You are on page 1of 12

Ancaman luar Malaysia

Ancaman dalaman Malaysia

Sebelum kita membincangkan ancaman-ancaman


geopolitik yang dihadapi oleh Malaysia, elok
dibincangkan kaedah yang digunakan oleh Malaysia
untuk menghadapi ancaman-ancaman ini.Semenjak
dari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun
1963, Malaysia telah menggunakan kaedah
pragmatik dalam usaha untuk mempertahankan
kedaulatan negara daripada ancaman luar. Kaedah
pragmatik yang dimaksudkan adalah penggunaan
diplomasi yang diperkuatkan dengan keupayaan
ketenteraan bagi menghadapi ancaman dari luar

Diplomasi
Kaedah diplomasi yang digunakan oleh
Malaysia adalah dengan menganggotai
pertubuhan antarabangsa seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC),
Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali
(NAM) dan ASEAN. Antara 4 pertubuhan
antarabangsa ini, yang paling menarik
adalah NAM dan ASEAN.

ASEAN pula asalnya daripada pergerakan


MALPHILINDO yang bertujuan untuk mencari
jalan tengah untuk mengelakkan perang
antara Malaysia dengan kedua-dua Indonesia
dan Filipina meletus. Walaupun MALPHILINDO
gagal mencapai objektif utamanya, hasilnya
adalah penubuhan ASEAN yang sehingga hari
ini agak efektif dalam memastikan konflik
bersenjata antara negara anggotanya tidak
meletus sehingga menjadi peperangan
terbuka.

Ketenteraan
Pada awal kemerdekaan negara, keupayaan pertahanan negara
menghadapi ancaman luar amatlah kurang. Fokus pertahanan negara
ketika itu adalah menangani ancaman dalaman, terutamanya daripada
puak komunis. Oleh itu, kebanyakan perbelanjaan ketenteraan ketika
itu ditumpukan terhadap memperkuatkan keupayaan ATM dalam
perang menentang insurgensi, ataupun counter-insurgency (COIN)
warfare (Hasil pengalaman 1948 1960, ATM dan PDRM diperakui
sebagai pakar COIN terbaik di dunia. Pakar-pakar dari ATM dan PDRM
telah dipinjamkan kepada AS dalam membantu Tentera AS
menghasilkan doktrin COIN mereka sendiri. Malahan, elemen doktrin
pusat peperangan hutan di Fort Benning, Georgia yang dioperasikan
oleh oleh Special Operations Command US telah dihasilkan oleh warga
GGK yang dipinjamkan ke Fort Benning. Penulis percaya, jika GGK
ditubuhkan 10 tahun lebih awal ataupun Perang Vietnam berlaku 10
tahun lebih lambat, AS mungkin dapat memenangi Perang Vietnam.).

Indonesia Hari Ini


Biarpun hubungan diplomatik antara Malaysia dan
Indonesia pulih selepas Tragedi Gestapu pada
tahun 1966, elemen anti-Malaysia di kalangan
rakyat Indonesia masih lagi berleluasa. Ini terbukti
dengan munculnya kumpulan vigilante Bendera
yang mengumumkan bahawa mereka akan
memburu rakyat Malaysia yang berada di Jakarta
ketika hubungan Malaysia Indonesia menjadi
panas beberapa tahun dahulu akibat isu
pertindihan hak milik ke atas kepulauan Ambalat.

Dari segi ancaman ketenteraan, tahun lepas


ABRI telah membuat pesanan pembelian aset
pertahanan dalam bentuk kereta kebal utama
(MBT) Leopard 2 dan sistem MLRS dalam
bentuk ASTROSS II. Menariknya, kedua-dua
aset ini dicadangkan untuk ditempatkan di
bahagian selatan kepulauan Borneo yang
dimiliki oleh Indonesia, iaitu Kalimantan.
Kedua-dua pembelian ini tidak termasuk
pembelian pesawat penggempur baru SU-30.

Singapura
Jika hubungan Malaysia Indonesia dianggap antara dua
saudara yang sukar putus, hubungan Malaysia Singapura
adalah jauh lebih unik. Konsep negara serumpun tidak
boleh digunapakai; komposisi rakyat kedua-dua negara
adalah bersongsangan. Namun, kedua-dua negara diikat
oleh sejarah pergabungan dan perpisahan dan boleh
diibaratkan seperti sepasang kekasih yang telah bercerai,
tetapi masih lagi tidak dapat melupakan masing-masing.

Filipina Hari Ini

Keupayaan ketenteraan Filipina hari ini


amatlah menyedihkan sekiranya
dibandingkan dengan keupayaannya pada
puncak kegemilangannya. Kehadiran
Pengkalan Tentera AS Teluk Subic sehingga
pertengahan 90-an berserta kegiatan
rasuah dan pecah amanah berleluasa telah
melemahkan keupayaan AFP.

Semenjak Singapura merdeka daripada


Malaysia pada tahun 1966, Singapura telah
giat membangunkan sektor pertahanan
mereka sehingga menjadi kuasa tentera
paling mantap dan moden di Asia Tenggara.
Dengan bantuan Israel, Singapura bukan
sahaja memiliki angkatan tentera yang
mantap, tetapi juga sebuah industri
pertahanan yang mampu melengkapkan
angkatan tenteranya dengan peralatan yang
canggih.

Hubungan Malaysia Singapura menjadi


keruh seketika bermula semenjak Tun
Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri
Malaysia keempat. Mantan Perdana Menteri
Singapura, Lee Kuan Yew telah beberapa kali
secara terbuka mencabar mana-mana
jirannya untuk cuba menyerang Singapura.
Walaupun secara tidak langsung, cabaran
tersebut sebenarnya ditujukan kepada
Malaysia, khususnya Tun Mahathir Mohamad.

Ancaman dalaman
Ancaman dalaman yang dihadapi oleh Malaysia terdiri
daripada gerakan fanatism politik, agama dan kaum.
Antara contoh gerakan sedemikian yang pernah bergerak
dalam Malaysia dan dikenalpasti adalah gerakan komunis
(yang terdiri daripada PKM, PKM Marxist Leninism, PKM
Revolutionary Force dan PARAKU), kumpulan militan al
Maunah, kumpulan al-Arqam yang suatu ketika dahulu
dipercayai telah menubuhkan satu unit bergelar Tentera
Badar 300). Sesetengah ancaman ini masih wujud, tetapi
dalam bentuk lain. Sekaligus memerlukan pantauan
berterusan oleh pihak berkuasa. Tetapi fokus perbincangan
hari ini bukanlah ancaman daripada kumpulan-kumpulan
ini.

You might also like