You are on page 1of 3

Bawang Putih Bawang Merah

Ibu Bawang Merah sudah lama meninggal dunia. Ayahnya berkahwin lain dan dia
mendapat seorang adik tiri. Namanya Bawang Putih.
Pada mulanya iu tirinya sayang kepada Bawang Merah. Apabila Bawang Putih lahir,
ibu tirinya mula membencinya. Ibu tirinya hanya sayang kepada Bawang Putih, Bawang
Putih dapat makan sedap, tidur atas tilam empuk dan pakai baju canti.
Bawang Merah hanya dapat makan sisa. Tempat tidurnya di ceruk dapur. Tidak ada
tilam atau bantal. Hanya ada sehilai tikar mengkuang yang sudah koyak rabak.
Ibu tirinya pandai bermuka dua. Kalau ayah Bawang Merah ada di rumah, Bawang
Merah dilayan dengan baik. Bawang Merah makan apa yang Bawang Putih makan. Dia
diberi tidur di atas tilam. Sayangnya, ayah Bawang Merah jarang ada di rumah. Dia selalu
pergi berdagang.
Kedua-dua beradik itu kini meningkat dewasa. Bawang Merah tampak lebih jelita.
Tubuhnya ramping, rambutnya hitam, matanya bulat dan kulitnya kuning langsat. Bawang
Putih, walaupun berkulit putih tetapi gemuk, matanya sepet, rambutnya jarang-jarang.
Ibu tirinya iri hati kepada Bawang Merah. Bawang Merah selalu disuruh membuat
kerja berat. Bawang Merah mengambil dan memotong kayu api, mengangkat air, mencuci
dan membuat semua kerja rumah. Bawang Merah sering di marahi. Jadi untuk
menghilangkan kesedihannya, Bawang Merah pergi ke perigi. Kalaulah ibu kandungnya
masih ada sudah tentu hidupnya lebih gembira.
Tiba-tiba terdengar suara: Jangan menangis Bawang Merah. Aku ada di sini.
Siapa itu?
Aku ikan kaloi dalam perigi.
Bawang Merah menjenguk ke dalam perigi. Seekor ikan kaloi, yang bersisik bersinasinar sedang melihatnya.
Ibumu dulu setiap hari memberi kami makan. Kini aku akan membalas jasanya
dengan menjadi kawanmu, kata ikan kaloi.
Terima kasih ikan kaloi.
Sejak hari itu, setiap petang Bawang Merah akan bersama ikan kaloi. Kini dia rasa
lebih gembira.
Ibu tirinya mula syak kepada Bawang Merah. Pada suatu petang, ibu tirinya
mengendap di sebalik pokok. Dia melihat Bawang Merah sedang memberi makan ikan
kaloi.
Ibu tirinya tidak suka Bawang Merah berkawan, walaupun hanya seekor ikan. Besok
kamu pergi ke perigi dan tangkap ikan kaloi itu. Biar emak masak gulai lemak!
Esoknya, Bawang Putih menunggu di tepi perigi. Di tangannya ada tangguk. Apabila
ikan kaloi timbul, Bawang Putih menangguknya dan membawa pulang.
Di rumah, ikan it uterus disiang dan dimasak gulai lemak oleh ibunya. Separuh
dihidangkan untuk Bawang Merah. Bawang Merah berasa hairan. Belum pernah ibu tirinya
berbuat demikian. Dia tidak mahu makan gulai ikan itu.
Petangnya, Bawang Merah pergi ke perigi. Dia memanggil ikan kaloi.

Ikan kaloi, ikan kalo, ikan kaloi, timbullah. Namun ikan kaloi tidak juga timbul.
Bawang Merah pulang dengan kesedihan. Malamnya Bawang Merah bermimpi
bertemu ibu kandungnya. Kata ibunya, ikan kaloi telah ditangguk oleh Bawang Putih dan
kemudian digulai oleh ibu tirinya. Ibu kandungnya menyuruh Bawang Merah menanam
semua tulang ikan kaloi itu.
Bagaimana saya mahu mendapatnya, bu? tanya Bawang Merah.
Jangan bimbang. Semut akan menolongmu, kata ibunya.
Apabila terjaga, besoknya Bawang Merah lihat ada cebisan tulang di sebelahnya.
Tulang itu dibawa ke belakang rumah dan ditanam dekat perigi.
Esoknya, apabila Bawang Merah mahu mengambil air, dia terperanjat. Sebatang
pohon beringin indah dan rending tumbuh dekat perigi itu. Pohon itu tumbuh dari tempat
Bawang Merah menanam tulang ikan kaloi. Ajaib sungguh, sebuah buaian emas berayun
di dahan pokok itu.
Bawang Merah lupa mengambil air. Timbanya di buang. Dia berlari ke buaian itu.
Sebaik sahaja dia duduk di atasnya, buaian itu berayun dengan sendiri. makin lama makin
tinggi. Di pun bernyanyi.
Laju, laju, buaiku laju
Pohon beringin tegaknya tinggi
Kalau rendah menyapu bumi
Penghibur aku menolong aku
Bertiuplah oh angin bayu
Laju laju buaiku laju
Akulah anak yatim piatu.
Bawang Merah menyanyi nyaring dan merdu. Ibu tirinya dan Bawang Putih
mendengarnya. Mereka berlari ke arah perigi, mulut mereka ternganga. Mereka tidak
percaya apa yang mereka lihat. Mereka mahu merampas buaian emas itu.
Bawang Merah, turun sebentar nak. Adikmu teringin naik buaian emasmu itu, kata
ibu tirinya.
Bawang Merah tidak pernah tamak. Dengan senang hati dia turun dari buaian ajaib
itu. Bawang Putih terus menerpa dan terus duduk di atas buaian itu. Namun, buaian itu
tidak bergerak
Putera Mahkota sedang berburu di hutan. Dia juga terdengar Bawang Merah
menyanyi. Baginda mengajak pengiringnya mencari pemilik suara itu.
Apabila tiba di tempat itu, bagainda melihat seorang perempuan muda duduk di
atas buaian. Baginda berasa hairan melihat buaian emas.
Buaian emas ini, siapa yang punya? tanya Putera Mahkota.
Kami berdua, jawab itu tiri Bawang Merah.
Siapa pula yang menyanyi tadi?
Anak saya, Bawang Putih, kata ibu tirinya, berbohong lagi.
Boleh saya mendengarnya lagi? tanya Putera Mahkota.
Laju, laju, buaiku laju,
Aku ingin kahwin

Errrr dengan errrr anak raja.


Bawang Putih cuba menyanyi. Sayangnya, suaranya sumbang. Buaian emas itu
senget dan berbunyi kreek kreeekk kreeekk
Putera Mahkota geli hati. Baginda Menahan tawa dan terus bertitah. Saya maafkan
kamu berdua kerana berbohong. Sekarang, beritahu saya siapa sebenarnya yang
menyanyi tadi.
Muka kedua-dua beranak pucat. Ibu tiri Bawang Merah segera memanggilnya.
Bawang Merah sedang memetik bunga di tepi sungai. Mendengar namanya dipanggil,
Bawang Merah pun datang. Setelah dipujuk, dia pun berbuai sambil bernyanyi. Putera
Mahkota terpikat denga Bawang Merah.
Selang beberapa purnama, Bawang Merah pun berkahwin dengan Putera Mahkota.
Mereka hidup bahagia hinggalah ke anak cucu.

You might also like