You are on page 1of 1

Jurnal Koordinasi Mata Tangan dalam Perkembangan Motor Halus.

1.0 Pengenalan.
Daripada hasil tinjauan dan pembacaan saya berkaitan dengan jurnal dan artikel tentang
isu dan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak yang
boleh dibuat penyelidikan tindakan, saya dapati rata-rata pengkaji lebih menfokuskan
kepada aspek pembacaan, pengiraan dan masalah genggaman pensel. Namun
demikian, menurut ** akar umbi kepada terjadinya masalah kesukaran murid membaca,
mengira dan seumpamanya mempunyai kesinambungan dengan masalah dari aspek
perkembangan motor halus kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak dapat menguasai
perkembangan motor halus dengan baik, maka ia dapat memberikan pengaruh yang
positif bukan sahaja dari aspek pembelajaran literasi malah pembinaan psikologi kanakkanak. Jurnal tulisan Asmaa Binti Mohd Sobri dan Fathiah Binti Yusof telah
membincangkan cadangan intervensi untuk Meningkatkan Kefungsian Jari Murid
Hiperaktif Melalui Kaedah Natural Highfive (rujuk lampiran 1) . Manakala tulisan jurnal
Nourlieda Binti Abdullah pula telah merungkai cara untuk meningkatkan perkembangan
koordinasi mata dan tangan yang bertajuk Cantik dan Kemas (rujuk lampiran 2).
Seterusnya penulisan jurnal ketiga yang turut mengupas aspek perkembangan motor
halus kanak-kanak adalah hasil tulisan jurnal Fatiha bt Ahmad Zainul dan Norasmah bt
Mohd Noor yang bertajuk Penggunaan My Easy Sewing Kit dalam Meningkatkan
Kemahiran Motor Halus Murid Pendidikan Khas. Secara umumnya, rasioanl ketiga-tiga
jurnal ini telah menfokuskan masalah dari aspek kemahiran koordinasi mata tangan
dalam perkembangan motor halus kanak-kanak.

You might also like