You are on page 1of 5

Lampiran 2

Jenis-jenis Boneka :
Terdapat beberapa jenis boneka seperti berikut.
1. Boneka Sarung Tangan / Jari.
Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa
menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari
dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan
anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya:
ulat, serangga dll.

Contoh gambar boneka sarung tangan/jari.


2. Boneka Lidi
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian
lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota
tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka
dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini
juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

Lampiran 2
3. BONEKA WAYANG KULIT
Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halusdiletakkan
pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan
boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu
dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lidi
digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya
dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit.

Contoh boneka wayang kulit.


4. Boneka Tongkat
Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh
dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan untuk
menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh
rama-rama dan bunga.

Contoh boneka tongkat.

Lampiran 2

5. Boneka Bertali
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache
plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagianbahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditariktarik untuk membuat angota angooota badan itu bergerak. Contohnya robot dan
orang.

Contoh boneka bertali.


6. Boneka Beg Kertas.
Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg
kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas.
Contoh: beruang dan rambutan.

Contoh boneka beg kertas

Lampiran 2

7. Boneka pinggan kertas.


Boneka ini diperbuat daripa pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai
mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.

Contoh boneka pinggan kertas.

8. Boneka penuh.
Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan
sebaginya seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya.

Contoh boneka penuh.

9. Boneka tangan.
Boneka ini seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita hendaklah
memasukkan tangan kedalam boneka. Contoh boneka tangan adalah itik, ayam
dan kucing.
4

Lampiran 2

Contoh boneka tangan.

You might also like