You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG


PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2015
TARIKH : 24 MAC 2015
TEMPAT : STADIUM MIRI
BIL.

CUE

ANN

1.
Ketibaan VIP
Izzah
2. Kata Alu-aluan
Nazri

Mengumumkan ketibaan Encik Hud Bin Sulug, Penolong


Penyelia Unit Sukan PPD Subis, sambil diiringi oleh Encik
Andara Bin Salleh, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Subis
dan Puan Anita Bt. Othman, Pengerusi MGB Zon Niah
Assalamualaikum w.b.t, selamat petang dan Salam 1 Malaysia.
Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung Tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua.
Yang Berbahagia
Encik Hud Bin Sulung,
Penolong Penyelia Unit Sukan PPD Subis.
Yang Dihormati
Encik Andara Bin Salleh,
Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Subis.
Yang Berusaha
Puan Anita Binti Othman,
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan dan
Padang Daerah Subis bagi Tahun 2015.

Guru Besar-Guru Besar Daerah Subis,


Penolong Kanan-Penolong Kanan,
Pengurus-Pengurus dan Jurulatih-Jurulatih Kontinjen bagi
setiap zon,
Para Atlet
Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Seelamat datang ke Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat
Bahagian Miri 2015.
3.

Menyatakan kesyukuran
Izzah

Ingin rasa memakan kari


Kari cendawan batang keladi
Girang rasa tidak terperi
Bertemu tuan yang baik budi
1

CATATAN
Cue untuk
muzik iringan
VIP ke pentas

Bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan


kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis
Perasmian Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang
Peringkat Bahagian Miri 2015.
4.

Nyanyian Lagu Patriotik


Nazri

Untuk memulakan majlis, marilah kita sama-sama berdiri bagi


menyanyikan dan menghormati Lagu Negaraku. Para hadirin
diminta bersedia.
(pause)
Hadirin dijemput duduk.

5.

Hadirin Sekalian,
Bacaan Doa
Izzah

Buluh di asah jalinan disemat,


Gubahan diolah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Ustaz Mohd
Safri bin Mohd Amin untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
(Pause)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Safri di atas bacaan doa sebentar tadi.

6.
Ucapan Alu-aluan
Nazri

Emas tempawan buatmu puteri


Busana indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Puan Anita Bt Othman, Pengerusi
MGB Zon Niah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan Balapan dan Padang Daerah Subis 2015 untuk
memberikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Cue untuk
muzik lagu
Negaraku dan
Ibu Pertiwiku.

(Pause)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Anita Bt
Othman atas ucapan sebentar tadi.
7.
Ucapan Perasmian
Penutupan
Izzah

Daun Semulur di pekan Sari


Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami.
Bagi menyempurnakan lagi majlis, dengan penuh hormat dan
takzim, majlis mempersilakan Encik Hud Bin Sulung,
Penolong Penyelia Unit Sukan PPD Subis untuk memberikan
ucapan sekaligus merasmikan Majlis Perasmian Penutupan
Kejohanan Balapan dan Padang Daerah Subis bagi tahun 2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Pause)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik
Hud Bin Sulung atas ucapan perasmian sebentar tadi.

8.
Penyampaian Hadiah dan
Piala Kejohanan
Nazri

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah dan


piala kejohanan. Untuk menyempurnakan majlis, majlis
dengan sukacitanya menjemput
______________________________________ untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Izzah
(Pause)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
__________________ atas kesudian menyempurnakan majis
sebentar tadi.
9.

Upacara Menurunkan
Bendera Kejohanan

Majlis diteruskan lagi dengan Upacara Menurunkan Bendera


Kejohanan yang akan disempurnakan oleh Pasukan Pengakap
dari SK Batu Niah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Izzah
10.

Penyerahan Bendera
Kejohanan
Nazri

Majlis kita diteruskan lagi dengan Upacara Penyerahan


Bendera Kejohanan kepada zon pengelola tahun hadapan.
Majlis dengan ini menjemput Puan Anita Bt Othman selaku
Pengerusi MGB Zon Niah untuk menyerahkan bendera
kejohanan kepada Puan Mary Kunji, Pengerusi MGB Zon
Ladang selaku zon pengelola untuk Kejohanan Balapan dan
Padang bagi tahun 2016.
(Pause)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Anita Bt
3

* umumkan
pingat yang
diperolehi, mata
yang dikumpul
oleh setiap
kontinjen.

Othman dan Puan Mary Kunji di atas kesudian


menyempurnakan majlis sebentar tadi.

11.

Penyampaian
Cenderamata
Izzah

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian


cenderamata. Majlis dengan sukacitanya menjemput Puan
Anita Bt Othman, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan Balapan dan Padang 2015 untuk menyampaikan
cenderamata kepada Encik Hud Bin Sulung, Penolong
Penyelia Unit Sukan PPD Subis di atas kesudian merasmikan
Majlis Perasmian Penutupan pada tahun ini. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
(Pause)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Anita Bt
Othman di atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar
tadi.

12.

Pengumuman Nama
Atlet
Nazri

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Encik Juti Ak


Ujak untuk mengumumkan nama-nama atlet yang akan
mewakili daerah Subis ke Kejohanan Balapan dan Padang
Bahagian Miri 2015. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
( Pause )
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Juti Ak
Ujak atas pengumuman sebentar tadi.

13.

Nyanyian Lagu Ibu


Pertiwiku
Izzah

14.

Perbarisan Keluar
Kontinjen dan Bersurai
Nazri

Bagi mengakhiri majlis perasmian penutupan kita pada petang


ini, marilah sama-sama kita berdiri tegak untuk menyanyikan
dan menghormati lagu kebesaran negeri Sarawak, Ibu
Pertiwiku, dengan penuh semangat. Hadirin diminta berdiri
dan bersedia.

Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka tamatlah sudah


Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang
Daerah Subis bagi Tahun 2015. Kami selaku Wakil
Jawatankuasa Pengelola ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan majlis kita pada hari ini. Semoga kita berjumpa
lagi di kejohanan pada tahun hadapan.

15.

Pengumuman
Izzah

Mengumumkan Encik Hud Bin Sulung diiringi oleh Encik


Andara Bin Salleh dan Puan Anita Bt Othman untuk
meninggalkan majlis.
Mengumumkan perbarisan keluar kontinjen dari kontinjenkontinjen setiap zon yang bertanding.

You might also like