You are on page 1of 1

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan

hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan- rakan sekalian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
Faedah makan buah-buahan tempatan.
Para hadirin yang dihormati,
Definisi buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang dikeluarkan
dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, buah-buahan tempatan negara kita ialah
rambutan, manggis, durian, tembikai dan sebagainya. Buah-buahan tempatan
banyak mengandungi khasiat yang setanding dengan buah-buahan yang diimport.
Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan buah limau mengandungi
asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil dari dalam
negara kita. Dusun-dusun buah-buahan dimerata tempat di negara kita ini
membekalkan pelbagai jenis buah-buahan yang bermutu tinggi. Buah-buahan
tempatan didapati lebih segar dan tidak mengandungi bahan pengawet. Buahbuahan ini banyak dijual di gerai buah-buahan di seluruh negara.
Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga jauh lebih murah
jika dibandingkan dengan buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan
tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan
berbanding buah-buahan yang diimport.
Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport keluar negara.
Contohnya buah nanas yang ditinkan telah dieksport keluar negara seperti Arab
Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan buah-buahan tempatan
juga digemari dan dipercayai daripada segi mutunya.
Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak
faedahnya. Selain segar, murah, berkhasiat dan bermutu, mengambil buah-buahan
tempatan juga dapat meningkatkan pendapatan para petani, seterusnya menjana
perkembangan ekonomi negara kita. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan
sebagai buah-buahan pilihan kita.
Sekian, terima kasih.

You might also like