You are on page 1of 3

Kelemahan Strategi Kompromi

Dan Contoh Dari Segi Teori


Strategi kompromi merupakan strategi penyelesaian
masalah yang amat berguna dan melibatkan penggunaan
arbitrasi rundingan dan tawar-menawar. Strategi ini
membawa faedah kepada kedua-dua pihak yang berkonflik,
justeru, membawa kepada situasi menang-menang.
Kebiasaannya, strategi ini melibatkan pihak ketiga yang
bertindak sebagai mediator yang menjadi kepercayaan
kedua-dua pihak. Namun demikian, strategi ini mempunyai
kelemahannya.

Salah satu kelemahan strategi ini ialah nilai-nilai yang


berkonflik boleh dicapai pada kadar atau takat yang
tertentu sahaja, dan bukan sepenuhnya. Hal ini bermakna
bahawa kedua-dua pihak terpaksa mengorbankan
kepentingan masing-masing untuk menerima faedah
bersama yang telah dipersetujui. Strategi kompromi
biasanya akan menerima apa yang telah dikurangkan,
kerana sekiranya boleh diselesaikan, dan semua yang
bernilai boleh dicapai dan apa yang diharapkan boleh
dielakkan, kompromi tidak diperlukan.

Contohnya, dalam kes Jason, Jason boleh mengambil


langkah berkompromi (berunding) dengan syarikat A dan
syarikat B di mana Jason akan terus menepati janjinya
untuk bekerja di syarikat A dan tidak lama kemudian
mengambil cuti atau berhenti untuk bekerja di syarikat B
pula. Walaupun Jason mempunyai hasrat untuk bekerja di
kedua-dua syarikat pada masa yang sama, namun dia tidak
boleh berbuat demikian. Oleh itu, Jason terpaksa memilih
salah satu dahulu, dan sekiranya kedua-dua syarikat
bersetuju dengan cadangan Jason, barulah dia boleh
bekerja di syarikat B.

Selain itu, kompromi akan memihak kepada pihak


yang ada autoriti dan lebih berkuasa kerana mereka lebih
mampu menegaskan kemahuan berbanding yang lemah.
Hal ini kerana walaupun sesuatu keputusan dibuat
bersama, keputusan muktamad masih lagi dibuat oleh
pihak atasan. Cara ini boleh menimbulkan konflik kerana
hak untuk membuat dan menerima keputusan
perlaksanaan masih lagi terkawal.

Contohnya dalam kes perselisihan antara majikan


dengan pekerja. Disebabkan majikan lebih berkuasa,
kebanyakan masanya, pekerja terpaksa mengorbankan
kepentingannya melebihi kepentingan majikan, yang

bermaksud sesuatu kompromi itu lebih memihak kepada


majikan tersebut. Kelemahan ini juga boleh dilihat dalam
kes seorang ahli politik. Ahli politik mempunyai kebebasan
bersuara dan juga berupaya menolong dalam pentadbiran
negara, namun kebebasan mereka terhad kerana mereka
masih disyaratkan untuk tidak bercakap secara kritikal
terhadap pentadbiran kerajaan atau autoriti yang lebih
tinggi.

You might also like