You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SUKANEKA TAHUNAN SKAC 2015

Mengumumkan ketibaan.
Yang ___________________________________________________________
diiringi oleh Yang Berusaha Puan Hjh. Che Hatijah Bt. Mohd Ibrahim,
Guru-guru penolong kanan dan para tetamu jemputan.

Bil.

Teks (Tindakan Juruacara

1.

Yang Berbahagia ___________________________________________________


Yang Berusaha Pn Hjh. Che Hatijah Bt. Mohd Ibrahim, Guru Besar SK Ampang
Campuran,
Yang berusaha En. Shuhaimi bin Salleh, YDP PIBG SK Ampang Campuran
Yang dihormati guru-guru penolong kanan,
tetamu-tetamu jemputan,
ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

2.

Majlis terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan selamat datang kepada hadirin
sekalian ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Ampang Campuran bagi kali ke 27.
Majlis juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
hadirin sekalian kerana sudi meluangkan masa bagi menyertai majlis pada pagi ini.
Derap kaki seakan tentera,
Megah dijulang kibaran bendera,
Jiwa dan raga telah bersedia,
Menuju perbarisan yang bakal dimula.
Hadirin sekalian, sebentar lagi kita akan menyaksikan perbarisan lintas hormat
daripada para kontinjen kejohanan yang diwakili oleh keempat-empat rumah sukan
serta unit-unit beruniform sekolah. Marilah sama-sama kita saksikan

3.

(lagu perbarisan)
Perbarisanlintas hormat ini akan didahului dengan pembawa bendera kejohanan
sukan tahunan sekolah.
Bendera ini melambangkan semangat kesukanan serta menggalakkan persaingan
secara positif dalam kalangan murid di sekolah ini.

Seterusnya, lintas hormat daripada kontinjen rumah merah seramai 44 orang


kontinjen dengan membawa slogan
___________________________________________________________________

Catatan

Merah melambangkan keberanian, kegagahan serta semngat tidak mudah mengalah


dalam kalangan ahlinya.
Rumah merah pada tahun ini diketuai oleh En. Amirul Hamizan B. Yahaya.
5

Lintas hormat seterusnya ialah daripada kontinjen rumah biru seramai 42 orang
dengan slogan mereka
Pantang mundur sebelum berjuang, Biru power.
Biru melambangkan perpaduan serta permuafakatan yang wujud dalam kalangan
ahlinya.
Rumah biru ini pada tahun ini diketuai oleh Pn. Musliha Bt. Sairan

Seterusnya lintas hormat kontinjen daripada rumah hijau seramai 32 orang yang
dipimpin oleh pn. Rozita Bt. Syahidin.
Kami Hijau tetap berjuang, merupakan slogan kontinjen rumah hijau pada tahun
ini.
Seiringan dengan kehijauan alam sekitar, begitulah semaraknya kedamaian dan
ketenangan di antara ahli pasukan rumah hijau ini.

Kontinjen seterusnya daripada rumah kuning yang telah dipimpin oleh En. Mohd
Ahjmi B. M. Abd. Hameed. Kontinjen seramai 45 orang ini membawa slogan
Luning power, kuning juara.
Kuning merupakan warna diraja dan membawa maksud semangat taat setia dan
kepatuhan kepada pemimpin.

Hadirin sekalian,
Lintas hormat yang seterusnya ialah daripada pasukan Tunas Kadet Remaja
Sekolah (TKRS) yang dipimpin oleh En. Muhammad Hanafi b Mohd Ghazali.

Seterusnya lintas hormat daripada pasukan pengakap sekolah seramai 18 orang.


Unit beruniform ini diketuai oleh Pn. Erlina Nadiawati bt. Kassim

10

Seterusnya ialah lintas hormat daripada pasukan Blan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) seramai 20 orang murid. Pasukan BSMM ini telah dipimpin oleh Ustaz
Mohd Zabarudin B. Mohd. Yadi

11

Kontinjen yang seterusnya ialah daripada pasukan unit beruniform Tunas Pandu
puteri dibawah bimbingan dan pimpinan Pn. Rozita Bt. Syahidin.

12

Lintas hormat seterusnya ialah daripada pasukan unit beruniform Puteri Islam yang
dibimbing oleh Cik Rosdhiana bt. Mat Uder @ shuhaimi

13

Majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku. Hadirin dipohon berdiri.
(nyanyian Negaraku)
Hadirin dipohon duduk.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ni, majlis menjemput Ustaz Muhd Zanif
bagi mengetuai bacaan doa.

14

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga Allah merahmati majlis kita pada hari ini.
Majlis akan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pn. Hjh. Che Hatijah Bt.
Mohd Ibrahim selaku Guru Besar SK Ampang Campuran. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
(ucapan)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan aluan sebentar tadi.

15

Majlis akan diteruskan lagi dengan ucaptama dan juga perasmian kejohanan sukan
sekolah bagi kali ke 27 ini.Dengan ini, majlis dengan berbesar hati menjemput

bagi menyampaikan ucapan beliau seterusnya meramikan kejohanan pada tahun


ini.
(Ucapan dan perasmian)
Dengan perasmian sebentar tadi maka rasmilah sudah kejohanan sukan tahunan SK
Ampang Campuran kali ke 27. Jutaan terima kasih kepada
______________________________________________________________ atas
kesudian beliau memberikan ucapan dan merasmikan majlis pada pagi ini.
16

Majlis akan diteruskan lagi dengan uapacara menaikkan bendera Kejohanan dan
bacaan ikrar kejohanan oleh kontinjen-kontinjen yang akan dipimpin oleh adik
Akbar Amirullah Bin Lamri daripada kelas 5 Cemerlang.
(lagu naik bendera dan ikrar)

17

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang


bagi acara _____________________ dan acara ______________________.
Dengan ini majlis sekali lagi menjemput
dan diiringi oleh Pn. Hjh. Che Hatijah bagi menyampaikan hadiah kepada
pemenang
Bagi acara ___________________
1) ___________________
2) ___________________
3) ___________________
Bagi acara ___________________
1) ___________________
2) ___________________
3) ___________________
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

18

Majlis seterusnya ingin mempersilakan sekali lagi Pn. hjh. Che Hatijah selaku
Guru Besar SK Ampang Campuran dan diiringi oleh
_______________________bagi menyampaikan cenderahati kepada Y. Bhg
________________________________ sebagai tanda penghargaan dan terima
kasih atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir ke kejohanan pada pagi
ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan
(penyampaian cenderahati)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasihkepada guru besar atas penyampaian
cenderahati sebentar tadi.

19

Bagi menghangatkan bahang kejohanan pada kali ini, majlis ingin menjemput
hadirin sekalian menyaksikan persembahan pasukan sorak daripada setiap rumah
sukan. Marilah sama-sama kita saksikan.
1) merah 2) Biru 3) hijau 4) Kuning
Begitulah tadi gerak tari dn persembahan yang hebat daripada setiap rumah sukan.
Semoga hadirin sekalian terhibur dan diharap persembahan tadi dapat menaikkan
semangat atlit-atlit rumah sukan masing-masing.

20

Dengan berakhirnya persembahan tadi, maka berakhirlah acara kita pada pagi ini.
Sebelum majlis melabuhkan tirai dan menutup bicara, majlis ingin menjemput
Y.Bhg ___________________________________diringi oleh Pn guru Besar, guruguru penolong kanan serta semua tetamu jemputan ke kantin untuk sedikit jamuan.

Para kontinjen dan murid-murid diharap terus berada dipadang bagi acara yang
seterusnya.
(vip beredar)
Para kontinjen diharap bersedia bagi perarakan keluar.
(lagu perbarisan dan perarakan keluar)

You might also like