Bagi adik-adik yang berminat untuk membangunkan perisian atau program kita sendiri, kemahiran
matematik dan kreativiti diperlukan kerana ia merupakan antara elemen utama untuk menjadi
pengaturcara terkenal.Pengaturcara akan mempelajari pelbagai bahasa pengaturcaraan seperti Cobol,
C++, Java, Visual Basic, HTML dan sebagainya bagi menghasilkan pelbagai program mengikut kehendak
pengguna

3. Sejarah ringkas computer

4. Jenis computer dan bagaimana data disimpan

You might also like