You are on page 1of 2

PENULISAN REFLEKTIF OLEH NURUL LIYANA BINTI RAHMAT

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran


bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi,
pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan
diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guruguru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan
sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam
arus globalisasi.
Pada semester ini, kami perlu menjalankan Bina Insan Guru bagi lawatan
penanda aras guru cemerlang dalam subjek major. Setelah berbincang bersama tutor,
kami sebulat suara memilih SK Bintang di Permaisuri, Setiu. Terdapat seorang guru
cemerlang dalam matematik yang bernama Cikgu Nazri bin A. Rahman. Walaupun
beliau agak sibuk dalam mengendalikan kelas tambahan untuk tahun 6 yang bakal
menjalankan peperiksaan UPSR untuk subjek Matematik namun beliau sudi untuk
meluangkan masa untuk memberikan ceramah kepada kami.
Sepanjang saya dan rakan-rakan menjalankan sesi ceramah dan temu ramah
bersama beliau, saya dapat mempelajari beberapa perkara dan perkongsian yang
sangat berguna untuk diri saya. Beliau banyak berkongsi pengalaman sepanjang
menjadi seorang guru Matematik di sekolah rendah. Antaranya ialah cara komunikasi,
gerak kerja dalam kelompok guru, komitmen dalam bekerja dan sebagainya. Beliau
banyak memberi motivasi bahawa kita sebagai guru perlu menunjukkan prestasi yang
baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu,kita juga harus
menjaga hubungan rapo dengan guru-guru, Guru Besar dan semua pihak. Tambahan
lagi, guru haruslah membina kecemerlangan diri termasuk semua aspek dan boleh
membantu kawan-kawan yang lain lebih-lebih dalam subjek utama ini.

Di samping itu, saya dapat mengambil tip-tip dalam pengawalan kelas yang
mana saya dapat terapkan semasa saya menjalani praktikum dan menjadi guru
sebenar kelak. Beliau menegaskan bahawa semuanya bergantung kepada tanggapan
pertama ataupun first impression. Pada kali pertama kita masuk ke kelas, kita
hendaklah menunjukkan ketegasan supaya murid-murid takut dan tidak mudah untuk
pijak kepala kita. Kita juga haruslah bijak dalam mengawal kelas dan perlakuan anak
murid terhadap kita sejak mula lagi. Selain itu, saya terinspirasi ketika beliau
menegaskan bahawa kita sebagai seorang guru perlu suka dan seronok menjalankan
tugas yang diberikan dan seterusnya dapat menghindarkan diri kita daripada
mengalami tekanan dan bosan terhadap profesion perguruan ini.
Tambahan pula, saya perlu lebih mesra dan membaiki pergaulan sosial dengan
masyarakat luar. Ini bermaksud komunikasi dengan orang luar sangat penting untuk
menambahkan keyakinan diri dalam pergaulan dan mengambil pengalaman daripada
orang lain untuk dijadikan panduan dalam hidup. Seorang guru lain SK Bintang juga
ada menceritakan pengalaman pahit dan manis mengajar di Sarawak. Namun begitu,
melalui pengalaman mengajar di sekolah yang terletak di pedalaman ini dapat mengajar
kita untuk terus bersemangat dalam mencurahkan ilmu dengan bersungguh-sungguh
bagi melahirkan anak bangsa yang berilmu dan berdaya saing. Beliau menasihatkan
kami yang bakal menjadi guru supaya sentiasa bersedia untuk dicampakkan di manamana kawasan sekolah dan menggunakan peluang itu untuk mengutip dan mempelajari
sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman hidup bersama anak murid.
Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh
guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk
bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum
bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan
prestasi sekolah pada masa akan datang.Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham,
info dan tips kepada saya tentang guru cemerlang bagi memastikan sekolah terus
berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru
besar sekolah dan guru cemerlang ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya
untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang.

You might also like