You are on page 1of 1

KATA ALU-ALUAN

Selaku guru yang baru sahaja menamatkan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah
dan program Diploma dalam Pendidikan dari Institut Pendidikan Guru Raja Melewar,
Seremban. Saya berasa bangga ditempatkan di SJK (C) Kulai Besar yang merupakan
sekolah yang cemerlang dari pelbagai segi pencapaian di negeri Johor Darul Tazim.
Saya juga berasa amat bertuah sekali kerana diberi peluang dari ruang untuk
mengikuti Minggu Orientasi Guru Baharu seperti mana dalam ketetapan Pejabat
Pelajaran Daerah Johor Bahru. Sepanjang Minggu Orientasi Guru Baru yang telah
diadakan, pihak sekolah telah memberikan kerjasama yang amat baik dan mengatur
program minggu orientasi ini dengan amat cekap dan berkesan sekali. Saya tidak akan
mempersia-siakan kesempatan emas yang diberikan sepanjang minggu orientasi ini
untuk memahami struktur pentadbiran dan pengurusan sekolah ini bagi membolehkan
kami dapat melaksanakan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan
sesempurnanya.
Saya selaku guru baru di sekolah ini berikrar untuk menjaga nama baik sekolah
ini dan berusaha membantu meningkatkan martabat sekolah dari segi pencapaian
akademik mahupun ko-kurikulum ke peringkat yang tertinggi. Selain itu, saya juga akan
memastikan anak-anak didik saya mendapat pendidikan yang holistic dalam usaha
melahirkan generasi pewaris negara yang berkualiti unggul.

You might also like