You are on page 1of 1

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guruguru dan rakan-rakan yang

dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.


Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk,
"Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid".
Hadirin Sekalian,
Sekolah yang bersih menjadi impian para guru dan murid-murid. Pelbagai
usaha telah dijalankan oleh semua pihak untuk memastikan persekitaran sekolah
berada dalam keadaan bersih.Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah
pertandingan kelas terbersih. Selain dapat mewujudkan suasana kelas yang ceria,
usaha ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid.
Meskipun ada pekerja yang ditugaskan membersihkan kawasan sekolah
murid-murid tidak wajar meletakkan tanggungjawab ini kepada mereka sematamata. Sebagai murid, kita perlu sedar bahawa kawasan yang perlu dibersihkan oleh
pekerja itu terlalu luas. Oleh itu, tidak salah jika kita turut sama membantu mereka.
Segala kemudahan seperti penyapu dan tong sampah yang mencukupi telah
disediakan di dalam setiap kelas. Sebagai murid yang bertanggungjawab, segala
kotoran dan sampah-sampah perlu disapu dan dimasukkan ke dalam tong sampah
yang disediakan.
Sekolah dan kelas yang bersih juga memberi impak kepada pembelajaran
murid-murid. Sekiranya persekitaran kotor, keadaan ini akan menzahirkan
pemandangan yang kurang enak. Hal ini menyebabkan kita gagal menumpukan
perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tidakkah itu
merugikan diri kita sendiri ?
Hadirin sekalian,
Akhir sekali saya ingin menyeru kepada rakan-rakan, marilah kita bersamasama menjaga kebersihan di kawasan sekolah. Sesungguhnay menjaga kebersihan
merupakan ibadah yang mulia dan harus dimanfaatkan oleh setiap insan.
Sekian, terima kasih.

You might also like