You are on page 1of 7

Mendekati

Pihak-Pihak
Berkepentingan

Mendekati Pihak-Pihak
Berkepentingan
Pengurusan pihak-pihak berkepentingan secara baik
mempunyai nilai instrumental untuk menjamin agar
Malaysia beroperasi dengan tadbir urus korporat yang
baik dan teratur, serta mendukung amalan perniagaan
yang terbaik
SSM percaya bahawa komunikasi yang
berkesan merupakan faktor utama dalam
memupuk dan menjalin hubungan teguh dengan
pihak-pihak
berkepentingan.
Komunikasi
berperanan untuk membantu menyediakan
persekitaran yang kondusif bagi pembangunan
dan kejayaan agenda serta objektif SSM. Strategi
ini boleh dicapai menerusi aktiviti-aktiviti yang
berkesan dengan memastikan kumpulan sasaran
memahami kedudukan, menyokong matlamat,
objektif, aktiviti-aktiviti, perkhidmatan, nilainilai teras, penjenamaan, kewibawaan dan
polisi SSM serta peruntukan perundangan yang
mematuhi tatalaku perniagaan.
Dalam usaha mengukuhkan perhubungan
dengan pihak-pihak berkepentingan, SSM telah
melaksanakan pelbagai program selaras dengan
keperluan mereka. Memastikan perhubungan
baik dengan semua pihak berkepentingan
merupakan sebahagian daripada pengurusan
operasi berhemah SSM.

Hubungan
Dengan
Pihak-Pihak
Berkepentingan Melalui Penggunaan ICT
SSM menggunakan internet sebagai satu
saluran untuk berhubung dengan pihak-pihak
berkepentingan. Makluman seperti lanjutan
masa operasi kaunter, pelaksanaan acaraacara dan amalan perundangan terkini telah
disebarkan menerusi e-mel. Salah satu kaedah
utama komunikasi di dalam persekitaran eLodgement adalah melalui e-mel. Malah, syarat
utama bagi individu yang ingin menggunakan
perkhidmatan e-Lodgement ialah keperluan
mempunyai alamat e-mel yang sah bagi tujuan
komunikasi yang berkesan.
Selain daripada e-mel, SSM juga menggunakan
laman webnya untuk berhubung dengan pihakpihak berkepentingan dan masyarakat umum.
Versi Bahasa Inggeris laman web SSM telah
diperkenalkan pada 26 Mac 2007. Dengan
pelancaran laman web berbahasa Inggeris, SSM

93

Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan (sambungan)

kini lebih dikenali di arena antarabangsa. Semua maklumat mengenai SSM dan cara-cara untuk
menjalankan perniagaan di Malaysia kini boleh diakses oleh komuniti antarabangsa. Laman web
SSM menjadi saluran utama bagi menyediakan maklumat kepada komuniti antarabangsa dan para
pelabur mengenai proses penubuhan syarikat-syarikat tempatan dan pendaftaran syarikat-syarikat
asing. Laman web SSM juga mempunyai pautan dengan laman web Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta perkhidmatan e-Info dan e-Lodgement. Laman web tersebut
sentiasa dikemaskini agar berita-berita yang dilaporkan oleh media mengenai SSM, acara-acara yang
dianjurkan dan perkembangan terbaru dalam kerangka perundangan dimuatkan. Alamat laman web
SSM ialah www.ssm.com.my. Laman web semasa akan dinaik taraf di bawah projek ISP SSM.

Hubungan Media

94

Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan (sambungan)

Beberapa siaran media dan wawancara telah diadakan bagi menyebarkan mesej-mesej penting
untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap peranan, produk dan juga perkhidmatan SSM. Pihak
pengurusan SSM telah ditemuramah menerusi rangkaian radio seperti KL FM, Classic FM dan juga
rangkaian televisyen termasuk TV3, NTV7, Astro, RTM1 dan RTM2 mengenai perkara-perkara seperti
pindaan kepada AS 1965, e-Info dan e-Lodgement. Butir-butir siaran menerusi media elektronik
adalah seperti berikut:
Rangkaian
RTM1

RTM2

Tarikh

Program

19 Julai 2007

Selamat Pagi
Malaysia

Hari Pengguna Malaysia

27 Disember 2007

Perniagaan Malaysia

e- Lodgement

28 Mei 2007

Hello On Two

Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru


AS 1965.

7 Jun 2007

Perniagaan Malaysia

Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru


AS 1965.

5 September 2007

Selamat Pagi
Malaysia
Perniagaan Malaysia

KL FM

Perkara

Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru


AS 1965.

26 Julai 2007

Wawancara dengan
KL FM

Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru


AS 1965.

6 September 2007

Wawancara dengan
KL FM

Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru


AS 1965.

27 Disember 2007

Wawancara dengan
KL FM

e- Lodgement

SSM juga telah mengatur dan mengadakan wawancara media dan mengeluarkan siaran-siaran
akhbar. Akhbar-akhbar seperti The New Straits Times (NST), Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star,
The Edge, Malaysian Business dan lain-lain turut membantu menyampaikan mesej-mesej penting
mengenai tadbir urus korporat, pindaan kepada AS 1965, peningkatan dalam sistem penyampaian
awam, inisiatif-inisiatif penguatkuasaan dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.

Penerbitan Guidelines Doing Business in Malaysia


Pada 7 Julai 2007, SSM telah melancarkan sebuah buku panduan bertajuk Guidelines - Doing
Business in Malaysia dan telah mengedarkannya kepada para pelabur dan orang ramai. Buku tersebut
memberi penerangan kepada orang ramai, komuniti perniagaan dan para pelabur, domestik dan
juga luar negara, mengenai cara-cara untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Ia mengandungi
maklumat mengenai cara menubuhkan syarikat tempatan, mendaftarkan syarikat asing, mendaftarkan
perniagaan milikan tunggal dan perkongsian di samping menyatakan bayaran-bayaran dan borangborang yang ditetapkan bagi maksud berkenaan. Buku panduan tersebut turut memberi penerangan

95

Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan (sambungan)

mengenai Akademi Latihan SSM, produk dan perkhidmatan SSM, e-Info, Piagam Pelanggan baru dan
lokasi pejabat-pejabat SSM di seluruh negara. Buku tersebut boleh dibeli daripada SSM pada harga
RM20 senaskhah. Ia juga telah diedarkan di Latvia, Paris dan juga boleh didapati di Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kemudahan Kaunter Bergerak dan Kaunter Litar


Penubuhan kaunter-kaunter bergerak di seluruh negara dan kaunter litar di Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pihak-pihak berkepentingan,
terutamanya para peniaga kecil. Kaunter-kaunter tersebut memainkan dua peranan mempercepatkan
pendaftaran dan pembaharuan perniagaan dan menyampaikan maklumat mengenai SSM. Maklumat
terperinci mengenai aktiviti-aktiviti kaunter bergerak dinyatakan dalam Bab 1 (Meningkatkan
Kecekapan Sistem Penyampaian Awam, halaman 36-37) Laporan Tahunan ini.

Seminar
SSM telah menganjurkan beberapa seminar di seluruh negara bagi memberi penerangan mengenai
pindaan kepada AS 1965 dan kesannya. Selain daripada itu, SSM juga telah dijemput untuk
mengadakan latihan dan seminar dalaman menerusi kerjasama dengan pelbagai syarikat berkaitan
Kerajaan, badan-badan dan organisasi-organisasi profesional. Butir-butir mengenai aktiviti tersebut
boleh diperolehi dalam Bab 7 (Akademi Latihan, halaman 103-107) Laporan ini.

Penyertaan SSM dalam Eksposisi dan Program Outreach


SSM turut mengambil bahagian dalam beberapa acara seperti Hari Harta Intelek 2007 pada 26-29
April 2007, SMIDEX pada 5-8 Jun 2007, SDSI Expo di Melaka International Trade Centre (MITC) pada
5-8 Julai 2007, Karnival Pengguna Kebangsaan 2007 di Stadium Shah Alam pada 25-29 Julai 2007,
Gerak Usahawan Nasional 2007 di PWTC pada 25-26 Ogos 2007 dan Konvensyen Integriti Nasional
2007 di PICC pada 6 September 2007. Penyertaan SSM dalam acara-acara tersebut telah membantu
mengukuhkan lagi profil dan menghebahkan mesej-mesej penting mengenai inisiatif strategiknya.
Butir-butir mengenai pameran dan program outreach yang diadakan pada tahun 2007 adalah seperti
berikut:

96

Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan (sambungan)

Pameran, Ekspo dan Program Outreach pada tahun 2007


Program

Anjuran

Tarikh

Pameran & Ekspo


Expo Hari Harta Intelek 2007

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

26-29 April 2007

Expo - SMIDEX 2007

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan


Sederhana (SMIDEC)

5-8 Jun 2007

Expo - Satu Daerah Satu


Industri (SDSI)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi


(MeCD) & Melaka International Trade Centre (MITC)

5-8 Julai 2007

Hari Pengguna Nasional 2007

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal


Ehwal Pengguna

25-29 Julai 2007

Hari Pengguna Nasional


(Kuala Lumpur) 2007

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal


Ehwal Pengguna (Pejabat KL)/Majlis Hal Ehwal
Pengguna KL

16-17 Ogos 2007

Pesta Konvokesyen Universiti Islam


Antarabangsa Malaysia (UIAM)
(CONVEST 07)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

24-29 Ogos 2007

Gerak Usahawan Nasional 2007

Kementerian Pembangunan Usahawan dan


Koperasi (MeCD)

25-26 Ogos 2007

Pembangunan Remaja Malaysia


Karnival Remaja Gemilang Peringkat Pertubuhan
(PEREMA)
dengan
kerjasama Agensi Anti Dadah
Kebangsaan 2007
Kebangsaan

25-26 Ogos 2007

Festival Konvokesyen Universiti


Malaya (UM) 2007 (FESKUM 07)

Majlis Perwakilan Mahasiswa UM dengan kerjasama


Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM

3-9 September
2007

Konvensyen Integriti Nasional 2007

Institut Integriti Malaysia (IIM)

Malaysia Financial Exhibition 2007


(MYFex2007)

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

30 Oktober - 4
November 2007

Exhibition & Seminar -Perniagaan


Melalui Sektor Peruncitan 07

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal


Ehwal Pengguna dan Persatuan Pedagang Dan
Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)

17-18 November
2007

Fiesta Usahawan Luar Bandar 2007

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

30 November - 2
Disember 2007

6 September 2007

Program Outreach
Program Outreach & Taklimat
Mengenai Pendaftaran Perniagaan
dan Penubuhan Syarikat

Jabatan Belia & Sukan, Perlis

26 Mac 2007

Program Outreach & Taklimat


Mengenai Pendaftaran Perniagaan
dan Penubuhan Syarikat

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

10 Julai 2007

Program Outreach & Taklimat


Mengenai Pendaftaran Perniagaan
dan Penubuhan Syarikat

Majlis Perbandaran Parit Buntar

17 Ogos 2007

Program Outreach & Taklimat


Mengenai Pendaftaran Perniagaan
dan Penubuhan Syarikat

Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang)

14 November
2007

Program Outreach & Taklimat


Mengenai Pendaftaran Perniagaan
dan Penubuhan Syarikat

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

4 Disember 2007

97

Halaman kosong

98

You might also like