You are on page 1of 2

SJK (CINA) CHONG HWA RENGIT,

Jalan Besar, 83100 Rengit,


Batu Pahat, Johor.

Tel & Fax : 07- 4241324


E-mail: jbc0013rengit@gmail.com

PROGRAM PERSATUAN PENGAKAP


SJKC CHONG HWA RENGIT
JBC 0013
Matlamat:
Menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan kepada prinsip dan undang-undang
pengakap dengan mempertingkatkan kesedaran dan semangat tolong-menolong tanpa
mengira kulit, warna, agama dan kebudayaan.
Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
bersandarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Aktiviti:
Mengenali sejarah Persatuan Pengakap Dunia dan Persatuan Pengakap Malaysia
(cogankata, persetiaan, lagu dan lain-lain).
Mengadakan pelbagai aktiviti berpengakap.
Objektif:
Mengasah bakat kepimpinan dan sahsiah diri murid-murid menerusi pelbagai
aktiviti berpengakap.
Memupuk kesedaran dan semangat tolong-menolong tanpa mengira kulit, warna,
agama dan kebudayaan.
Menyemai nilai murni dan disiplin semasa menjalani aktiviti berpengakap.
Sasaran:
Murid-murid tahun 4 hingga 6.
Jangkamasa:
Sepanjang tahun.
Sumber tenaga:
Guru penasihat persatuan pengakap sekolah.
Strategi pelaksanaan:
Mengenal sejarah Persatuan Pengakap Dunia dan Persatuan Pengakap Malaysia.
Menjalankan pelbagai aktiviti dalam dan luar kelas yang sesuai dengan prinsip
dan undang-undang pengakap.
Membahagikan murid kepada kumpulan dan menjalankan aktiviti.
Menyemai semangat tolong-menolong pada masa latihan dan aktiviti.
Mengadakan aktiviti pertandingan dalaman untuk membina semangat berpasukan.

You might also like