You are on page 1of 4

JURNAL MINGGU 9

TARIKH

: 30.3.2014-3.4.2014

MASALAH

: Kenakalan Murid Sewaktu Proses PdP Dalam Bilik Darjah

1.

MASALAH /PERISTIWA
Di Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Tengku Mahmud II, Besut,
saya diberi tugas untuk mengajar dua kelas yang terdiri daripada
murid tahun 3 dan tahun 5 yang berbeza pencapaian dan
kemampuan akademik mereka. Contohnya bagi tahun 5, Kelas 5
Cemerlang merupakan murid yang dikategorikan murid sederhana
tetapi murid Kelas 3 Wawasan merupakan kelas yang dikategorikan
murid lemah. Sepanjang 9 minggu saya mengajar kelas-kelas ini,
saya dapati terdapat beberapa orang murid yang agak nakal
terutamanya di kelas 5 Cemerlang. Mereka membuat bising dan
tidak mahu mengikut arahan yang diberikan oleh saya. Selain itu,
mereka turut berjalan-jalan di dalam kelas ketika proses PdP sedang
berjalan di dalam bilik darjah kadang-kadang dan juga mengganggu
rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya
berikan.

2.

ANALISIS
Sepanjang minggu ini, saya dapati murid-murid yang agak
lemah dalam akademiknya bersikap lebih aktif dan tidak suka terusterusan berdiam diri bahkan mangganggu rakan lain. Tingkah laku
mereka ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
sering terganggu. Saya perhatikan sebenarnya murid-murid ini tiada
masalah dalam pembelajaran tetapi hanyalah sikap dan perangai
mereka sahaja yang menimbulkan masalah. Kebanyakan murid-

murid kelas ini tinggal di kawasan taman perumahan berhampiran


yang mempunyai kepadatan rumah. Murid-murid ini mungkin tidak
mempunyai ruang atau kawasan untuk bermain ataupun berekreasi
ketika di rumah menyebabkan mereka berasa agak terkongkong
dan hanya di sekolah sahaja mereka dapat bermain dan melakukan
aktiviti.
Menurut Meece (2002), bermain merupakan sebahagian
daripada perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak (Woolfolk,
2004). Selain itu, berkemungkinan murid-murid ini hanya ingin
mendapatkan

perhatian

dari

saya

setelah

bercuti

selama

seminggu.Selain daripada itu, mungkin juga mereka bosan dengan


pengajaran saya pada hari tersebut.
3.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Bagi mencegah dan mengelakkan murid-murid ini membuat
bising dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang
akan dijalankan kelak, saya sebagai guru perlu membina hubungan
yang baik dan mesra dengan murid-murid dengan sering berbual
dengan murid-murid tersebut tentang diri, keluarga dan minat
mereka. Selain itu, saya juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang unik dan kreatif bagi menarik minat murid
bermasaalah untuk belajar supaya murid ini tidak menganggu
proses pembelajaran dan mereka juga turut serta dalam proses
pembelajaran bersama guru.
Selain itu, guru boleh memanggil murid-murid tersebut untuk
berbincang dan berkongsi masalah yang mereka hadapi secara
individu. Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut,
sekurang-kurangnya murid-murid akan merasa lega dan tenang
kerana dapat berkongsi dan melepaskan masalah dalam diri
mereka. Saya sebagai guru juga boleh memainkan peranan sebagai

kakak kepada murid-murid supaya hubungan yang mesra dapat


terjalin tetapi mengikut batas-batas yang tertentu.
Menurut Mortimore dan Whitty (1997), sekolah tidak
mempunyai kuasa untuk mengubah kelemahan sosial sepenuhnya
dalam masyarakat kita, namun perancangan intervensi yang baik di
sekolah dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sosial
daripada tercicir dalam pendidikan. Sekolah perlu menyediakan
persekitaran yang selamat bagi membantu perkembangan kanakkanak khususnya yang menghadapi pengalaman dan pengaruh
negatif dalam kehidupan mereka. Curwin dan Mondler menyatakan
bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu
strategi untuk mencegah masalah disiplin dan tingkah laku dan
bukan satu respon kepada tingkah laku murid.
Selain itu, saya perlu membuat penerokaan untuk
mengetahui sebab-sebab mereka selalu melakukan tingkah laku
negatif semasa PdP dijalankan. Setelah mengetahui dan memahami
seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenalpasti
punca mereka berkelakuan tertentu. Oleh itu, teguran dan nasihat
yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak terus
berkelakuan negatif.
4.

TEMPOH MASA (30.3.2014-3.4.2014)


Saya akan cuba mengatasi masalah ini di dalam tempoh
seminggu selama berpraktikum di sini. Saya akan cuba mengatasi
masalah ini secepat mungkin berdasarkan beberapa cadangan yang
telah dibincangkan.

5.

PENILAIAN KEJAYAAN
Menurut Kounin (1971), faktor utama dalam menguruskan

tingkah laku dalm bilik darjah adalah berkaitan dengan kebolehan


guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku dalam bilik
darjahnya pada setiap masa dan cara untuk menangani masalah
sebelum menjadi masalah disiplin. Seorang murid yang melakukan
tingkah laku negatif akan mempengaruhi tingkah laku rakan sebaya
di sekelilingnya. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menguruskan bilik
darjah untuk mengurang dan mengelakkan tingkah laku negatif.
6.

TINDAKAN SUSULAN
Ketika berlakunya Pengajaran dan Pembelajaran, guru perlu
memantau

dan

memerhatikan

kelakuan

murid-murid

terbabit

setelah teguran dan nasihat diberikan. Bermula daripada situ, guru


dapat mengenalpasti sama ada teguran dan nasihat yang diberikan
kepada murid terbabit diikuti dan dipatuhi atau tidak. Selain itu,
kebiasaannya, apabila telah diberi nasihat dan teguran, akan ada
sedikit perubahan terhadap tingkah laku murid. Oleh itu, guru perlu
memberi peneguhan positif seperti pujian dan galakan kepada
murid-murid tersebut. Murid tersebut dijadikan contoh kepada
murid-murid lain yang masih melakukan tingkah laku negatif.
Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.....................................
Nama
Tarikh

: TN.HAJI MUHAMMAD KAMIL BIN JAAFAR


:.......................................

You might also like