You are on page 1of 1

Abstrak

Kenderaan pada masa sekarang banyak menggunakan enjin 4 lejang.


Injap memainkan peranan penting. Ini adalah kerana ia berfungsi di
setiap lejang. Iaitu pada peringkat pertama dikenali sebagai peringkat
kemasukkan bahanapi iaitu piston akan berada pada kedudukan bergerak
menurun kebawah.Ketika ini injap asukan akan terbuka untuk kemasukkan
udara dan bahanapi dan injap akan tertutup semula apabila piston berada
kedudukan paling bawah. Peringkat kedua dikenali sebagai peringkat
mampatan .Semasa injap dalam keadaan tertutup,piston akan mula bergerak
keatas .Ini akan menghasilkan daya mampatan yang tinggi iaitu suhu
ketumpatan bahanapi tersebut akan meningkat. Ketika proses mampatan tadi,
piston masih lagi berada dalam kedudukan pertengahan atau TDC/ To dead
center.ketika inilah spark plug akan menghasilkan percikkan bunga api dan
proses pembakaran bermula. Peringkat Ini dikenali sebagai peringkat tenaga.
Semasa proses pembakaran sedang berlaku ,piston akan terus bergerak ke
peringkat maksimum iaitu pada ketika ini injap bahagian ekzos akan terbuka
dan tekanan yang diberikan oleh piston akan menyebabkan gas hasil dari
pembakaran tadi akan disalur keluar melalui ruang pelepasan ekzos. Peringkat
ini dikenali sebagai peringkat pelepasan. Sekiranya terdapat berlaku
kebocoran pada permukaan injap maka tekanan yang terhasil di dalam
ruang pembakaran akan berkurangan. Akhirnya akan menyebabkan
tenaga yang terhasil berkurangan dan enjin kurang kuasa serta akan
berlaku penggunaan bahan api berlebihan.

You might also like