You are on page 1of 29

SME6044

CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION


(Budaya sekolah)

GROUP ASSIGNMENT

PENSYARAH:
DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE ABDULLAH

NAMA

NO. MATRIK

SIA PEI FUN

M20131000409

TIONG LUNG LUNG

M20131000392

LAU SHIEW PING

M20131000401

HII YUNG ING

M20131000412

TING SING SIONG

M20131000399

BUDAYA SEKOLAH : PENGENALAN

Definisi Budaya
Menurut Deal dan Peterson(1999), John(2010) dan Garatt(1990), budaya ialah entiti
keseluruhan yang kompleks. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, undang-undang, norma, adat resam dan kemahiran-kemahiran lain serta
kebiasaan yang diwarisi ataupun diperoleh dan diaplikasi di dalam kehidupan. Kesemua
elemen ini adalah penting dalam menghuraikan sesuatu perkara ataupun perlakuan (Deal dan
Petterson, 1999). Manakala, menurut Marof Redzuan dan rakan-rakan (2001) pula
menghuraikan budaya sebagai fabrik masyarakat yang mengikat ahli-ahli masyarakat dan
institusinya melalui set matlamat dan nilai yang disediakan oleh budaya masyarakat itu
sendiri. Ia juga lebih dikenali sebagai concensual dan holistic (menyeluruh).

Definisi Budaya Sekolah


Maksud budaya sekolah menurut Banks dan Banks(1993), Deal dan Peterson (1998)
ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma institusi,
struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk
membentuk organisasi tersendiri. Berdasarkan kajian Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya
Dengan Kepemimpinan, Komitmen Organisasi Dan Pencapaian Akademik oleh Yaakob,
2007.
Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang
kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru, reformasi pendidikan
harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak
ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum,
bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah
unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah
1

(Bolman & Deal, 1991; Huberman, 1992; Sharifah Md Nor, 2000). Memandangkan budaya
dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh
untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal &
Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000).

Faktor-faktor yang mempengaruhi budaya sekolah


Daripada yang kita ketahui, setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri yang
membentuk sistem yang tersendiri. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dalam
membentuk budaya sekolah. Antara faktor-faktornya ialah nilai dan misi, struktur organisasi,
komunikasi yang berkesan, persekitaran kerja, pemilihan dan pengambilan pekerja,
perancangan kurikulum, belanjawan dan pengurusan sumber, sistem nasihat dan disiplin dan
komuniti.

Kepentingan budaya sekolah

Peranan budaya sekolah memang tidak dapat dinafikan lagi, budaya sekolah banyak
memberi pengaruh dan impak kepada warga sekolah terutamanya dari segi pencapaian, emosi
dan juga tingkah laku. Kemajuan dan pencapaian sekolah dapat ditingkatkan melalui
penglibatan, kerjasama dan juga kepercayaan. Menurut (Comer, 1980) pendidik perlu
bekerjasama bagi melahirkan sekolah yang produktif dan seronok dihuni. Research for Better
School telah melakukan kajian pada 200 buah sekolah cemerlang di Amerika Syarikat dan
telah menyenaraikan beberapa ciri budaya yang dimiliki oleh sekolah-sekolah tersebut iaitu
sekolah menyediakan kemudahan-kemudahan yang maksimum kepada pelajar, kurikulum
berfokus kepada isi kandungan dan kemahiran, kepimpinan menyediakan visi dan sumber,
guru-guru disediakan dengan sumber-sumber yang mencukupi dan sekolah tidak menerima

sebarang alasan (Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud, 2006). Semua ciri-ciri ini
mempunyai hubungan dengan budaya sekolah yang positif dan seimbang.

Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud (2006) menyatakan kepentingan budaya
sekolah dijelaskan dan diperkukuhkan lagi oleh The Southwest educational Laboratory
(SEDL) iaitu membantu usaha menambah baik sekolah bagi pelajar yang berisiko,
menyediakan fokus dan tujuan sekolah yang jelas kerana budaya menjadi gam yang mengikat
ahli bersama bagi menjayakan misi sekolah, budaya juga boleh menjadi penghalang kepada
kejayaan sekolah dan budaya boleh mewujudkan penindasan dan diskriminasi kepada sub
kumpulan dalam sekolah, sekolah yang menginginkan kemajuan perlu memberi fokus kepada
nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan dan norma-norma serta persekitaran dan juga perlu
menitikberatkan perubahan yang fundamental. Kepentingan tentang budaya di sekolah juga
telah dipersetujui dan diperkukuhkan lagi dengan Stolp (1995) yang menjelaskan budaya
sekolah yang sihat mempunyai hubungan yang kuat dengan pencapaian akademik dan
motivasi, produktiviti dan kepuasan guru. Selain itu kepentingan budaya sekolah juga
terbukti melalui kajian demi kajian yang menunjukkan sekiranya budaya sekolah tidak
menyokong pembaharuan yang diperkenalkan, pembaharuan itu akan gagal.

SIAPAKAH YANG MEMBENTUK BUDAYA SEKOLAH


Memandangkan budaya sekolah dibentuk oleh warganya maka budaya boleh berubah
danorang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah
kepemimpinan pengetua/guru besar sekolah (Sergiovanni, 2000)
Sebagai ketua pentadbir sekolah, pengetua adalah orang yang penting dan
bertanggungjawab dalam membentuk budaya yang positif. Budayasekolah yang positif dapat
mewujudkan pola-pola perhubungan manusiayang baik, suasana yang tenteram, keadaan
persekitaran sekolah yang bersih serta dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti keilmuan. Keadaan ini
akan dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pembelajaran dan penghayatan nilai
murni. Dengan cara demikian, usaha untuk pembentukkan akhlak dan sahsiah pelajar dapat
berjalan dengan lancar dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum 1991). Oleh itu
pengetahuan tentang budaya sekolah adalah penting bagi mereka (Fiore 2000).Walau
bagaimanapun budaya sekolah yang diinginkan oleh seseorangpengetua itu tidak wujud
dengan sendirinya. Ia adalah hasil pengurusan dan di sinilah peranan pengurus itu menjadi
sangat penting, lebih khusus lagi peranan pengurus sebagai pemimpin organisasi.

ISU PERTAMA: KEPEMIMPINAN PENGETUA / GURU BESAR


1.0

Pengenalan

Banyak pendapat mengatakan bahawa kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah adalah
bergantung dengan kepemimpinan pengetuanya. Namun begitu, isu kelemahan kepemimpinan
pengetua dalam memimpin sekolah bukan lah isu baru dalam kajian kepengetuaan. Abdul
Shukor (2004) mendedahkan bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam kepemimpinan
pengetua yang berupaya mengendalakan pengurusan sekolah untuk berfungsi dengan
berkesan. Antaranya corak kepimpinan pengetua yang sentia merujuk kepada model
birokratik menyebabkan mereka kabur tentang peranan mereka sebagai pemimpin yang perlu
menjana komitmen turun terhadap sekolah.

1.1 Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Di Malaysia Belum Mencapai Tahap


Professional

Professional bermaksud pengetua merupakan individu yang pakar dalam bidangnya dan
yakin akan keunggulan pekerjaan yang dijalankan kerana ciri-ciri profesional itu ialah
kecekapan, komitmen, dedikasi, pengorbanan dan kepakaran (Abdul Shukor ,2004). Ciri-ciri
yang ada ini dikekalkan sepanjangnya. Beliau akan terus meningkatkan kecemerlangan
dengan menambah kemahiran-kemahiran baru dan membawa sikap baru yang lebih positif.
Beliau juga tidak membiarkan kepentingan peribadi berkonflik dengan kepentingan rasmi.

Menurut Abdul Shukor (2004), taraf pendidikan dan pengurusan pendidikan di negara
ini belum mencapai tahap professional, maka dengan itu pengurusan berkualiti yang biasanya
dapat merealisasikan program-program peningkatan pendidikan sukar dicapai. Untuk
mencapai taraf pendidikan yang tinggi, terlebih dahulu taraf pengurusan perlu dibaiki
5

sehingga mencapai tahap professional. Kenyataan ini disokong oleh Mohd Noh (dipetik dari
Rusni, 2005), yang mendapati pengetua-pengetua sekolah menengah belum mencapai tahap
sebagai pengurus sekolah yang berkesan. Di Malaysia, jawatan pengetua sekolah belum
diberi status pentadbir ataupun profesional. Hal ini demikian kerana Akta Pelajaran 1961
masih menganggap pengetua sebagai guru sekolah dan jawatan itu tidak dimasukkan ke
dalam senarai pegawai pentadbiran.

1.1.1 Pelantikan Jawatan Pengetua

Perkhidamatan Pendidikan Malaysia ialah perkhidmatan yang terbuka. Oleh itu, mana-mana
pegawai dalam perkhidmatan tersebut boleh dilantik sebagai pengetua sekolah menengah
oleh Kementerian Pelajaran. Walaubagaimanapun, mengikut amalan biasa, guru sekolah
yang dipilih untuk kenaikan pangkat sebagai pengetua berdasarkan kepada pengalamannya
dalam pengajaran atau pentadbiran. Dalam konteks lantikan jawatan pengetua di Malaysia,
jawatan pengetua lazim diberikan kepada guru penolong kanan tanpa mengambil kira sama
ada mereka mempunyai pengalaman dan ilmu tentang pengurusan sekolah atau tidak.

Hussein Ahmad (2001)

berpendapat lantikan pengetua berdasarkan kekananan

sebagai guru tidak akan menjamin kecekapan dalam pengurusan malah menimbulkan
persoalan adakah pengetua dapat memimpin sekolah dengan berkesan. Apabila keadaan ini
berlaku, pelbagai aspek dalam pengurusan sekolah akan terjejas dan tidak dapat diurus
dengan lancar. Di luar negra misalnya Amerika Syarikat, jawatan pengetua dimohon oleh
individu yang berkelayakan malah menurut Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah (Ketua
Pengarah Pendidikan, 2001), beliau membandingkan piawaian profesionalisme itu dengan

negara maju lain seperti di Amerika Syarikat di mana pentadbiran sesebuah sekolah tidak
diganggu oleh kerajaan.

Apabila seseorang guru dilantik menjadi pengetua tanpa latihan profesional, beliau
akan menghadapi satu dilema tentang tugasnya kerana tidak ada bidang tugas atau panduan
tertentu untuk ia berfungsi sebagai pengetua sekolah yang berkesan. Ishak Sin (2007) telah
mendedahkan bahawa terdapat pentadbir pendidikan yang tidak diberikan latihan formal
sebelum dilantik ke jawatan pentadbir sedangkan ia amat perlu dalam menentukan
keberkesanan kepemimpinan. Hari ini, oleh sebab kebanyakkan guru yang dilantik menjadi
pengetua atau guru besar sekolah hanya mendapat latihan asas dalam bidang pendidikan
penguruan sahaja, maka untuk menjalankan tugas sebagai pengetua, mereka bergantung
kepada pengalaman kerja, panduan dan nasihat rakan sejawat ataupun mengikut kaedah trial
and error atau surat-surat pekeliling pentadbiran dan ikhtisas yang disediakan oleh
Kementerian

Pendidikan

Malaysia.

Justeru

itu,

timbullah

pelbagai

kepincangan

kepemimpinan pengetua / guru besar semasa mengurus sekolah.

Menurut Laporan Jemaah Nazir Sekolah (2001) dan Audit Sekolah (2001) turut
mendapati bahawa 40% sekolah di Malaysia menghadapi masalah pengurusan kewangan
yang berakar umbi daripada kurangnya pengetahuan pengetua terhadap ilmu pengurusan
sekolah khususnya pengurusan kewangan.

1.1.2 Usaha-usaha Untuk Meningkatkan Professionalisme Pengetua / Guru Besar

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedar kepincangan yang berlaku ini berpunca
daripada kurangnya kemahiran seseorang pengetua dalam memimpin sekolah. Seseorang

pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan latihan yang cukup dalam melaksana peranan
mereka terutamanya untuk mempengaruhi, memimpin dan menggerakkan seluruh organisasi
sekolah ke arah mencapai matlamat. Ini memerlukan pengetuan yang berketrampilan dan
mempunyai sikap yang terpuji. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh KPM untuk
meningkatkan professionalisme pengurusan pendidikan di negara ini khususnya dalam bidang
pengurusan di sekolah.

Insitut Aminuddin Baki (IAB) ditubuh bagi memastikan dimensi penting pengurusan
pendidikan diberi terutam dalam menjamin kejayaan pemantapan kualiti pendidikannegara
selaras dengan hasrat KPM. Fungsi utama IAB adalah menyediakan latihan dalam usaha
melahirkan pengurus-pengurus dan pemimpin-pemimpin pendidikan yang professional,
progresif dan dinamik. Pelbagai kursus jangka panjang dan jangka pendek dijalankan. Kursuskursus jangka panjang adalah seperti Kursus Kepemimpinan Pengurusan Pendidikan (KKPP),
Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQEL) dan Program
KhasPensiswazahan

Guru

Besar

(PKPGB).

Kursus-kursus

jangka

pendek

yang

dianjurkanjuga dianjurkan oleh IAB, PPD, JPN bagi memberi latihan dan bimbingan kepada
pengetua / guru besar untuk mengurus sekolah masing-masing. Universiti-universiti tempatan
juga menawarkan program sarjana pengurusan pendidikan seperti Sarjana Kepengetuaan di
Universiti Malaya yang bertujuan memberi latihan dan penganugerahan ijazah peringkat
sarjana dan kedoktoran dalam bidang kepengetuaan kepada bakal pengetua sekolah dan
institut-institut pendidikan seumpamanya.

Sistem pendidikan di Malaysia telah menetapkan bahawa terdapat dua gred jawatan
pengetua iaitu pengetua DG48 dan pengetua Kanan DG54. Matlamat utama perlantikan
jawatan pengetua kanan adalah sebagai pakar rujuk yang arif dan cekap dalam pengurusan

sekolah. Pengetua kanan dituntut memberi khidmat nasihat kepada pengetua baru supaya
mereka dapat mengurus sekolah berdasekan sistem yang betul. Jawatan pengetua kanan
dianugerahkan kepada pengetua yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang iaitu
markah prestasi melebihi 90% selama 3 tahun berturut-turut. Kementerian Pelajaran juga
telah menambah bilangan jawatan pengetua dan guru besar gres Jusa C dan DG54 dalam
usaha mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti
dan berkemampuan.

Kekerapan pengetua yang baru dilantik mengikuti kursus juga menimbulkan isu di
sekolah iaitu pengetua / guru besar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengurus
hal ehwal sekolah. Selain itu, terdapat juga kes-kes di mana sekolah menjadi tempat latiahan
pengetua yang baru dilantik untuk mendapat pengalaman sebagai pemimpin sekolah. Hal ini
memberi implikasi yang besar kepada sekolah terbabit apabila setiap tahun akan bertukar
pengetua yang baru. Kesannya, budaya di sekolah tersebut tidak dapat diubah.

1.2

Tugas Dan Peranan Pengetua

Di sekolah, pengetua menjalankan pelbagai tugas. Tugasnya berkaitan dengan aspek


pentadbiran, pengurusan penyeliaan, kepemimpinan, pendidikan dan yang berkaitan dengan
perjalanan organisasi sekolah sebagai institusi pendidikan formal. Pengetua memainkan
pelbagai peranan seperti pentadbir, pengurus, pemimpin, pendidik, guru dan lain-lain lagi.
Mc Nulty et. al. (2005) pula menegaskan bahawa tugas pengetua tidak terhad hanya kepada
tugas rutin pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala bentuk sumber dan
modal insan di bawah tadbirannya terutama guru supaya mereka dapat menyumbang khidmat
dengan komited dan efektif.

1.2.1 Kekuatan Pengurusan dan Kepemimpinan Yang Perlu Ada Pada Seseorang
Pengetua Sekolah Iaitu :

Terdapat sesetengah pengetua yang mempunyai kelayakan akademik yang baik serta
mengikuti kurus-kursus dalam pengurusan dan ada juga yang cukup berpengalaman dalam
menjalankan tugas sebagai pengetua sekolah, menjadikannya kekuatan untuk mencapai
kejayaan . Namun demikian terdapat juga sesetengah pengetua yang gagal menampilkan
kualiti pengurusan dan kepimpinan yang baik. Oleh itu, KPM perlulah menetapkan kriteriakriteria untuk memilih dan menilai pengetua-pengetua sekolah supaya mendapat kecekapan
dan keberkesanan dalam pentadbiran sekolah. Hasil kajian yang telah dibuat oleh KPM,
terdapat 10 isu-isu yang berkaitan dengan kekuatan pengurusan dan kepimpinan yang perlu
ada pada seseorang pengetua sekolah iaitu :
1. Corak Kepimpinan
Setiap pengetua mempunyai corak kepimpinan yang tersendiri. Namun demikian, seseorang
pengetua dapat memimpin dan mengurus dengan cekap jika mempunyai
kebolehan mengubah corak kepimpinan dan pengurusan mengikut keadaan dan masa
seterusnya melahirkan keutuhan sesebuah organisasi dan berjaya membawa organisasi itu ke
arah keberkesanan dan kecemerlangan dalam mencapai matlamat organisasi.
2. Personaliti / ketokohan
Sebagai pengurus dan pemimpin seorang pengetua itu sewajarnya menampilkan
personaliti yang amat baik dan memeliharanya setiap masa. Pengetua yang mempunyai
personaliti yang tinggi dapat menjelmakannya melalui pertuturannya, akal budinya dan

10

tingkah lakunya. Imej beliau yang baik dan disaluti dengan ciri-ciri kepimpinan yang
berkualiti membuatkan beliau disegani dan dihormati. Ini sedikit sebanyak membantu
menyumbang keberkesanan pengurusan dan kepimpinannya.
3. Kepemimpinan
Kepemimpinan pengetua amat penting kerana beliau merupakan pemimpin sekolahnya dan
beliau juga menentukan hala tuju sekolahnya. Kepemimpinannya juga mencorakkan
keputusan yang diambil bagi mencapai matlamat organisasi.
4. Keilmuan
Pengetua mesti peka kepada perubahan dalam masyarakat terutama sekali kepada perkaraperkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian pengetua sekolah haruslah
mengemaskini pengetahuan dan ilmu tentang professionnya. Pengetahuan yang luas dalam
pelbagai bidang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab membolehkan seseorang
pengetua itu memimpin dan mengurus dengan baik organisasinya. Sekiranya berpeluang
melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus dan seminar, maka ianya tidak seharusnya
dilepaskan kerana cara ini juga dapat meningkatkan keilmuan seorang pengetua.
5. Komunikasi
Kepentingan komunikasi dalam pengurusan dan kepimpinan memang tidak dapat dinafikan.
Seorang pengetua itu seharusnya mempunyai jaringan komunikasi yang luas, menegak dan
mendatar. Corak komunikasinya juga adalah pelbagai hala dan gaya ini membolehkan beliau
mengurus sebuah organisasi dengan berkesan. Dengan itu misi dan visi seseorang pengetua
akan sampai pada semua peringkat di dalam organisasinya.

11

6. Pengiktirafan
Pengiktirafan terhadap hasil kerja seorang pengetua adalah penting untuk mengangkat
martabat seseorang pengetua. Walaupun ianya bukan ditagih dan bukan di jadikan matlamat
utama, namun kepuasan kerja sahaja tanpa penghormatan dan pengiktirafan pelbagai pihak,
belum cukup mengangkat martabat pengetua ke tempat yang tinggi. Pengiktirafan ini lebih
dilihat sebagai anugerah kecemerlangan dalam pengurusan dan kepimpinan seorang pengetua
dan ini secara tidak langsung merupakan langkah positif ke arah mengangkat martabat para
pengetua. KPM juga telah mewujudkan jawatan Pengetua / Guru Besar Cemerlang, di mana
jawatan

ini

merupakan

pengiktirafan

terhadap

keberkesanan

dan

kecemerlangan

kepemimpinan di peringkat sekolah. Pengetua Cemerlang adalah seorang yang di anggap


pakar dalam bidang kepemimpinan, pengurusan, dan penyelesaian masalah pendidikan di
peringkat organisasi sekolah.
7. Komitmen
Pengetua secara umumnya adalah komited terhadap tugas, tanggungjawab dan aktiviti mereka.
Pendapat seorang pengetua di sebuah sekolah, "Prioriti saya ialah tugas mengajar saya. Itu
yang menyebabkan saya jadi pengetua. Urusan lain kena tunggu saya habis kelas." Pengetua
sanggup bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa isu atau keputusan secara tidak
langsung menunjukkan komitmen seorang pengetua.
8. Keberkesanan / Kecemerlangan
Seorang pengetua itu merupakan the central figure dalam pengurusan dan pentadbiran di
sekolah. Beliau menjadi tempat rujukan, tempat rundingan, tempat bicara, tempat mendapat
keputusan, tempat mendapat khidmat nasihat dan sebagainya. Sekiranya pengetua kekurangan
maklumat dan kurang pengetahuan di dalam pengurusan maka sudah tentulah banyak perkara
tidak dapat berjalan dengan cekap. Sebagai contoh tindakan yang dibuat hanyalah dari
12

maklumat yang sedikit dan lebih kepada tekaan dan agakan. Ini boleh memburukkan lagi
keadaan, maka cara-cara pengurusan moden perlu diterap dalam pengurusan agar mencapai
kecemerlangan.
9. Kemahiran
Kebolehan memimpin dan kemahiran mengurus sekolah amat penting bagi seorang
pengetua sekolah untuk menerajui organisasinya dengan berkesan. Kemahiran yang
tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada berkaitan dengan teknologi atau
metodologinya adalah penting untuk menyumbang idea bagi membantu guru-guru
meningkatkan profesional kerja. Tidak semua orang mempunyai kemahiran untuk menjadi
pemimpin namun kemahiran boleh diperoleh oleh seseorang melalui
pembelajaran, latihan dan pengalaman.
10. Kesihatan
Kesihatan merupakan prasyarat yang utama untuk seseorang itu sebelum melayakkannya
menjalankan tugas. Kepelbagaian tugas seorang pengetua menuntutnya mempunyai ketahanan
fizikal dan mental serta kesihatan yang baik. Faktor seperti tekanan kerja, tidak sempurna
makan-minum dan waktu rehat memburukkan lagi kesihatan seseorang pengetua. Oleh itu
seorang pengetua itu perlu fitness agar ia dapat menjalankan tugas dengan baik.
1.3 Peranan Pengetua Yang Mengutamakan Tugas Pengurusan Dan Pentadbiran
Sekolah dan Mengabaikan Fungsinya Sebagai Kepimpinan Pengajaran
Laporan Jemaah Nazir (2001), menunjukkan kebanyakan pengetua tidak memberi panduan
kurikulum kepada guru masing-masing, sebaliknya lebih mirip kepada pentadbiran am sahaja
dan tidak dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, terutama pedagogi serta pendekatan
13

melaksanakan kurikulum. Abdul Shukor Abdullah (2004) mendapati peranan pengetua


sekolah kini hanya sebagai pentadbir dan bukan pemimpin pendidikan professional seperti
yang di inginkan oleh pihak KPM iaitu mencakupi peranan sebagai pendidik, pembimbing
guru serta pemimpin yang dapat menjana kesetiaan guru supaya lebih komited dan produktif.
Menurut Shahril (2002) peranan pengetua yang hanya menjalankan urusan pentadbiran
sekolah kini tidak lagi sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan bagi memenuhi Wawasan
2020.

Dalam

melaksanakan

fungsi-fungsi

kepemimpinan

pengajaran

ini

pengetua

seharusnya tahu serta mampu menggunakan orientasi yang sesuai. Pengetua juga perlu
melibatkan guru dalam aktiviti, memberi maklumat yang cukup kepada guru, menerima
pandangan guru secara terbuka dan menghargai sumbangan guru. Pengetua berperanan
mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimanapun pengetua selalu menghadapi kesempitan waktu untuk mencerap guru-guru
dalam kelas. Kebanyakan masa dihabiskan untuk menyelesaikan urusan pentadbiran di
sekolah atau di luar sekolah.

Hussein Mahmood (2008), berpendapat peranan pengetua yang hanya melaksanakan


tugas pengurusan dan pentadbiran sekolah didapati tidak lagi berkesan. Pengetua telah
dikenalpasti sebagai orang yang amat penting di sekolah dan sebagai pembolehubah yang
penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi pendidikan di sekolah
termasuklah juga prestasi pelajar. Menurut beliau lagi, banyak inovasi pendidikan telah gagal
kerana pengetua kurang melibatkan diri secara berkesan dalam pelaksanaan inovasi tersebut.

14

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia (Bernama, 2010)


menggariskan dua dimensi utama tugas pengetua iaitu dimensi pentadbiran & pengurusan,
dan dimensi kepimpinan pengajaran. Menurut beliau, dimensi terpenting yang perlu
dimainkan oleh pengetua adalah dimensi kepimpinan pengajaran terutama dalam
mencorakkan iklim dan budaya pengajaran dan pembelajaran. Dalam dimensi ini pengetua
berperanan member kepimpinan dan sokongan kepada guru dan murid di samping
mewujudkan keadaan persekitaran yang kondusif, sihat serta memberangsangkan proses
pengajaran dan pembelajaran.

1.4

Penutup
Kesimpulannya, kepemimpinan sekolah secara umumnya bertanggungjawab membina

budaya sekolah yang menjurus kepada kecemerlangan bukan saja bidang akademik yang
mudah diukur melalui peperiksaan, tetapi juga kecemerlangan akal budi, mewujudkan
semangat persaudaraan sesama manusia dan berpotensi menggerakkan peradaban tinggi
bangsa kita. Justeru, pengetua atau guru besar perlu cuba melaksanakan beberapa strategi
praktikal untuk membolehkan ciri-ciri sekolah berjaya dapat dibudayakan di kalangan guru
dan pelajar. Secara ringkasnya, kepemimpinan pengetua menentukan kejayaan sesebuah
sekolah. Sekolah yang berjaya dan maju mempunyai kepemimpinan yang berkesan.

15

ISU KEDUA: HUBUNGAN GURU DENGAN BUDAYA SEKOLAH


2.0 Pengenalan
Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang kukuh
menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan idealogi,
penyertaan bersama dan kepimpinan berkarisma. Guru atau pendidik merupakan tunjang dan
pelaksana yang paling utama untuk menjayakan reformasi pendidikan pembangunan sumber
manusia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Wan Mohd Zahid, 1994). Oleh itu, guru patut
didedahkan dengan budaya sekolah yang positif dan kolaboratif untuk memupuk semangat
yang tinggi dan motivasi kendiri agar nilai-nilai murni dapat dijayakan melalui aktiviti
kokurikulum dan interaksi dalam sekolah.
Menurut Abu Bakar dan Ikhsan (2003), sekolah adalah satu masyarakat kecil yang
mempunyai budaya tersendiri. Jainabee Mohd Kassim dan Robiah Sidin (2005) menjelaskan
budaya sebagai satu gelagat, kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang dikongsi bersama oleh
individu dalam satu-satu kumpulan. Budaya menentukan identiti sesuatu kumpulan manusia
kerana nilai dan norma yang dikongsi bersama dipelajari dan diamalkan oleh ahli-ahli dalam
kumpulan. Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri
organisasi yang sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsif kepada
perubahan (Abd Ghani danTang Keow Ngang, 2006). Malahan sebarang aktiviti kerja
berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan amalan
pegagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran
guru (Gable, 2004) serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson, 2003).
Kajian yang dijalankan oleh Hashimah (2000) mendapati terdapat hubungan yang
signifikan antara pengurusan budaya kolaboratif dengan tahap motivasi guru. Hubungan yang
signifikan

ini

menjelaskan

bahawa

pengurusan

budaya

kolaboratif

berupaya

meningkatkanmotivasi guru (Abd Ghani dan Tang Keow Ngang, 2006). Keberkesanan dan

16

halatuju organisasi pendidikan bergantung sepenuhnya kepada kesempurnaan koordinasi


halatuju pengharapan masyarakat (Patimah Ibrahim, 2002). Menghasilkan perubahan sikap
yang sesuaidengan matlamat organisasi pendidikan, mewujudkan keadaan yang memuaskan
bagi menarik perhatian pelajar untuk mengubah sikap secara sukarela dan mewujudkan
permintaan dari pelajar untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran adalah tugas yang
paling penting (Celep,2000).
Tugas seorang guru sebenarnya tidak semudah yang disangkakan. Selain
profesionalisme ini menuntut kesabaran dan ketabahan, seseorang guru juga perlu menguasai
pelbagai ilmu pengetahuan terrnasuk ilmu psikologi. Di sekolah, guru menjadi "ibu"
dan"bapa" kepada para pelajar mereka. Lantaran itu, mereka bertanggungjawab terhadap
keselamatan, disiplin dan pencapaian akademik pelajar (Aishah Bee, 2004). Oleh itu,
golongan tenaga pengajar kini telah diklasifikasikan sebagai golongan terpenting yang
dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan impian dan matlamat negara untuk menjadi
sebuah negara maju menjelang 2020 (Woo Yoke Ling, 2007).

2.1

Komitmen Guru Dengan Kepemimpinan Pengetua


Mowday, Steer dan Porter (1979), menjelaskan komitmen sebagai tingkah laku

individu yang mempunyai satu kepercayaan yang kuat terhadap nilai dan matlamat organisasi,
semangat sukarela untuk meningkatkan pencapaian organisasi dan keinginan yang kuat untuk
terus berada dalam organisasi. Menurut Mowday, Porter dan Steers (1982), komitmen
organisasi yang tinggi adalah dilihat sebagai faktor positif di antara pekerja dengan organisasi,
pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi merasakan dirinya selamat, dipunyai dan
mempunyai kepuasan terhadap pekerjaan dan prospek organisasi. Pekerja yang mempunyai
komitmen yang tinggi akan menunjukkan prestasi kerja yang tinggi berbanding dengan
mereka yang mempunyai komitmen yang rendah.

17

Lewis dan rakan-rakan (2008), mencadangkan lima set amalan yang membentuk teras
asas amalan kepimpinan yang berjaya iaitu menetapkan hala tuju, membangunkan keupayaan
manusia, mereka bentuk semula organisasi, mengurus program pembelajaran, dan perilaku
kepimpinan. Pertama, menetapkan hala tuju organisasi di mana pemimpin yang menetapkan
hala tuju yang jelas akan memberikan impak kepimpinan yang besar. Terdapat banyak
masalah yang timbul sekiranya pemimpin sekolah tidak menjalankan peranannya dan
menyerahkan tanggungjawab beliau di sekolah kepada pekerja-pekerja di bawahnya.
Fenomena ini akan membentuk satu budaya kerja yang tidak cekap dan selaras. Kerjasama
antara staf sukar dibentuk kerana setiap orang mempunyai pelbagai pendapat. Pelbagai
masalah akan timbul sekiranya ketua dalam organisasi tersebut tidak memainkan peranan
beliau.
Ishak Md Shah dan Mastura Mahfar (2007) mengatakan bahawa kepimpinan
merupakan satu aspek kehidupan sosial yang memperlihatkan hubungan manusia, khususnya
hubungan antara pemimpin dengan pengikut. Hubungan ini biasanya diperlihatkan dalam
bentuk fungsi kepimpinan yang berupa mempengaruhi dan dipengaruhi. Yaakob (2007)
menyatakan kepimpinan sekolah dapat menggambarkan penglibatan, komitmen, pemantauan
kemajuan pelajar, persekitaran yang positif yang disokong kuat oleh pentadbiran sekolah dan
ibu bapaserta pengajaran yang berstruktur. Macneil dan Maclin (2005) dalam Yaakob
(2007)menjelaskan ciri-ciri sekolah yang berjaya mempunyai ciri-ciri seperti perkongsian
idea-idea,kolaboratif dan kerja berpasukan, kesaksamaan dan kepimpinan menjurus kepada
pengwujudandan perkongsian visi serta melahirkan budaya sekolah yang positif. Kajian
Pashiardis (2000)menunjukkan pemimpin sekolah boleh mempengaruhi budaya kerja guru,
komunikasi dan pencapaian akademik pelajar.
Azizi et.al (2004) menyatakan bahawa pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat
membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah,

18

pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan
kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Peranan pengetua dalam menangani pelbagai
masalah yang melibatkan sama ada kakitangan di bawah pimpinannya, komuniti di alam
sekitar sekolah atau pun urusan di peringkat atas mempengaruhi prestasi sekolah. Pengetua
dianggap sebagai nadi sesebuah sekolah di mana sekiranya corak kepimpinannya dapat
memberi kepuasan kepada semua kakitangannya yang terdiri daripada guru-guru dan bukan
guru akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsung prestasi
guru dan kakitangan lain akan meningkat. Oleh yang demikian, pengetua adalah orang yang
bertanggungjawab meningkatkan profesionalisme dan moral guru-gurunya ke tahap yang
tinggi dan juga memastikan pelajar-pelajarnya cemerlang dalam bidang akademik.
Ishak dan Mastura (2010) menyatakan bahawa tingkah laku kepimpinan pengetua
mempunyai impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap
sekolah.Kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan sosial yang memperlihatkan hubungan
manusia, khususnya hubungan antara pemimpin dan pengikut. Corak penyeliaan yang
diamalkan oleh pengetua kadang-kala akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
guru dan seterusnya akan menjejaskan perhubungan guru dengan pengetua yang akan
mempengaruhi komitmen guru terhadap tugasan yang diberikan (Collmer, 1990). Yaakob
(2007), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi mempunyai kaitan rapat dengan
kepimpinan sekolah dan komitmen guru. Pemimpin mempengaruhi pengikut dalam
kebanyakan perkara terutamanya dalam membuat keputusan atau melakukan perubahan bagi
meningkatkan kualiti kehidupan pengikutnya.
Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab meningkatkan profesionalisme dan
moral guru-gurunya ke tahap yang tinggi dan juga memastikan pelajar-pelajarnya cemerlang
dalam bidang akademik. Hellinger dan Hack (1998) menyatakan bahawa sekolah yang lemah
boleh bertukar menjadi sekolah yang berkesan dan berjaya dengan adanya kepimpinan

19

pengetua yang berkualiti. Walau bagaimanapun, hasrat menjadikan sekolah berkesan tidak
akan kesampaian jika guru-gurunya tidak berkesan. Guru-guru merupakan staf yang
memainkan peranan yang penting bagi memastikan matlamat menjadikan sebuah sekolah
berkesan tercapai. Matlamat untuk menjadikan sebuah sekolah berkesan tidak akan tercapai
sekiranya guru- guru tidak efektif dan efisyen.

2.2

Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti Dan Motivasi Kerja Guru


Takrifan kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja.

Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang
menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada
kepentingan organisasi (Abu Ajip, 1994). Dinham and Scott (2000) pula menerangkan
kepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagai
menepati nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu. Locke (1976)
mendefinisikannya sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara langsung hasil
daripada peghormatan atau pengalaman kerja seseorang.
Dworkin (1987) telah menjalankan kajian ke atas guru-guru di Wilayah Timur
Amerika Syarikat dan mendapati 50 peratus daripada responden akan menukar kerja lain jika
diberi peluang. Menurut penemuan kajian tersebut antara puncanya adalah terlalu banyak
masa diperlukan untuk kerja-kerja perkeranian, gaji yang tidak memuaskan, dan tidak
mendapat kerjasama daripada rakan. Dalam kajian Lim (2005) telah membuktikan bahawa
sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan dan telah memikirkan atau mengambil
keputusan untuk berhenti atau bersara sebelum sampai umur persaraan. Ini disebabkan
ketidakpuasan kerja kerana peranan yang kabur terhadap kerja dan beban kerja yang tinggi.
Zembylas (2003) pula telah mengemukakan beberapa pandangan berhubung dengan
faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja. Antaranya adalah keadaan kerja yang tidak

20

menentu, tiada hubungan yang erat di antara pekerja, penyelia atau pemimpin yang kurang
berkesan, dan peluang kenaikan pangkat yang terhad. Satu kajian lain yang telah dijalankan
oleh Castillo et al., (1999) mengenai sikap dan minat terhadap profesion perguruan dalam
kalangan guru-guru pertanian di Ohio telah mendapati bahawa guru-guru tidak puas hati
dengan keadaan kemudahan yang disediakan di sekolah. Guru juga tidak berpuas hati
terhadap beban tugas yang kian bertambah dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa
untuk menyelaraskan aktiviti yang lebih kreatif. Selain itu, hasil dapatan kajian juga
mendapati bahawa sebanyak 55% responden kajian memilih profesion perguruan kerana
gagal mendapat pekerjaan lain. Perkara yang lebih menyedihkan adalah lebih kurang 47%
responden akan meninggalkan kerjaya ini jika mendapat pilihan lain.
Menurut Azura (2004), kepuasan kerja dikaitkan dengan kebolehan individu
menyesuaikan diri dengan suasana keadaan pekerjaannya. Oleh yang demikian, kurangnya
penyesuaian terhadap suasana kerja akan menjejaskan tahap kepuasan kerja yang dialami.
Kebolehan penyesuaian juga merupakan ciri asas untuk berkomunikasi dengan suasana kerja
mereka (Abu Ajip, 1994). Kegagalan menyesuaikan diri menyebabkan pekerja gagal
mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka. Jika dilihat dalam fenomena perguruan di
Malaysia hari ini, terdapat situasi di mana ilmu yang dipelajari tidak dapat digunakan
sepenuhnya kerana berlainan bidang pengkhususan semasa mengikuti kursus perguruan
dengan pengkhususan pengajaran di sekolah.
Perhubungan antara guru juga adalah penting bagi menjamin kepuasan kerja seseorang.
Konflik dalam kalangan guru akan menjejaskan prestasi kerjaya seseorang guru. Semua guru
harus bersedia bekerjasama untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran
(Markandan, 1984). Sekiranya masalah ketidakpuasan guru ini berterusan, bidang pendidikan
bukan sahaja akan mengalami masalah guru yang tiada komitmen, tidak dedikasi, dan tidak

21

profesional malahan akan kehilangan tenaga pengajar yang berkualiti dan seterusnya akan
menjejaskan produktiviti dan kualiti Pendidikan (Ruhland, 2001).
Oleh itu, kepuasan kerja adalah penting disebabkan ini merupakan salah satu faktor
untuk memperolehi hasil kerja yang optimal. Bagi seseorang yang mempunyai kepuasan
dalam pekerjaan tentunya akan terpupuk satu semangat dan komitmen yang mampu
membantu dalam penyelesaian tugasan harian pekerjaan mereka. Maka, semangat tersebut
bukan saja mampu membantu dalam produktiviti kerja malahan kualiti kerja juga dapat
ditingkatkan. Hasil kajian yang didapati oleh Mohan Raju dan Srivastava (1999)
menunjukkan bahawa pekerja yang mencapai tahap kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan
adalah lebih komitmen terhadap tugas yang dijalankan. Kenyataan ini telah disokong oleh
Shann (2001) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan penentu kepada komitmen
terhadap pekerjaan.
Guru yang mempunyai kepuasan tinggi adalah guru yang berkesan dan dapat
menghasilkan pelajar yang lebih bermotivasi dan dapat mempertingkatkan pencapaian pelajar
(Mertler, 1992). Menurut Uben & Huges 1987&Brookover et al. 1996, budaya sekolah
mampu mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dan penting apabila dikaitkan dengan
kecemerlangan sekolah. Sejak kebelakangan ini ketidakpuasan kerja di kalangan guru
semakin ketara. Antara puncanya ialah tekanan kerja yang wujud dari pelbagai tugas baru. Ini
kerana banyak program baru dari berbagai peringkat dalam KPM (Azizi, 2007). Guru-guru
yang merasa tidak puas terhadap kerjanya lebih cenderung melakukan perlakuan negatif
seperti ponteng kelas, kurang beri tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran dan tidak
minat mengajar (Burrows dan Mundy, 1996).
Oleh yang demikian, untuk mewujudkan sekolah berkesan, kepuasan kerja guru-guru
mesti diberi keutamaan oleh pengetua. Guru-guru yang mempunyai kepuasan kerja yang
tinggi akan berasa seronok melaksanakan tanggungjawabnya dan secara tidak langsung

22

komitmen mereka terhadap pencapaian matlamat sekolah juga adalah tinggi (Andermant,
Belzer & Smith, 1991). Sergiovanni (1984) mengatakan, untuk menjamin kepuasan kerja
guru-guru dan komitmen guru-guru terhadap sekolah kekal di tahap yang tinggi, seseorang
pengetua itu perlulah memantapkan kualiti kepimpinannya. Pengetua yang mempunyai kualiti
kepimpinan yang tinggi akan mampu mempengaruhi tingkah laku guru-gurunya supaya
semangat kerja terarah kepada pencapaian matlamat (Stogdill, 1974).
Azura (2004) mengatakan kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang
bekerja.Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang
menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada
kepentingan organisasi. Arus perubahan yang berlaku di negara kita kini telah menjadikan
proses mendidik

pelajar-pelajar sekarang bertambah kompleks. Justeru, matlamat utama

pendidikan masa kini ialah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaran
perubahan pembangunan. Matlamat ini boleh dicapai jika guru-guru pada hari ini peka
terhadap perubahan yang berlaku dan tahu bahawa perubahan ini memerlukan penyesuaian
diri dari pelbagai aspek termasuk tanggungjawab, beban tugas, penambahan pengetahuan
yang harus dipertingkatkan serta peranan yang harus dimainkan supaya kepuasan kerja dapat
dilahirkan dalam profesion mereka(Woo Yoke Ling, 2007). Ini kerana, guru bukan sahaja
menjadi pendidik dan pengasas kepada pengetahuan pelajar-pelajar tetapi juga menjadi
pemimpin, penasihat dan agen perubahandalam masyarakat (Fatimah, 2002).
Azizi et. al (2004) menyatakan bahawa sekolah adalah institusi di mana berlakunya
peringkat perlaksanaan segala dasar, polisi dan inovasi pendidikan. Oleh itu, institusi sekolah
memainkan peranan penting. Sebarang dasar atau inovasi pendidikan yang dilaksanakan di
peringkat sekolah memberikan kesan terhadap tingkah laku guru. Keadaan seperti ini
mewujudkan tekanan dan kekangan terhadap kerja guru yang menjadi penentu terhadap
keberkesanan perlaksanaannya. Guru-guru merupakan staf yang memainkan peranan yang

23

penting bagi memastikan matlamat menjadikan sebuah sekolah yang berkesan tercapai.
Betapa baik sekalipun sistem sekolah itu dibangunkan, matlamat untuk menjadikan sebuah
sekolah berkesan tidak akan tercapai sekiranya guru-guru tidak efektif dan efisyen.
Menurut Kim (1994) dalam kajiannya, guru-guru yang merasakan tidak puas terhadap
kerjayanya lebih cenderung melakukan perlakuan negative seperti ponteng kelas, kurang
beritumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran dan tidak minat mengajar. Manakala
apabila kepuasan kerja guru-guru adalah tinggi, mereka akan berasa seronok melaksanakan
tanggungjawabnya dan secara tidak langsung komitmen mereka terhadap pencapaian
matlamat sekolah juga tinggi (Anderment, Belzer dan Smith, 1991)

24

ISU

KETIGA:

PEMBUDAYAAN

CIT

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH


1.0 PENGENALAN
ICT merujuk kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication
Technology) yang berkenaan dcngan scmua aspek dan pcngurusan serta pemprosesan
maklumat. Dalam erti kata yang lain, ICT adalah keperluan manusia dalam mengambil,
memindah, mengolah dan memproses informasi dalam konteks sosial yang menguntungkan
diri sendiri dan masyarakat secara keseluruhan. Jenis-jenis ICT yang yang terdapat di sekolah
kita termasuklah kaset video dan audio, mesin pencetak, cakera video, television, komputer
dan internet.
Pada zaman globalisasi ini, ICT adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah atau universiti. ICT
memudahkan para pelajar memahami isi kandungan pelajaran (khasnya mata pelajaran Sains
dan Matematik). ICT membantu guru-guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan
pengajaran dengan lebih lancar dan teratur. Perkembangan ICT telah mewujudkan satu
persekitaran pembelajaran yang baru dan fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan
pembelajaran. Melalui ICT, guru-guru boleh mendedahkan pelajar di sekolah dengan
teknologi baru yang sejajar dengan era teknologi yang mencabar ini. Masalahnya,
bagaimanakah ICT dibudayakan di sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains
dan Matematik di sekolah?
Untuk menggalakkan dan menyokong pembudayaan ICT, kerajaan negara kita telah
memberikan sumbangan Netbook 1 Malaysia kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Program
pemberian Netbook 1Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 2010. Tujuan program ini
adalah untuk meningkatkan kadar celik IT dan komputer di kalangan masyarakat luar bandar.
Sehingga hari ini lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah
25

dan universiti yang disasarkan kepada golongan keluarga kurang berkemampuan atau
berpendapatan rendah. Selain itu, bersempena dengan Hari Guru 2014, Kerajaan Malaysia
melalui Menteri Komunikasi dan Multmedia, iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah
bersetuju untuk memberi Netbook 1Malaysia sebagai hadiah kepada seluruh guru di Malaysia
bagi menghargai jasa guru-guru yang tidak pernah kenal erti putus asa.
Selain itu, untuk membudayakan ICT, dana berbentuk wang adalah amat diperlukan dari
pihak kerajaan untuk membina makmal ICT di sekolah (terutamanya sekolah-sekolah luar
bandar dan pedalaman) supaya pelajar di kawasan tersebut dapat memperoleh akses yang
sama seperti pelajar di bandar. Pihak sekolah perlu memastikan guru-guru melakukan
pengajaran menggunakan ICT sekurang-kurangnya satu kali dalam seminggu. Pelbagai jenis
aktiviti yang berkaitan dengan ICT boleh diadakan seperti bengkel ICT untuk mendedahkan
penggunaan ICT kepada para pelajar dan guru.
Di samping itu, peranan ibu bapa turut memainkan peranan yang penting dalam
membudayakan ICT di sekolah. Ibu bapa harus bijak mengajar anak-anak mereka
menggunakan komputer untuk mencari maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan
sumber pembelajaran. Bagi pihak pelajar pula, mereka seharusnya mempelajari bagaimana
hendak menggunakan bahan-bahan ICT di sekolah.
Banyak cabaran yang harus dihadapi dalam usaha untuk membudayakan ICT di sekolah.
Di negara kita, masih terdapat sesetengah guru yang kurang mahir dalam mengendalikan
peralatan dan perkakas ICT dan selok belok penggunaan komputer untuk menghasilkan bahan
pengajaran atau alat bantu mengajar. Pelajar pula selalu menyalahgunakan ICT di sekolah ke
arah yang tidak baik seperti melawati laman social atau bahan lain yang tidak membawa
manfaat kepada mereka.
Untuk mengatasi masalah dan cabaran yang timbul, Kementerian Pelajaran Tinggi perlu
mewajidkan semua bakal guru yang menuntut di universiti mengambil kertas yang ada kaitan
26

dengan bidang ICT sebagai subjek teras. Bagi pihak sekolah, aktiviti-aktiviti yang menarik
harus diadakan dengan giat untuk menarik minat pelajar menyertainya. Aktiviti-aktiviti yang
diadakan itu haruslah jenis yang dapat menarik minat pelajar. Akhir sekali, guru-guru perlu
sentiasa memantau pergerakan pelajar semasa menggunakan ICT supaya penyalahgunaan
tidak akan berlaku.

27

Rujukan
Budaya
Sekolah
(2012).
Retrieved
6
June,
2014,
from
http://www.infoanda.net/2014/05/netbook-1malaysia-hadiah-sempena- hari.html

Netbook 1Malaysia Hadiah Sempena Hari Gikgu Pada Seluruh Guru Di Malaysia
(2014.)
Retrieved
6
June,
2014,
from
http://www.infoanda.net/2014/05/netbook-1malaysia-hadiah-sempena- hari.html

28

You might also like