You are on page 1of 1

Bermain boleh menggalakkan komunikasi

Bermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain


adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari
bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka
sewaktu bermain. Kemahiran bermain merupakan sebahagian daripada kemahiran prapertuturan

kanak-kanak.

Sewaktu

bermain

dengan

kanak-kanak,

guru

dapat

merangsang pertuturan dan bahasa kanak-kanak dengan mengajak mereka berbual


semasa bermain bercakap dan menggunakan bahasa yang mudah, intonasi suara yang
menarik serta pilih permainan yang bersesuaian dengan umur mereka.
Bermain membantu kanak-kanak membina keyakinan
Apabila bermain, kanak-kanak biasanya berasa selesa dan ini membantu meningkatkan
keyakinan diri. Seperti dalam video, Kanak-kanak telah dibimbing untuk mencuba
aktiviti baru mengikut kebolehan mereka. Di peringkat kanak-kanaklah mula terbentuk
personaliti, keyakinan dan harga diri jika diberi bimbingan yang baik. Keyakinan
terbentuk apabila kanak-kanak berjaya melakukan apa-apa perbuatan yang diingini.
Bermain memupuk proses pembelajaran kanak-kanak
Bermain terbukti membantu kanak-kanak menyesuaikan diri di sekolah dan memperbaiki
kesediaan belajar, sikap dan kemahiran menyelesaikan masalah. Melalui kegiatan bermain
kanak-kanak

sebenarnya

secara

tidak

langsung

telah

berupaya

mengukuhkan

lagi

keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Otak mereka
sentiasa aktif berfikir ketika bermain. Otak yang cerdas membantu meningkatkan kefahaman
pembelajaran di sekolah.

You might also like