You are on page 1of 2

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM I-THINK

Pelaksanaan Program i-Think di SJKC CHUNG HUA MELUDAM sedang


berjalan mengikut rancangan. Dalam tahun 2015 ini, pihak sekolah telah
menganjurkan Bengkel Pelaksanaan KBAT & I-Think kepada semua guru pada 24
March 2015. Walau bagaimanapun akibat kekangan waktu dan tempat yang boleh
digunakan, maka kursus dan bengkel ini dipendekkan dan bermula pada pukul 7.00
malam hingga ke 9.00 malam.
Jurulatih bengkel tersebut ialah En.Chieng Jack Seng, Beliau menyampaikan
ceramah dan berkongsi bahan yang diperoleh dari internet melalui tayangan
slaid.Bahan-bahan kursus yang dibawa dari kursus i-Think di Pusat Kegiatan Guru
juga dikongsi bersama dalam bengkel tersebut.
Kursus ini berjaya mencapai matlamat kursus iaitu memperkenalkan 8 peta
pemikiran kepada semua guru. Pesanan guru besar, En.Chang Lek Chung ialah
supaya guru-guru mengambil inisiatif mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran
penggunaan peta pemikiran tersebut melalui pembacaan lanjut dan praktis kendiri.

Guru Yang Telah Melengkapkan Modul Kurus i-Think Dalam Talian


18
16
14
12
10
Bil.Guru 8
6
4
2
0

Berjaya

Tidak Berjaya Tidak Mendaftar

Selain itu, Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Kursus i-THINK dalam Talian
juga diperkenalkan. Guru wajib untuk melengkapkan modul ini bagi memperkukuh
lagi pengetahun kendiri terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Sebanyak 18 orang
guru yang telah mendaftar sebagai pengguna bagi melengkapkan semua modul dalam

kursus ini kecuali 2 orang guru baharu yang baru melapor diri pada tahun ini.
Pencapaiannya adalah memuaskan kerana 17 daripada 18 orang guru berjaya
melengkapkan semua modul dan memperolehi sijil masing-masing. Seorang guru
yang tidak dapat melengkapkan modul kerana masalah log-in. Isu ini telah dibawa
kepada Penyelaras i-Think di PPD Betong dan mendapat makluman bahawa guru ini
boleh mengambil kursus ini semula pada bulan Ogos nanti.

You might also like