You are on page 1of 1

Perpustakan adalah gedung ilmu.

Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh


dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di
negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan
orang ramai membaca. Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid
semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran.
Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita.
Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan
perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri
daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar
daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan
lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa
depan mereka akan lebih cerah.
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri.
Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan
membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di
raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan
diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat
menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua
buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang yang
mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam
tabung. atau membeli barang keperluan yang lain.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita
perlu memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam
pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan
setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan seperti
komik, majalah dan sebagainya.

You might also like